Catatan ringkas di ambang Ramadan

By | 20/07/2012

amalfi-coast-by-night-1500x1000Ramadan kali ini di sambut dengan demam campak dan demam denggi. Sudah 3 hari saya demam seram sejuk dan petang tadi doktor menelefon memberitahu tentang ujian darah saya yang positif denggi. Esok terpaksa uji darah lagi.

Demam campak sudah pernah saya alami ketika remaja dulu. Kata orang kalau dah kena sekali tak akan kena lagi selepas itu, tapi ternyata saya terkena lagi.

Demam denggi pula merupakan kali kedua saya mengalaminya. Pengalaman ngeri lalu masih ada. Kali ini saya terima sekali lagi bagaimana pahitnya rasa mulut. Tak ada suatu bendapun yang rasa sedap untuk dimakan, semuanya pahit.

Tak ada ubat untuk demam denggi, perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah minum air sebanyak mungkin dan itulah yang saya terpaksa lakukan walaupun air rasa sungguh pahit. Air 100+ yang dibeli siang hari tadi juga terasa pahit. Petua orang kalau kena demam denggi elok minum air 100+ ia bagus untuk mengembalikan tenaga.

Dilemanya sekarang adalah samada saya patut puasa atau tidak esok. Kalau ikutkan doktor, dia dah pesan awal-awal agar minum air banyak-banyak. Kalau puasa sudah pasti saya tak dapat minum air. Mungkin saya perlu minum sebanyak mungkin sepanjang malam ini sebelum subuh dan berpuasa esok. Ya! saya tetap akan berpuasa esok walaupun dilanda demam campak serentak dengan demam denggi.

SELAMAT BERPUASA SEMUA DAN SELAMAT MEMPERTINGKATKAN IBADAH

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge