Winter-snow-flakes-winter-22231258-1238-768Mungkin anda sedang pening memikirkan soalan yang diajukan sebagai mana tajuk di atas,

“Dah berusaha macam-macam tapi masih juga tak ada perubahan samada dalam kehidupan, perniagaan atau kerjaya yang anda sedang lakukan”

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita renungkan aktiviti menjerang air yang saya cuba gambarkan di bawah.

Anda tentu pernah menjerang air. Kalau tak pernah, cuba lakukannya sekarang.

Bukan susahpun nak jerang air. Ambil cerek, isikan air dan letakkan atas api. Kemudian tinggal begitu sehinggalah air itu mendidih. Itu cara biasa kita menjerang air.

Untuk latihan kali ini, anda perlu letakkan air atas api, biarkan tudung cerek itu terbuka dan duduk kat situ. Anda perlu berikan tumpuan betul-betul pada air yang sedang dipanaskan oleh api di bawah cerek itu.

Kalau ada jam tangan, tengok masa yang ditunjukkan oleh jam tangan anda ketika mula letakkan air atas api. Kemudian tunggu dan ambil kiraan masa, sampai berapa lama berlakunya perubahan pada air yang telah anda jerang atas api.

Berapa masa diambil untuk tak ada perubahan

Kira berapa masa yang diambil oleh aktiviti pemanasan air itu untuk mengubah keadaan air.

Anda tentu akan lihat dalam tempoh masa tertentu yang boleh tahan juga lamanya, tak ada perubahan berlaku pada air yang anda jerang itu.

Sekali sekala cuba celupkan jari anda ke dalam air dan rasakan haba pada air yang sedang dijerang itu.

Ingat! jangan masukkan setelah dah lama air dijerang. Hanya masukkan jari anda ketika waktu awal sahaja.

Ada dua perkara yang anda boleh lihat dan rasa dalam aktiviti yang saya sebutkan di atas:

  1. Tak ada perubahan pada air – air pada mata kasar anda tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kalau anda jenis tak sabar, anda akan merungut kenapa tak ada perubahan langsung.
  2. Ada rasa haba semakin lama semakin panas – celupan jari anda dapat merasai perubahan haba yang berlaku pada air. Hanya boleh dirasa tapi mata tak dapat melihat apa-apa perubahan.

Itu jika anda cuma masukkan air ke dalam cerek.

Cuba kalau anda masukkan seketul ais yang punyai suhu rendah di bawah tahap beku seperti -30 darjah celcius.

Dalam beberapa masa, anda juga akan lihat tak ada perubahan berlaku pada ketul air tersebut. Dalam tempoh masa yang agak lama baru nampak air mula mencair dan mula jadi cecair dan tidak lagi beku.

Jika dibiarkan, keadaannya menjadi seperti mana gambaran yang saya berikan jika anda masak air atas api. Tak ada perubahan semula, sebelum air mula mendidih.

Tak ada perubahan dalam aktiviti jerang air

Apa yang anda boleh belajar dari pemerhatian di atas adalah perumpamaan dengan usaha yang anda sedang lakukan sekarang.

Untuk melihat adanya berlaku sebarang perubahan ianya memakan masa yang agak lama. Bergantung pada apa perubahan yang mahu anda lakukan.

Bila anda berusaha dengan konsisten, sedikit demi sedikit, memang tak akan berlaku sebarang perubahan.

Terutamanya dari segi penglihatan mata.

Malah anda tak akan dapat rasakan adanya berlaku sebarang perubahan kerana sama macam anda jerang air tadi, bukan semua perubahan boleh dilihat dalam jangkamasa tempoh tertentu.

Tapi jika anda ada pengukur, dalam kes air tadi anda gunakan jari dan lebih elok jika anda gunakan thermostat. Anda akan dapat tahu suhu mula meningkat sedikit demi sedikit, tapi tak dapat dilihat oleh mata.

Kalau orang yang jenis tak sabar dan tak biasa jerang air seumur hidup, dia akan bosan dan tutup api sebab dia kata itu kerja sia-sia kerana tak nampak sebarang perubahan.

Tapi sudah tentu anda tak buat begitu sebab anda tahu, bila tiba masanya air akan menggelegak menunjukkan ianya sedang mendidih dan dah masak.

Tak ada perubahan setelah berusaha

Macam itu juga dengan apa yang sedang anda usahakan sekarang. Anda kena tunggu masa yang mencukupi untuk melihat perubahan berlaku.

Jika anda sedang gigih berusaha sekarang dan tak ada perubahan, bukan bermaksud anda buat kerja sia-sia. Ia ambil masa dan dalam bab mengubah diri, kerjaya, perniagaan dan kehidupan, tak ada siapa yang tahu bila akan berlakunya perubahan yang boleh dilihat.

Moralnya kat sini adalah jangan putus asa.

Yakinlah sebarang usaha yang baik sedikit demi sedikit pasti berlaku perubahan pada diri anda.

Hanya anda sahaja yang tak dapat mengukurnya. Tak dapat melihatnya dengan mata kasar. Tapi percayalah sedang berlaku perubahan pada diri anda.

Dari tak ada perubahan, bila tiba masanya, anda akan lihat pada masanya satu demi satu berubah. Macam air mengelegak tadi, ambil masa yang tertentu.

Jadi bermula dari sekarang, jangan putus asa. Buat saja apa yang anda perlu buat. Sedikit demi sedikit tanpa jemu walaupun tak ada perubahan.

Setiap kali anda dah rasa nak putus asa, ingatkan diri pada kes jerang air di atas. Atau segera ambil air dan letakkan di atas api untuk ingatkan diri anda bahawa masanya akan tiba juga. Anda sedang berubah cuma tak dapat lihat lagi. Amacam?

Total
34
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

16 comments

  1. Ada yang mengatakan bahwa.. bila satu usaha yang kita lakukan belum berhasil…berarti usaha itu bukanlah jodoh kita.. Kita harus mencari usaha yang baru yang bisa berjodoh dengan kita. Selain turun tangannya kehendak tuhan.
    Bagi saya usaha itu sama dengan pasangan hidup, ada jodoh-jodohnya. Dan itu sudah saya alami… Sudah beberapa usaha dan pekerjaan yang saya lakukan, akhirnya sekarang bertemu dengan usaha yang saya anggap lebih baik dan lebih mejanjikan dari pekerjaan-pekerjaan lain…
    Salam sukses selalu buat admin…
    muhammad isra recently posted…Merubah Blog Nofollow Menjadi DofollowMy Profile

  2. saya suka perumpamaan jerang air..kalau air sedikit cepat ia mengelegak..kalau banyak ambik masa yang lama

    sama juga kalau dalam proses kejayaan..orang yang diberi anugerah kejayaan yang besar akan ambik masa yang lama untuk mencapainya dengan syarat tidak berhenti berusaha..

    terima kasih tuan atas entri yang cukup genius!
    Hero Borneo recently posted…Kisah Hebat Kejayaan Pengasas HyundaiMy Profile

  3. Artikel yg menarik tuan..memberi motivasi dan perangsang buat saya untuk terus dan terus maju..bila agaknya dpt mengeteh dgn tuan nie…hehehe

  4. Tuan ni betul2 bg saya terharu,dari sinilah,blog yg selalu saya baca tiap mlm nilah yg buat saya semangat,syukur pd ALLAH kerana ada lg insan perangsang sprti tuan ni,saya brdoa mga ALLAH murahkan rezeki tuan skluarga

  5. Terima kasih Tuan, memang kena dengan situasi saya sekarang yang tengah ‘down’. Dah bertahun berusaha tapi sampai sekarang tak mengecap hasil kejayaan. At least, dengan artikel ini dapat merangsang kembali semangat saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge