Gunakan Jomniaga.com untuk memulakan perniagaan anda
Semua orang pernah kena tipu. Pandai macam manapun seseorang itu, kaki penipu sentiasa lebih pandai mencari jalan untuk menipunya. Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah bagaimana saya ditipu seorang kenalan yang mahu memulakan perniagaan.

Berjumpa kenalan lama

Sham merupakan kenalan sewaktu bekerja di sebuah syarikat multinasional dulu. Dia bertugas dalam jabatan penyelengaraan, manakala saya bertugas di jabatan Perancangan jualan dan pengeluaran.

Sewaktu sama-sama bertugas, kami hanya saling kenal mengenali atas urusan kerja sahaja dan bukanlah berkawan rapat. Bila saya berhenti dan mula berniaga. Masing-masing membawa hala tuju sendiri.

Satu hari, setelah 9 tahun tak pernah lagi berjump, saya bertemu Sham di sebuah kedai tidak jauh dengan pejabat perniagaan saya. Kami berbual pendek dan saling mengemaskini perkembangan masing-masing.

Sham masih makan gaji tetapi sudah berubah majikan. Dia bertugas sebagai pengurus syarikat parkir di Selangor. Kerjanya adalah memantau seluruh mesin letak duit untuk parkir di kawasan sekitar Majlis Bandaran Shah Alam dan juga Majlis Bandaran Subang Jaya.

Sebelumj bertugas di situ dia menjalankan perniagaan jual kereta. Tetapi tak berapa menjadi dan pendapatannya tak cukup lalu mengambil keputusan untuk makan gaji semula.

Gaji yang dia dapat di syarikat parkit itu juga tak berapa cukup, tapi kerjanya lebih bebas dan dia sering ambil kerja tambahan untuk menguruskan kerja-kerja dokumentasi sebuah syarikat penghantaran barang. Itulah yang dia beritahu saya.

Perbualan kami habis di situ dengan saya dapat maklumat bahawa Sham ada pengalaman logistik dan Sham pula ada maklumat saya ada perniagaan yang stabil.

Peluang memulakan perniagaan hantar barang

Tak berapa lama kemudian, Sham menghubungi saya semula. Dia mahu berjumpa untuk bertanyakan pendapat tentang perniagaan. Saya pun meluangkan masa untuk berjumpa dengannya pada malam hari itu.

Ketika bertemu, Sham menceritakan peluang yang ditawarkan oleh Boss di tempat kerja part-time-nya. Mereka menghadapi masalah kekurangan sub kontraktor untuk kerja-kerja menghantar barang di sekitar Putrajaya dan Puchong.

Ada satu lagi peluang yang ditawarkan oleh syarikat Citylink untuk mengambil sub kerja hantar barang di sekitar Bangsar dan Damansara. Sham mengenali pengurus operasi Citylink daripada Boss kerja part-timenya.

Ringkasnya Sham, pada malam itu membentangkan pada saya peluang untuk melibatkan diri dalam industri penghantaran barang yang semakin berkembang sejak pembelian online mula meningkat di seluruh dunia.

Bagi saya semua itu logik sebab dah lama memerhatikan perkembangan aktiviti pembelian online ini sejak dulu yang mana urusan pos surat telah dijantikan kepada urusan pos barang. Ertinya kerja posmen masih relevan dan tak akan mati dengan perkembangan industri kedai online.

Sham menyuarakan hasratnya untuk mengajak saya menjadi pelabur dalam perniagaan yang diminatinya itu. katanya dia ada pengalaman daripada kerja hantar barang samapilah kepada kerja buat tuntutan bayaran. Saya setuju menjadi penasihat asalkan Sham jalankan perniagaan tersebut dengan betul.

Untuk memantapkan lagi perniagaan yang akan bibentuk itu saya senaraikan beberapa lagi tenaga mahir yang memang dah lama dalam industri logistik sebagai rakan kongsi jika mereka berminat.

Saya hanya mahu melihat aspek pengurusan perniagaan dan berikan modal dan aspek operasi serta teknikal saya tak mahu ambil tanggung jawab. Sham setuju dan cukup gembira dengan penuh bersemangat.

Belum memulakan perniagaan dah ada peluang

Selang tak berapa lama Sham menghubungi saya dan mahu berjumpa dengan kadar segera. Katanya ada kerja segera yang dia dah dapat dari Boss tempat kerjanya. Sham mahu terus jalankan kerja tersebut sebagai permulaan.

Saya tak berapa setuju sebab ianya terlalu tergesa-gesa sedangkan syarikat yang dirancangkan masih belum ditubuhkan lagi. Jika hendak dijalankan kerja tersebut, atas syarikat mana mahu diuruskan?. Sham mencadangkan agar syarikat induk kepunyaan saya dipakai terlebih dulu.

Dia tak kisah kerana katanya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Sebelum pulang dia minta modal untuk buat kerja hantar barang esok. Saya bertanya berapa jumlah yang cukup? Dia minta RM3 ribu sahaja. Katanya untuk kerja 3 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya hanya berikan RM1 ribu. Untuk modal sehari dan modal selanjutnya akan diberikan selepas dia membentangkan semua dokumen serta bil-bil berkenaan keesokkan harinya. Duit seribu itupun saya suruh dia ambil di pejabat induk saya esok supaya ada bukti pemberian.

Saya mengarahkan pejabat bersedia esok pagi dan berikan semua maklumat tentang Sham pada mereka. Keesokan paginya Sham muncul dan duit seribupun diberikan.

Dengan modal seribu itu, Sham menggunakan kenderaannya untuk hantar barang. Itulah yang dia nyatakan pada saya apabila saya menghubunginya pada petang hari itu untuk mengikuti perkembangan lanjut. Saya meminta untuk dia datang bertemu saya pada malam harinya untuk butiran lanjut.

Sham gagal untuk datang kerana sibuk katanya. Dia kata akan bertemu esok dan katanya lagi modal dah cukup untuk dia buat kerja pada hari kedua….akhirnya sampai sekarang dia tak bertemu lagi dengan saya.

Telefon tidak pernah lagi diangkat dan saya sebenarnya telah menjadi mangsa kecekapan Sham mendapatkan wang dengan cara yang mencurigakan.

Apa yang berlaku pada Sham sekarang saya tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Mungkin dia ada masalah tersendiri yang tidak dinyatakan pada saya.ย Segalanya berlaku terlalu pantas walau saya cukup berhati-hati dalam transaksi perniagaan.

Moga jadi pengajaran untuk semua dengan cerita di atas…jangan tergesa-gesa untuk memulakan perniagaan terutamanya dengan rakan kongsi yang muncul tiba-tiba setelah lama terputus hubungan.

Selamat berhati-hati dalam perniagaan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan, elok gunakan saja JomNiaga

Total
35
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

27 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge