Startup Stock Photos
Startup Stock Photos

Saya nak kongsikan bagaimana cara untuk tingkatkan kemungkinan berjaya sebanyak 1000% atau 10 kali ganda.

Sebelum itu, supaya lebih mudah faham, mari kita bersetuju terlebih dahulu akan maksud berjaya kat artikel ini.

Kita ambil faham berjaya kat sini adalah, apabila anda dapat apa yang disasarkan. Jadi mari kita cerita bab sasaran terlebih dahulu.

Apa yang anda sasarkan ?

Semua orang ada sasaran dalam hidupnya.

Kalau tak ada sasaranpun sekurang-kurangnya, ada impian yang tercetus dalam hati. Impian untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

Impian atau keinginan akan bertukar jadi sasaran bila adanya keazaman yang tinggi untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

Bila ada sasaran, kemungkinan untuk merealisasikan menjadi lebih mudah.

Kat situlah masalah yang sering dihadapi oleh sebahagian besar daripada kita. Masalah kurangnya kesedaran untuk tukarkan impian menjadi sasaran.

Biasanya mungkin kurang dari 1% sahaja impian yang terlintas dalam kepala anda yang ditukarkan menjadi sasaran.

Dan jika dicongak kembali, itulah yang yang ada dapat sekarang. Itulah yang anda miliki sekarang, impian masa lalu yang telah ditukar menjadi sasaran dan datang menjadi kenyataan.

Sebenarnya anda akan lihat apa saja yang disasarkan dengan bersungguh-sungguh, tidak pernah hampa, biasanya akan dapat.

Jadi, percayalah bahawa, sekiranya anda nak makbulkan segala impian yang ada sekarang, bersikap serius lah. Segera tukarkan impian itu menjadi sasaran.

Gandakan kemungkinan berjaya 10 kali ganda

Bagaimana nak tukarkan impian jadi sasaran?

Saya yakin anda sendiri dah tahu. Dah ramai sangat orang sebut pasal bab ini. Dah banyak sangat buku yang ditulis berkenaan perkara ini.

Tapi masalahnya adalah anda hanya baca, tahu dan kemudiannya tak buat.

Kalau buatpun tak bersungguh-sungguh dan tidak ada sikap istiqamah. Sebab itu dapat ala kadar saja.

Sebab apa tak buat sungguh-sungguh ?

Sebabnya adalah kerana bila anda cuba luangkan masa dengan serius untuk fikirkan apa yang disasarkan, anda akan rasa payah.

Payah sebab tak pasti anda nak apa sebenarnya. Impian ada, rasa macam ada, tapi bila anda sendiri tanya apa yang aku nak sebenarnya, anda sendiri tak boleh jawab.

Betul tak?

Kalau tak percaya, sekarang juga saya cabar untuk anda pegang pen, ambil kertas kajang atau kertas A4 dan senaraikan 100 perkara yang anda sasarkan untuk dicapai sebelum mati.

Ok ! stop baca sekarang dan pergi buat senarai 100 perkara yang anda sasarkan untuk mendapatkannya sebelum anda mati, bermula dari sekarang.

Kalau anda boleh habiskan semua senarai 100 perkara itu, saya salut !, saya yakin anda samada cepat atau lambat akan berjaya mendapatkan sebahagian besar daripada apa yang anda sasarkan itu sebelum meninggal dunia nanti, Insyaallah !.

Rahsia penting !

Sekarang saya kongsikan satu rahsia penting menyentuh tajuk pada artikel ini. Bagaimana nak gandakan kemungkinan anda dapat apa yang disasarkan 10 kali ganda ?

Caranya adalah dengan mencatit kesemua perkara yang anda sasarkan itu.

Itulah saya dah cakap di tadi !

Anda memang dah tahu. Tapi tak lakukannya bersungguh-sungguh berdisiplin dan betul.

Dari buku Brian Tracy yang saya baca, hanya 3 daripada 100 orang sahaja yang bersungguh mencatit apa yang dia sasarkan. Kemudiannya mereka memikirkan perancangannya dan berusaha setiap hari untuk mendapatkannya, dan biasanya 3 orang itu akan berjaya dapat apa yang mereka sasarkan.

Satu soalan cepumas lanjutan dari fakta di atas, apa berlaku pada 97 orang lagi di atas ?

Biasanya, baki 97 orang lagi itu berakhir dengan bekerja untuk 3 orang tadi, yang mencatit dengan bersungguh dan berusaha mendekati sasaran yang ditulisnya.

Sekarang saya nak tanya !

Anda nak jadi yang 3 orang tadi atau yang baki 97 orang orang itu ?

Panduan tulis sasaran

Sebagaimana yang saya dah cabar anda tadi di atas. Mulakan dengan buat senarai 100 perkara ang anda sasarkan untuk mendapatkannya.

Saya yakin anda perlukan masa yang agak lama untuk siapkan senarai tersebut. Saya juga mengalami masalah yang sama. Bukan senang nak buat senarai 100 perkara yang kita mahukan.

Tak perlu guna kertas dan pen lagi. Sekarang dah ada komputer yang jauh lebih mudah dari guna pen dan kertas.

Buka komputer atau laptop anda, gunakan Excel dan buka senarai 100 perkara yang disasarkan. Tulis satu demi satu apa saja yang anda terlintas dalam kepala.

Untuk mudahkan lagi, anda boleh katagorikan dalam beberapa bahagian seperti di bawah:

  1. Sasaran peribadi – contohnya adalah seperti membaca 1 buku baru setiap bulan, atau menghafal Quran.
  2. Sasaran kewangan / ekonomi – Contohnya seperti berhenti kerja dan berniaga kacang putih. Atau menjana pendapatan RM100 ribu sebulan.
  3. Sasaran keluarga – Punya 21 orang anak atau kahwin 3 jika anda lelaki. Atau kembara sekeluarga kelilingi dunia.
  4. Sasaran material – Contohnya seperti memiliki kereta Hummer atau punyai sebuah Banglo 3 tingkat ditepi laut.

Bila dan ada senarai tersebut di atas, tak kisah walaupun masih tak cukup 100 perkara, lanjutkan penerangan di sebelah setiap sasaran itu kenapa anda perlu dapatkan sasaran itu.

Selepas itu, tuliskan pula di sebelah alasan kenapa anda perlu dapat sasaran tersebut, bilakah anda mahu perkara itu berlaku. Biar realistik tempoh masa yang diambil.

Kemudiannya, disebelah ruang temph masa itu, anda tulis pula apakah yang perlu anda lakukan untuk pastikan anda berjaya tunaikan sasaran anda itu.

Langkah terakhir

Bermula dari hari ini, setiap pagi sebelum anda mulakan apa-apa kerja, buka komputer, buka senarai yang telah anda buat di atas tadi (tak kisah kalau tak lengkap), lihat dan baca mana yang patut dan fikirkan mana-mana yang patut.

Ambil masa setengah jam sehari untuk lihat sasaran itu, lengkapkannya sampai penuh dari hari ke hari.

Mana yang tak lengkap, lengkapkannya. Mana yang dah lengkap, mantapkan jalan bagaimana anda nak buat untuk jayakan sasaran, satu persatu.

Saya sedang usahakan cara kerja sebagaimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Saya harap, dengan berbuat begitu, saya dan juga anda akan dapat tingkatkan kemungkinan berjaya 10 kali ganda berbanding sebelum ini, Insyaallah !

Selamat mencuba !

Nota: Minggu ini masa seminggu habis di Kuantan Pahang untuk sesi bimbingan usahawan negeri Pahang pula…

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Alhamdulillah.

    Artikel yang saya cari selama ini, akhirnya tuan Shubhi kupaskan.
    Terima kasih tuan!

    Dalam beberapa hari ini, saya sedang mencari cara sebenar menulis sasaran/matlamat dalam kehidupan.
    Syukur Allah ketemukan saya dengan artikel tuan ini.

    Secara jujurnya, bila menulis sasaran/matlamat tersebut,
    agak lama masa yang diambil.

    Rasa macam diri ini dah mula belajar berfikir matang.

    Semoga berjaya semua yang baca artikel ini !

    Nota kaki : Jangan lupa buat 100 sasaran hidup tu ya.
    Nak jadi yang 3 orang ke baki 97 orang tu? 😛
    Adzrif Sidek recently posted…3 Kesilapan Orang BisnesMy Profile

  2. Alhamdulillah.

    Artikel yang saya cari selama ini, akhirnya tuan Shubhi kupaskan.
    Terima kasih tuan!

    Dalam beberapa hari ini, saya sedang mencari cara sebenar menulis sasaran/matlamat dalam kehidupan.
    Syukur Allah ketemukan saya dengan artikel tuan ini.

    Secara jujurnya, bila menulis sasaran/matlamat tersebut,
    agak lama masa yang diambil.

    Rasa macam diri ini dah mula belajar berfikir matang.

    Semoga berjaya semua yang baca artikel ini !

    Nota kaki : Jangan lupa buat 101 sasaran hidup tu ya.
    Nak jadi yang 3 orang ke baki 97 orang tu? 😛

  3. alhamdulillah..
    ini lah antara tips keinginan dan doa yang perlu kita terapkan…
    dah ramai kawan2 yang berjaya buat sharing pengalaman macam ni..
    antara 1 kawan saya..dari seorang tak pernah jual pen sebatang pun..alhamdulillah dengan usaha dan izin Allah dah berhenti kerja sebagai engineer n berjaya sebagai ibu yang bekerja dari rumah yang menjana pendapatn 5 angka sebulan sambil jaga anak di rumah…
    ini lah tips yang di buat sebelum ni..
    TQ atas tips ilmu dari Tuan Bihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge