Erti ‘Hidup Ringkas’ bagi anda

By | 15/08/2013
Alam sekitar

Perkataan ‘hidup ringkas’ memang dah jadi mainan mulut ramai di antara kita.

Sejak bersekolah lagi perkataan ini dah menjadi mainan bibir, tetapi tanpa pernah terfikirkan apa maknanya yang sebenar.

Sehinggalah tahun lepas, saya mula memikirkan tentang konsep hidup ringkas secara serius.

Macam mana, bagai mana, kenapa, dan apa orang kata…mula menjadi perhatian saya.

Mula buat blog Hidupringkas.com
Akhirnya saya tergerak untuk buat satu blog berkenaan hidup ringkas setelah mula mengenali dunia blogging sejak tahun 2008 yang semak dengan penulisan politik di mana saya juga turut terpengaruh dengannya.

Pada hari selasa, 17hb Januari, 2012, saya mula membuka blog baru dan terus memilih nama Hidupringkas.com sebagai nama alamat blog ini.

Terkejut juga apabila tidak ada masalah menggunakannya sedangkan ia satu perkataan terkenal. Saya sangka tentu sudah ada orang lain yang telah menggunakan perkataan hidup ringkas terlebih dahulu lebih awal daripada saya.

Rupa-rupanya masih terbuka untuk saya. Nampaknya memang dah rezki saya pada waktu itu. Walau bagaimanapun penulisan dan pengisian blog hanya bermula pada hujung bulan Mei 2012 setelah sedikit usaha pencarian dilakukan.

Hidup ringkas di dunia maya
Jika di taip perkataan ‘simple life’ dalam enjin carian Google, kita akan dapat melihat 1.1 billion keputusan carian dalam masa 0.03 saat dipersembahkan oleh google !.

Dan carian yang pertama pergi pada Wikipedia yang menceritakan tentang The Simple Life, sebuah siri TV di Amerika yang menonjolkan gadis berlebihan sosial dan liar Paris Hilton dan juga Nicole Richie.

Hidup ringkas yang saya maksudkan di sini ada juga dihuraikan secara panjang lebar di dalam wikipedia melalui perkataan ‘simple living’. Ia membawa maksud meringkaskan gaya hidup melalui aktiviti pengurangan pemilikan kebendaan dan juga redha dengan apa yang ada.

Hebatnya perbahasan tentang hidup ringkas ini sehingga ia merangkumi perbahasan dari segi agama, falsafah dan juga kehidupan moden.

Hidup ringkas juga melahirkan pergerakan sosial yang besar seperti pencinta alam sekitar, anti peperangan, dan tranformasi ekonomi dan juga politik.

Hidup ringkas di barat
Ada dua perkataan yang amat sinonim dengan hidup ringkas ini di barat. Pertama adalah perkataan ‘Zen’ yang masuk ke dunia barat sejak tahun 1893 daripada pengaruh seorang Sami Buddha dari Jepun. Lewat tahun 1950-an Zen mula merebak dan menjadi terkenal di dunia barat.

Perkataan kedua adalah ‘minimalism’. Ia lebih merupakan satu ekspresi seni reka bentuk yang mementingkan bentuk optimum dari segi penggunaan dan faedah. Ini juga merupakan satu pengaruh seni dari negara Jepun.

Reka bentuk yang terhasil adalah lebih praktikal dengan membuag segala rupa yang tidak mendatangkan manfaat. Namun begitu minimalism juga popular di kalangan mereka yang amalkan kehidupan yang ringkas.

Blog terkenal menyentuh hidup ringkas
Antara blog terkenal dari barat yang mengenegahkan simple living, zen dan juga minimalism ini, yang saya sering baca sampai sekarang, dan cuba memahami adalah:

  1.  Zenhabits oleh Leo Babauta.
  2. Becoming Minimalist oleh Joshua Becker
  3. The Minimalist oleh Joshua Fields Millburn & Ryan Nicodemus
  4. Be More with Less oleh Courtney Carver

Ada banyak juga buku-buku yag menulis tentang menjalani kehidupan ringkas dan juga tentang konsep Zen dalam pengurusan, kehidupan, kepimpinan dan lain-lain yang saya beli dan baca.

 

Rumusan hidup ringkas
Apa yang saya dapat rumuskan pada akhirnya adalah mereka yang cuba menjalani kehidupan yang ringkas selama ini hanyalah menzahirkan fitrah kemanusiaan yang cintakan kedamaian, ketenangan, dan menghargai apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhan pada manusia.

Pada asasnya manusia sepatutnya membuang segala kebesaran samada dari segi kebendaan atau kerohanian dan menyediakan dirinya hanya untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba pada Penciptanya.

Berasaskan konsep memperhambakan diri pada Tuhan itulah akhirnya kita dapat membebaskan diri dari sifat tamak pada kehidupan dunia dan mengambil dunia sekadar yang perlu hanya untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

Sebab itulah saya merumuskan bahawa Hidup Ringkas adalah mengambil atau melakukan apa yang perlu sahaja untuk mencapai matlamat dan tinggalkan selain dari itu yang tidak mendatangkan faedah.

Komen pembaca tentang hidup ringkas

Oklah !, semua yang saya tulis di atas hanyalah sebagai mukadimah dari entri ini. Berbalik kepada tajuk entri, berikut saya kongsikan apa yang di berikan oleh para pembaca pada entri awal saya yang dulu apabila ditanya apakah makna hidup ringkas pada mereka:

  • Nasir Wasoh – HIDUP RINGKAS dari sudut saya, PERMUDAHKAN sesuatu yang sepatutnya MUDAH!, Contoh : Rujuk kisah penggunaan pen antara angkasawan Amerika & Rusia di bulan.
  • jamali shariff – Mengutamakan keperluan dalam kehidupan lebih dari kehendak diri demi mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat
  • darksideage – Assalamu ‘alaykum, Pandangan ‘Hidup Ringkas’ saya ada dalam video YouTube berjudul: “The Amazing Story of a Village Teacher that Walks 44 KM Daily to Teach His Pupils”. Kalau berkesempatan bolehlah tonton video tu. Saya peminat blog ini, & sentiasa mengikuti pandangan yang ditulis. Cara penulisan, latarbelakang, warna, carasusun, semuanya ‘Ringkas’. Sangat menarik.
  • cheura – Assalamualaikum wmt wbt, Hidup ringkas yang saya cari ialah hidup secara sederhana tetapi bahagia samada di dunia juga di akhirat. Insya Allah. Berbanyak terima kasih tuan akan perkongsian ilmu yang sangat berguna. Teruskan menulis kerana artikel tuan amat membantu saya mengekalkan momentum untuk hidup sederhana tetapi bahagia.
  • Intellect Starr http://muhdkamil.org/ bacalah blog ini.Inilah Hidup Ringkas yg saya impikan
  • DonnaSha – Salam.. Saya pernah cuba meringkaskan kehidupan: Menukar kerja Merubah jadual waktu Membuang barangan yang terpakai Menukar penampilan Merubah cita rasa Membuang sifat yang di cam tidak effective untuk hidup yang ringkas. Tapi saya tak ‘bahagia’.. Kerja baru lebih stress Jadual waktu baru tidak mencapai matlamat saya Barangan terpakai sebahagiannya kembali dalam simpanan..pasal sayang Penampilan baru .. hmm. Cita rasa tidak berubah, rupanya saya masih suka apa yang saya suka Sifat diri rupanya adalah ‘default’. yang perlu diubah adalah sikap. … saya cuba lagi, trial and error. Di hujungnya saya simpulkan… ringkas atau tidak, bahagia itu ‘basic’ dalam apa jua (untuk diri saya at least) Bila saya happy, saya boleh ringkaskan apa jua. Hidup ringkas: .. selagi belum tiba penghujung. Trial and error. Akal ada, guna. Matlamatnya ..satu.
  • Jank Fairuz – Bagi saya Hidup Ringkas adalah hidup bahagia = Hidup tanpa hutang dan banyak cash.
  • mrbently – Yang utama sahaja
  • Anonymous – Syabas, saya tercari2 blog begini, saya kecewa dengan orang2 kita melayu khususnya yang budaya hutang dan menunjuk2 konon mewah dengan kereta,pakaian dsb.
  • Anonymous – Tuan,  kita tgk cara Nabi ringkas perasan tak tuan tk gud luk tahniah (megat s)
  • School Of Tots – Hidup Ringkas –> kena SYUKUR, kena SABAR, dan kena REDHA.
  • Anonymous – Hidup ringkas boleh, cuma jangan ambil ringkas di dalam kehidupan…
  • zanj – trus terang saya katakan blog ni memang terbaik.. hidup ringkas yang sebenarnya…. adalah cara nabi s.a.w perlu diingat NABI x pernah menyimpan sesuatu untuk esok pakaian hanya yg dipakai shj… tiada istilah yg jarang2 pakai apatah lagi yang dah lama tak pakai……. tapi kita…….khususnya sayalah….berapa punya banyak pakaian yang dah bertahun tak pakai ada dalam almari sedihnya…berapa jauhnya dengan kehidupan nabi S.a.w istighfar pada Allah
  • Anonymous – Assalamu’alaikum.Tanpa menolak makna dari sudut Islam seperti syukur, qana’ah, redha dan lain-lain. Pada saya hidup ringas juga berpunca dari tamadun zaman dan profesion kita. Saya pernah terfikir, mengapa kita yang hendak hidup ringkas ini perlu memulakan perjalanan kita, dengan selonggok barangan; beg duit, kunci, jam tangan, pen, cermin mata, tanda nama, gigi palsu atau tambah dua tiga benda lagi ikut keperluan pekerjaan atau tolak duatiga benda yang tak berkaitan diri. Sehingga ada yang kena bawa botol susu, bakul lampin bayi kerana sambil ke tempat kerja, hantar anak ke rumah pengasuh. Siapa boleh elak? Saya bandingkan dengan bapa saya dan kelompok orang kampung di zamannya, bersawah bila musimnya, membela seekor dua kerbau, mencari ikan di sawah atau sungai bila masa sesuai. Nah, mereka tak mulakan hari mereka sama macam kita dengan selonggok barang-barang yang perlu dibawa. Apa yang dibawa cuma sebilah golok dan sehelai kain basahan dililit di kepala. Dengan berjalan atau berbasikal lingkungan 10km. Berpakaian kerja (seluar/kain sarung dan baju). Boleh mengharung hutan kecil, bukit, lumpur dan sungai dengan alatan yang dibawa. Cukup ringkas. Itu baru perbezaan di dua zaman terkini. Bagaimana di zaman dahulu, kais pagi makan pagi? atau bukan zaman gaji dibayar ikut masa? 8 hingga 5. Dizaman Rasullullah, dari Mekah ke Madinah perlu masa 7 atau 8 hari, berkenderaan unta atau berjalan kaki, biasa saja. Itu tamadun zaman itu. Ringkas…Wallahu’alam
Begitulah komen daripada pembaca blog ini. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang telah berkongsi pandangan sebelum ini.

Anda pula bagaimana?

Entri kali ini agak panjang nampaknya. Bagi anda yang rajin dan turut sama berminat untuk menyelami falsafah hidup ringkas tentu sanggup membacanya.

Bagi anda yang tak berminat dengan hidup ringkas pula tentu tak sanggup meneruskan pembacaan sampai di sini. Mungkin anda skip semua isi di tengah dan hanya membaca sekali lalu pada permulaan dan pada penghabisan entri.

Walau bagaimanapun…apa kata anda berikan komen sedikit tentang Hidup Ringkas ini di ruang komen di bawah…tentu menarik untuk mengetahui berbagai versi orang lain.Wallahu’alam !

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

30 thoughts on “Erti ‘Hidup Ringkas’ bagi anda

  1. Jubah Moden

    Saya ada tengok dokumentari mengenai hal nie …
    saya sokong pendapat awak dan harap isu nie mendapat perhatian lebih ramai pembaca ..
    terima kasih
    Jubah Moden recently posted…Jubah ModenMy Profile

    Reply
  2. onlajer

    Hidup ringkas saya boleh miliki apa yang perlu dan dapat berjemaah dengan kariah itu sudah cukup

    Reply
  3. Popo

    Salam Aidilfitri, Tuan!

    Bagi pengamatan saya Hidup Ringkas ini adalah ‘Sempoi tetapi power’.

    Macam orang kita kata: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.

    Contohnya kereta standard yang tidak disolek lebih-lebihan tetapi boleh pandu sampai 180km/j jika perlu dan tidak ada masalah bila dipandu jarak jauh (berbanding kereta yang dah solek sampai jadi tak macam kereta dan tak boleh pandu laju lama-lama, panas enjin turbo kena berhenti tepi jalan).

    Kalau nak ikutkan falsafah rekabentuk ‘Minimalist’, sebenarnya bukan senang nak cipta rekabentuk sebegini sebab minimalis bukan bermaksud simple tetapi satu design yang dibuat untuk ‘nampak simple dan minimalis’. Kalau orang yang tidak mahir membuat rekabentuk mencuba untuk buat rekaan ala “minimalist” kebanyakkannya akan menjadi hambar.

    Kalau nak ambil contoh dari permainan alat muzik, cuba dengar permainan drum kumpulan Peter Pan (kalau dulu lah, sekarang saya sudah tidak dengar lagu-lagu di radio yang baru). Bunyinya macam ringkas tetapi apabila cuba hendak ditiru di studio muzik, nyata permainan drumnya sukar untuk dimainkan.

    Jadi Hidup Ringkas ini sebenarnya tidak ringkas tetapi sudah diringkaskan oleh pelbagai benda rumit di sebalik tabir (contohnya Tuan ada banyak syarikat yang membolehkan Tuan hidup ringkas mungkin tidak seperti orang lain yang keluar rumah pukul 6.30 pagi untuk elak kesesakan lalu lintas sebab nak masuk pejabat pukul 8.30 pagi).

    Contoh Hidup Ringkas:
    #10. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

    Kesimpulan saya: Hidup ringkas adalah satu matlamat untuk mengurangkan benda yang tidak penting dalam hidup tetapi untuk mencapat matlamat ini, kita perlu ada usaha yang mantap di belakang tabir.

    InsyaAllah saya sama-sama doakan agar rakan-rakan sekalian yang mengikuti blog ini berjaya mencapai matlamat hidup masing-masing.

    Hidup Hidup Ringkas Blog!

    Semoga Tuan Guru Mohd Shubhi sentiasa bahagia, walafiat dan tidak berhenti menulis berkongsi ilmu.

    Salam Aidilfitri,
    Fauzan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Salam aidilfitri Fauzan,

      Terima kasih bagi input tentang Hidup Ringkas berdasarkan pemahaman Tuan. Seiring dengan pemahaman dan apa yang cuba saya amalkan. Insyallah kita doakan kejayaan saudara-saudara kita semua.

      Hasratnya apabila blog ini berhenti menulis…itu tandanya Penulisnya telah meninggal dunia…Wallahu’alam

      Reply
  4. suri

    bijal kawal masalah dan nikmati kehidupan dg sabar dan munasabah sllu.

    Reply
  5. Aju Mohit

    titan dan cendol 😉

    owh ye, hidup ringkas tak serabut dan tak complicated, tak terlalu mengikut buku dan serba serbi sederhana tapi selesa emmmm

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Orang pemalas tidak akan sesekali menjalani hidup ringkas. Bayangkan jika nak cari dokumen penting ambil masa dua jam…malas mengemas…itu bukan kehidupan yang ringkas.

      Orang yang ringkaskan kehidupannya hanya akan ambil masa 2 minit untuk dapatkan dokumen penting…sentiasa kemas tersusun dan buang yang tak perlu !

      Jadi Pemalas tidak pernah seiring dengan Hidup ringkas. Wallahu’alam.

      Reply
  6. sohoque

    well research and preparation bro. tahniah!!! aku paling suka layout blog ni. memang ringkas sesuai dengan tema hidup ringkas. tahniah bro!

    Reply
  7. Zuan

    sebelum ni saya seorang yang sentiasa ingin nampak bergaya, setiap perkara di fikiran secara mendalam. tapi selepas mula ringankan minda dengan membaca buku2 mengenai pelaburan, business, self help, saya mula sedar yang hidup mewah tu tak membawa apa2 pun sangat..sekarang saya ingin usaha untuk keluarga, supaya dalam beberapa tahun, kami boleh bebas dari segala bentuk hutang

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Bergaya boleh asalkan ada tujuannya yang bermanfaat…simple ! Insyallah Tuan akan bebas dari hutang dalam tempoh 2 tahun seandainya terus berusaha dan memikirkan jalannya.

      Reply
  8. puteri kasih

    hidup ringkas bagi diri puteri adalah sebuah kehidupan tanpa pelbagai masalah yang membebankan dan merumitkan. Hidup yang serba sederhana dengan ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge