Salah satu perkara yang saya terpaksa atau lebih tepat lagi “dipaksa” untuk amalkan adalah budaya kerja buat macam-macam.

Budaya kerja buat macam-macam ini ditekankan sejak mula masuk ke dunia pekerjaan lagi. Saya difahamkan kalau nak mudah diterima kerja mesti pandai buat macam-macam dalam satu masa.

Maka saya terikut-ikut untuk tingkatkan kemahiran buat kerja macam-macam dalam satu masa. Jika lagi banyak kerja dapat dilakukan dalam satu-satu masa, lagi hebat.

Terma popular yang sering diguna pakai berkenaan buat macam-macam ini adalah ‘multi tasking’. Banyak syarikat yang menerapkan budaya kerja multitasking ini untuk memerah kudrat para pekerja semaksimum mungkin.

Sampaikan para usahawan ada yang terikut-ikut dengan budaya kerja buat macam-macam ini dalam dunia keusahawanan mereka. Apa yang membezakan antara pekerja dengan usahawan hanyalah terma. Perkataa diversified diguna pakai supaya nampak lebih sophisticate dan intelectual.

Budaya kerja buat macam-macam tak ke mana

Setelah bergelumang dalam bisnes sendiri sejak sekian lama, saya mula sedar bahaya budaya kerja buat macam-macam ini tak bawa saya ke mana-mana.

Satu kesan paling ketara yang negatif hasil dari budaya kerja buat macam-maca ini adalah timbulnya rasa kecewa dan tak puas hati dengan pencapaian.

Lumrah bila jadi usahawan saya cuba senaraikan berbagai tugasan yang perlu dilaksanakan. Senarainya panjang dan saya kejar masa dan cuba lakukan kesmeuanya.

Hasil dari cara kerja sedemikian, saya sentiasa kelihatan amat sibuk. Bila orang kata saya sentiasa sibuk, saya rasa bangga sekejap di depan orang yang berkata itu. Bila tahu orang komen dari belakang yang saya amat sibuk, saya turut juga rasa seronok dan puas.

Hakikatnya saya sendiri sedar sibuk tidak bermakna berjaya. Saya tahu sibuk tidak bermakna saya buat kerja yang mendatangkan hasil. Malah dek kerana banyak kerja yang nak diselesaikan setiap hari, hampir kesemua kerja tidak dapat dihabiskan dengan sempurna.

Kalau habispun, sekadar melepaskan batuk ditangga. Urusan yang habis itu amat buruk kualitinya dan tidak membawa apa-apa makna terutamanya dalam membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Saya ada baca kajian daripada barat tentang hasil daripada kerja mereka yang mengamalkan multitasking ini. Kajian mendapati mereka yang amalkan budaya kerja multitasking atau dalam bahasa kita buat kerja macam-macam sebenarnya tak buat apa-apapun dengan baik.

Orang yang amalkan budaya kerja buat macam-macam tidak bagus dalam kesemua jurusan yang mereka lakukan. Mereka bukannya melaksanakan kerja berbagai. Sebaliknya mereka merosakkan berbagai kerja.

Kajian tersebut membuatkan saya rasa perlu untuk ubah cara saya berfikir. Saya mula tukar strategi buat kerja harian saya kepada cara yang lebih selesa dan amat mudah sekali.

Lupakan budaya kerja buat macam-macam

Bila dah asyik kecewa sebab tak dapat laksanakan banyak kerja setiap hari, maka saya nekad untuk buat hanya satu kerja saja dalam satu-satu hari.

Tiada lagi berbagai kerja nak dikejarkan. Hanya satu sahaja sudah cukup dan saya akan pastikan kerja itu dilaksanakan dengan tenang, prihatin dan penuh keselesaan.

Bila selesai kerja itu, dan kalau masih ada tenaga dan momentum nak buat kerja, saya akan lihat satu lagi kerja lain pula. Kalau tak ada, saya akan pergi cari kawan untuk berbual santai atau berbincang tentang idea baru atau isu semasa.

Budaya itu banyak membuahkan kejayaan dan paling penting saya tidak lagi terkejar-kejar nak buat macam-macam. Kekecewaan hilang dan saya sentiasa puas hati walaupun hanya satu kerja dilaksanakan dalam satu-satu masa. Yang pentingnya ianya selesai dengan baik.

Banyak perubahan berlaku dalam keadaan santai dan menyeronokkan.

Tapi saya rasa bukan semua orang boleh buat begitu. Saya berniaga dan punya masa sendiri untuk tentukan aktiviti saya. kalau orang yang makan gaji tentu sukar sedikit sebab biasanya masa kita ditentukan oleh orang lain atau boss.

Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk mengamalkan budaya kerja fokus pada satu kerja sahaja dalam satu-satu masa, walaupun jika anda makan gaji. Insyaallah kalau rajin nanti saya cuba kongsikan.

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. teringat dengan ilmu yang tuan bagi hari tu.. teori 80/20..macam ada kaitan.. kita sebuk dengan 80% kerja yang kita buat sedangkan sebanarnya ia hanya menghasilkan manfaat atau keuntungan 20% sahaja.. manakala kerja yang 20% lah yang menghasilkan 80% keuntungan..jadi jangan buat macam-macam..tumpukan yang 20% saja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge