Close-Up-Of-Used-Drill-BitDalam tempoh 5 tahun yang lepas, apakah perubahan atau kemajuan yang telah anda buat terhadap diri sendiri?

Apakah anda maju atau tidak maju?

Apakah perubahan atau kemajuan yang telah anda buat dalam perkara-perkara berikut:

  • Aktiviti tambah pengetahuan / ilmu
  • Aktiviti pengurusan kesihatan
  • Aktiviti pengurusan kewangan
  • Aktiviti pergaulan
  • Aktiviti sumbangan
  • Dan lain-lain seumpamanya

Kebiasaannya, sudah tentu ada juga perubahan dalam salah satu daripada perkara yang saya senaraikan di atas.

Kalau tak boleh buat perubahan atau kemajuan untuk kesemua perkara yang penting dalam hidup kita, sekurang-kurangnya perlu ada juga kemajuan terhadap satu atau dua perkara.

Saya yakin jika anda duduk seorang diri, pegang pen dan buka buku nota kecil dan mula catatkan kemajuan yang telah dicapai semenjak lima tahun lalu sampai sekarang, pasti ada perubahan yang dapat dibanggakan.

Apa kata jika anda berhenti baca dan buat sekarang senarai kemajuan yang telah dicapai berdasarkan senarai perkara penting yang dicatitkan di atas tadi ?

Adakah anda tidak maju langsung ?

Kalau ada banyak kemajuan, Tahniah!

Kalau hanya ada banyak kemajuan dalam salah satu daripada urusan di ataspun masih ok, dan Tahniah! juga saya ucapkan.

Yang anda perlu risau, adalah seandainya tidak ada satupun kemajuan yang telah dicapai selama tempoh 5 tahun sebelum ini sampai sekarang.

Hanya umur sahaja yang meningkat, itupun disebabkan anda tak boleh buat apa-apa pada umur kerana masa tak pernah berhenti daripada berjalan.

Dan adalah lebih malang lagi sekiranya bukan saja anda tidak maju, malah menjadi lebih teruk dan semakin teruk.

Aktiviti menjaga kesihatan makin merosot,

Aktiviti menambah ilmu makin teruk,

Aktiviti tingkatkan sumber kewangan hancur,

Aktiviti tambah kenalan dan rapatkan silatur rahim gagal,

Aktiviti menyumbang langsung tak ada…

Tidak maju ertinya tidak berjaya

Saya suka pada takrifan bahawa Kejayaan itu adalah satu perjalanan, dan bukannya destinasi.

Oleh itu, orang yang sentiasa bergerak untuk memajukan diri mereka adalah orang yang sentiasa menempa kejayaan sepanjang kehidupan.

Bukanlah dinamakan kejayaan itu apabila anda berjaya simpan dalam akaun bank RM1 juta. atau bila anda berjaya bina rumah banglo 3 tingkat atas Bukit Damansara.

Jika kejayaan diletakkan dalam bentuk sebegitu, sebaik sahaja anda mencapainya, anda akan rasa selesa dan mungkin akan rasa bangga diri sebab kononnya dah berjaya. Sedangkan perjalanan masih jauh lagi.

Anda dan saya punya banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Kita mahu bermula kosong sejak dilahirkan dulu dan berakhir masuk kubur dalam keadaan maksimum sebagai manusia yang bermanfaat pada orang lain.

Oleh itu perlu ada kemajuan dari segi kualiti mahupun kuantiti. Jangan asyik ‘maintain’ dari dulu sampai sekarang !.

Otak malas punca tidak maju

Minggu lepas saya ada kongsikan satu cerita di FB Kelab Usahawan HR berkenaan kisah orang mabuk cari kunci yang hilang.

Untuk makluman, saya sedang berusaha untuk mengaktifkan Kelab Usahawan Hidup Ringkas supaya lebih bersifat interaksif melalui Facebook.

Jika anda berminat terutamanya mereka yang dah subscribe sebagai ahli kelab hidup ringkas, sila pergi ke Kelab Usahawan HR tersebut dan mohon jadi ahli, insyaallah akan saya luluskan.

Syarat dan tujuan Kelab ada di nyatakan di sana.

Sambung cerita orang mabuk tadi, begini lebih kurang perbualannya:

Satu malam kelihatan seorang lelaki yang sedang mabuk tertunduk-tunduk seperti mencari sesuatu di bawah lampu jalan.

Orang yang melalui tempat itu bertanya kepada lelaki mabuk tersebut, “apa yang sedang kamu cari tu?”.

Lalu lelaki tersebut menjawab, “sedang mencari kunci yang hilang, terjatuh !”.

“Kunci terjatuh di kawasan itu ke?”, tanya orang lagi pada lelaki mabuk itu.

Lalu dia menjawab, ” tak !”

“Habis kenapa asyik pusing cari kat situ?”, tanya orang lagi padanya.

“Sebab kat sini ada cahaya lampu…”, jawab lelaki itu selamba sambil meneruskan pencariannya.

Mungkin anda tersenyum membaca cerita di atas.

Tapi cuba fikirkan semula apakah anda juga dalam kebanyakan masa melakukan apa yang dibuat oleh lelaki mabuk itu.

Dan saya pasti memang anda dan saya sering mengamalkan perkara yang sama sepanjang kehidupan kita.

Dan dalam masa yang sama kita kehairanan sebab apa yang dicari tidak ditemui.

Itu sebenarnya adalah hasil daripada keputusan otak malas yang ada dalam diri kita.

Otak malas adalah penyebab kepada fenomena tidak maju yang melanda kebanyakan orang.

Otak malas ‘vs’ otak berfikir

Otak malas dan otak berfikir adalah dua jenis otak dalam diri anda yang biasa digunakan.

Otak malas bergerak secara automatik tanpa perlu berfikir sebenarnya. Jawab soalan di bawah:

1+1

Apakah anda perlu berfikir untuk berikan jawapan di atas?

Sudah tentu tidak. Nawapan yang diberikan adalah hasl daripada otak automatik yang bergerak tanpa perlu ada usaha sedikitpun.

Sekarang cuba jawab soalan di bawah:

34101- 14523

Bergantung setakat mana kehebatan anda dalam urusan matematik. Jika anda bukan jelmaan budak pintar Adi Putra yang genius matematik, anda sama macam saya yang terpaksa berusaha untuk menjawab soalan itu.

Itu tandanya otak berfikir terpaksa digunakan dalam mencari jalan penyelesaian dan jawapan kepada soalan itu.

Jika anda dan saya diberi pilihan untuk pilih nak jawab soalan mana satu, yang pertama tadi atau yang kedua, majoriti akan pilih nak jawab soalan pertama. Sebab itu saya kata ianya adalah otak malas.

Bukan salah otak kita untuk berbuat begitu. Tapi ianya adalah fungi otak juga untuk pastikan penjimatan tenaga berlaku.

Dalam bab mencari kunci di atas, kita terkeliru dengan ‘urusan buat sesuatu untuk cari kunci’ dengan matlamat sebenar untuk buat sesuatu.

Jadi untuk elakkan rasa bersalah jika orang kata kita tak buat sesuatu, maka kita fokuskan pada aktiviti mencari.Dan untuk mencari, paling mudah adalah di bawah cahaya.

Kita tak pernah soal semula apa sebenarnya tujuan mencari tersebut. Jika kita berhenti sejenak dan berfikir pada tujuan asal, pertanyaan demi pertanyaa akan berlaku bagi merungkai persoalan sampai kunci dapat ditemui semula.

Malangnya aktiviti soala menyoal itu memerlukan kerjasama otak berfikir. Sebab itu kita sering elakkan diri dan biarkan otak malas kuasai keadaan.

Tidak maju walau jenuh berusaha

Itu antara alasan yang ramai orang berikan bila didapati dirinya masih juga tak maju-maju. Mungkin anda juga begitu?

Dengan hairan anda berkata macam-macam dah dilakukan tapi masih tidak maju. Masih macam itu juga.

Kunci yang dicari masih tak dapat ditemui. Sedangkan dah dua jam tertunduk-tunduk mencari kunci di bawah lampu tersebut.

Anda sibuk dan dalam masa yang sama tertipu dek otak malas sebenarnya. Anda hanya berusaha melakukan sesuatu yang tak perlu pada penggunaan otak berfikir.

Jalan yang anda pilih adalah jalan mudah berdasarkan apa yang terang dalam kepala anda saja. Bila disuruh cuba jalan lain, anda akan kata gelap dan susah nak cari barang…!

Rasanya anda dah faham apa yang cuba disampaikan dalam artikel ini bukan?

Jadi fikir-fikirkanlah adakah selama ini anda pakai otak malas atau pakai otak berfikir. Jika masih tidak maju, kemungkinan besar anda hanya pakai otak malas saja untuk bergerak.

Coaching bantu menggerakkan otak berfikir

Sebab apa peratusan jumlah mereka yang berjaya dalam perniagaan hasil daripada aktiviti coaching adalah amat tinggi, adalah berkait rapat dengan otak malas vs otak berfikir ini.

Dengan adanya coach, anda tidak akan mudah terpedaya dengan otak malas yang sering cuba menguasai diri anda.

Coach akan sentiasa cuba membawa anda kembali ke pangkal mengingatkan semula tujuan dan matlamat yang anda nak jayakan.

Coach akan ingatkan semula pada anda sibuk itu tidak semestinya sedang bergerak ke depan untuk maju.

Sibuk ada kalanya hanyalah alasan untuk menjadi malas. Sebab itu ada orang yang beranggapan sibuk sentiasa adalah salah satu daripada ciri-ciri orang yang malas !

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. perkongsian yang sangat bermakna. cuba listkan balik kemajuan apa yang saya buat for the past 5 years. alhamdulillah, banyak jugak kemajuan tapi banyak jugak masih di tahap yang sama. rasa tertampar dan malu dengan diri sendiri. perlu lebih rajin lagi dan lagi dan lagi

  2. Pernah mengalami situasi di atas ini, bila 2-3 tahun kerja diri sendiri tidak nampak kemajuan sebab letak satu aras ukur yang telalu tinggi. Walhal sudah ada kemajuan yang sikit.

  3. SubhanaLLah..
    satu kayu ukur untuk kita ukur buat diri masing2..tak pernah kita ukur tentang aktiviti2 yang tuan Subhi nyatakan..
    perjalanan masih jauh buat kita semua..hanya ada 2..seperti kata sang sarjana prof kamil ibrahim..
    bervisi lah untuk masuk syurga tanpa di hisab..jadikan lah kubur kita masing2 taman syurga..insyaAllah..biizniLLah..
    Ameen Ya Rabb..
    terima kasih dengan idea aktiviti2 di atas tuan Subhi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge