Usahawan hidup ringkas – Cerita saya #1

By | 17/01/2012

Usahawan hidup ringkas - Cerita saya #1Saya hanyalah seorang usahawan yang hidup ringkas, rakyat biasa yang dilahirkan di kampung Penanti, Bukit Mertajam daripada satu keluarga seramai 5 adik beradik. Saya merupakan anak yang ke-4. Tidak ada apa-apa kejayaan luar biasa yang boleh dibanggakan setakat ini bahkan semuanya biasa-biasa saja.

Untuk membandingkan apa yang telah saya capai selama hayat dengan apa yang telah dicapai oleh orang lain, adalah sesuatu yang sia-sia. Ia hanyalah menggambarkan betapa tidak selesanya saya dengan apa yang ada disamping membuatkan hidup terkejar-kejar berlumba dalam satu pertandingan yang tidak ada kesudahannya.

Oleh itu perbandingan antara baik dengan yang lebih baik adalah perbandingan terhadap diri sendiri di mana masa sebagai rujukannya. Adalah diharapkan hidup saya pada hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan begitulah selanjutnya sehinggalah menemui ajal.

Tidak salah jika saya senaraikan di bawah sedikit sebanyak pencapaian sepanjang merentasi masa dari zaman muda sehinggalah sekarang sebagai usahawan hidup ringkas.

Moga ia menjadi satu catitan untuk renungan saya sendiri terhadap apa yang telah berlaku selama ini dan secara tidak lansung sebagai maklumat  pengenalan diri buat mereka yang mahu ambil peduli pada riwayat hidup seorang usahawan hidup ringkas.

1985 – boleh dianggap sebagai satu tahun yang gemilang di antara banyak-bayak tahun sejak saya bersekolah dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.

  • Ia merupakan tahun terakhir zaman persekolahan saya dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang dicapai melayakkan saya ditawarkan peluang menyambung pelajaran ke luar negara.
  • Pergi keluar negara memang merupakan satu impian semenjak masuk tingkatan 4 dan ia membuatkan fikiran saya sering melayang membayangkan suasana di luar negara. Mungkin itu merupakan salah satu faktor pendorong yang membuatkan saya berusaha mendapatkan tiket ke luar negara dengan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.

1987 – Saya didedahkan dengan suasana Kotaraya apabila mengikuti kursus persediaan pelajar dan tinggal di Damansara. Transformasi dari seorang budak kampung yang ‘perak’ berlaku perlahan-lahan sepanjang bergaul dengan rakan-rakan pelajar lain yang datang dari perbagai lapisan masyarakat.

1989 – Saya berjaya bertolak ke luar negara dari Kuala Lumpur menuju ke Frankfurt dan kemudiannya berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Gaule, Perancis.

  • Sepanjang perjalanan, saya hanya dapat merasakan perasaan kagum dengan apa yang dilihat dan juga pengalaman baru yang dialami lebih-lebih lagi rasa seperti duduk di dalam peti sejuk ketika keluar dari Lapangan Terbang di Frankfurt.
  • Minggu pertama di Paris, saya dan kawan-kawan di bawa melawat sekitar Kota Paris dan menikmati keindahan kota romantik dunia itu. Siapa sangka budak kampung mentah yang hidup ringkas dalam serba serbi kelihatan sedang menconteng, “Shubhi was here”, pada tiang Menara Eifel…!

1990 – Berada jauh di perantauan membuatkan rasa sunyi dan terasing.

  • Saya mula tergerak untuk membaca Al-Quran dan di situ saya dapati rupanya skill membaca ayat-ayat Quran terlalu teruk. Baru perasan bahawa saya tidak lagi membacanya semenjak habis mengaji di kampung masa sekolah dahulu.
  • Bermula dari situ saya mula mengaji hampir setiap malam sehingga bacaan menjadi lancar semula.

 …sambung ke siri #2

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

12 thoughts on “Usahawan hidup ringkas – Cerita saya #1

  1. SYAFIQ

    kalo sy mahu copy paste semua tulisan dlm blog ni dan save dalam ms word tok simpanan dan bacaan pada masa akan datang adalah dibenarkan atau tidak? mohon kebenaran:)

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Haha! banyak kerja nak kena buat tu terlalu banyak artikel kat blog ni. Insyaallah saya akan usahakan untuk dibukukan mengikut susunan yang bersesuaian kalau ada rezki…tapi kalau nak copy dan simpan dalam ms words untuk bacaan tak kisah….saya izinkan. Kalau dah buat boleh bagi kat saya satu copy…TQVM

      Reply
  2. ahmadyani

    As Salam tuan.

    Selalu juga berkunjung ke sini. Sebenarnya kerana Tuan Shahabudeen Jalil dalam blognya selalu memuji tuan. Banyak yang saya belajar di sini. Dan sekarang mahu “jadi sebahagian’ dari blog ini.
    ahmadyani recently posted…Kenduri Tanpa Kendara.My Profile

    Reply
  3. azman

    Banyak juga pengalaman hidup….sampai sekarang tak berani nak berniaga selepas kena tipu hampir 50k…berniaga kecil-kecilan bantu isteri ada lah sikit2.

    Reply
  4. Homestay Seri Cempaka Melaka

    Untuk berjaya perlukan keberanian.Tanpa keberanian dan usaha secara istiqamah kejayaan sukar untuk menyerlah dan yang penting disebalik usaha diutamakan ibadah dan sedekah. Insyallah laluan rezeki akan terbentang luas.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge