Jika pengunjung blog yang pernah ke sini sebelum ini perasan, ada perubahan dalam rekabentuk blog Hidupringkas.com sekarang.
Saya sebenarnya telah memindahkan blog ini daripada menggunakan platform blogger kepada platform wordpress.
Kenapa berpindah?
Kerana mendapati banyak kelebihan yang ada pada platform wordpress seperti mana yang saya baca melalui tulisan rakan-rakan lain seperti:
Dan lain-lain lagi. Saya letakkan link secara rambang berdasarkan google search yang saya buat dan baca sedikit sebanyak. Ramai yang dah tulis perkara sama kalau kita buat carian.
Seperti biasa, apa matlamatnya saya berbuat begitu adalah atas dasar untuk meringkaskan aktiviti blogging dan dalam masa yang sama memantapkan lagi kualiti aktiviti tersebut.
Lumrah setiap cubaan meringkaskan sesuatu perkara, terpaksa menghadapi satu permulaan yang tidak selesa dalam masa yang entah berapa lama. Jika kita layan dengan rasa tidak selesa itu, kita akan berhenti dan kembali pada asal.
Bukan senang untuk keluar daripada confort zone atau zon selesa yang dah biasa kita diami sejak sekian lama. Sebab itulah perubahan merupakan satu kerja yang berat.
Sebab yang sama juga kita lihat orang yang miskin, selesa dengan kemiskinannya atau orang jahil selesa dengan kajahilannya atau orang yang malas selesa dengan kemalasannya.
Semuanya berpunca daripada rasa tidak selesa setiap kali ada cubaan memecahkan kepompong keselesaan yang menyelimuti kehidupan kita. Jika kepompong tidak dipecahkan, tidak keluarlah rama-rama yang cantik berbagi warna…
Bantuan yang ‘formidable!!!”
Sepanjang saya ubah bloh hidupringkas ini ke wordpress, bantuan cemerlang telah diberikan oleh Serverfreak di mana khidmat profesional mereka saya gunakan. Itupun setelah membaca pujian daripada blogger jugak.
Jika blogger sebelum ini memuji akan servis serta kecekapan serverfreak ini, maka saya rasa memang patutpun segala pujian diberikan. Jika tidak saya tak akan update cerita berkenaan serverfreak ini di sini.
Bermula pada hari sabtu segala proses bermula sehinggalah hari ini, pagi ini baru dapat saya mula menggunakan platform wordpress ini dengan lancar. Mula guna di sini saya maksudkan mula belajar!.
Masalah demi masalah saya hadapi dan setiap kali ada masalah saya akan email pada serverfreak support team.
Apa yang menarik adalah, tak kira samada siang atau malam, tengah atau hujung minggu, ada saja respond yang saya dapat. Hinggakan saya terfikir samada mereka yang ada di sebelah sana merupakan robot!.
Setelah segalanya berakhir, maka saya buat keputusan untuk membuat entri ini dan berikan setinggi perhargaan pada manusia robot di serverfreak. Tahniah!
Iklan Nuffhang
Ada ramai juga yang sering bertanya kenapa saya tak buat iklan dalam blog saya. Ada juga di kalangan blogger yang berikan nasihat agar saya masukkan iklan Nuffnang untuk dapat sedikit pendapatan dari blog ini.
Terima kasih atas keperihatinan anda semua. Nasihat itu saya sedang pertimbangkan. Buat sementara waktu ini saya lebih suka kekalkan blog ini kosong daripada ikalan atau apa-apa banner selain daripada perniagaan yang saya jalankan sendiri atau rangkaian perniagaan yang saya ada.
Bukan sombong atau berlagak tak mau duit. Siapa yang tak mau duit dunia sekarang ini? kalau tak mau untuk diri sendiripun sekurang-kurangnya ambillah untuk diberikan pada yang memerlukannya.
Tapi buat masa ini saya mahu kekalkan konsep atau tema Hidupringkas yang saya cuba popularkan di blog ini. Lagipun iklan atau banner daripada agensi seperti Nuffnang atau adsense dan lain-lain tidak dapat saya kawal sepenuhnya.
Kembali kepada tajuk entri kali ini, jangkakan sedikit kecacatan atau sedikit yo-yo dalam penulisan atau rekabentuk dan lain-lainnya daripada blog ini. Semua kesukaran itu perlu diharungi untuk mencapai matlamat meringkaskan aktiviti tetapi dengan hasil yang lebih baik…insyallah!
Untuk ringkas, bukanlah sesuatu yang ringkas!
17 comments
selamat ke dunia WP
SF memang terbaik….
AUC recently posted…Minum Kopi Berlebihan Boleh Membawa Maut
Saya perasan, dah banyak komen di blog Tuan, Tahniah.. -dzariff
Ya…TK. Lama tak dengar cerita…bila nak kena teh trik?
Mohd Shubhi recently posted…Perkara negatif membantu anda
Tahniah.. semoga dipermudahkan dlm mempelajari selok belok wp. Bab iklan kalau bro nak menjenamakan perniagaan sendiri eloklah letak di blog ni. Tak payah letak iklan dari sykt lain pun takpe.
Cikgu Hairul recently posted…Selagi Tak Habis Raya
Setuju sangat tu…Insyallah tengah berusaha sekadar termampu. TK
Mohd Shubhi recently posted…Perkara negatif membantu anda
Honestly, kawe rasa kalau dulu2 YES WP mmg banyak advantage tetapi sekarang nampak mcm tak sangat. Apa lagi dengan Google agak strict sekarang dengan pengunaan meta keyword yg berlebihan. Kalau terlebih optimze, di anggap ‘spamming’ dan kena blacklist. Jadi, bila menulis tu kena lebih natural skrg instead of tulis bagi tujuan SEO.
Guna top level domain di Blogger dan engage di social media rasanya cukup utk compete dgn WP blog bagi pengguna blogger. My 5 cents. š
Apa-apa pun tahniah kerana mencuba WP. Bila lagi kan?
Ismail N recently posted…Iām On FoxSports
Tq utk info tuan…feature WP rasa macam lebih ok berbanding Blogger…setakat ni rasa macam tu lah…dalam percubaan!
Mohd Shubhi recently posted…Perkara negatif membantu anda
wahh..dah tukar dah..hehe..rumah baruu.. š
blackrosehunter recently posted…Keputusan Perlawanan Kelantan vs Pahang Piala Malaysia 2013
Yer la..tengok macam best je…ikut suara ramai…
Mohd Shubhi recently posted…Perkara negatif membantu anda
Emm patutla kelmarin tak boleh nak akses..hehe..tapi artikel yang lepas2 ada yang tak leh nak tengok tu bro..
Hafizul recently posted…Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Tengah dok cuba perbetulkan satu persatu…kalau ada yang tak kena jangan lupa bagi tau…TQ
Mohd Shubhi recently posted…Cubaan ringkas yang tak ringkas!
letak iklan juga tak menjamin ia akan datang hasil…
ema recently posted…Birthday Aqeel lupa nak buat.
Betul jugak ye!, tak terfikir pulak pasal itu…TK
Mohd Shubhi recently posted…Cubaan ringkas yang tak ringkas!
hoho..sudah pakai wordpress sudahhh..
titan recently posted…Macam mana aku boleh terhabis bayar hutang PTPTN?
Haha
Mohd Shubhi recently posted…Perkara negatif membantu anda
Taniah tuan dah berpindah rupanya
onlajer recently posted…Renjatan Elektrik DiTroli
Terima kasih…terkial-kial belajar ni…!
Mohd Shubhi recently posted…Cubaan ringkas yang tak ringkas!