gaya hidup sederhanaGaya hidup sederhana adalah amalan kehidupan yang terbaik!

Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini juga percaya dengan kebenaran ayat di atas itu.

Mungkin juga anda percaya bahawa amalan hidup sederhana memang satu amalan yang sedang diamalkan dalam kehidupan anda sekarang.

Tapi kalau saya tanya balik…

Apa ertinya hidup sederhana? dan…

Bagaimana anda pastikan bahawa hidup yang anda jalani sekarang adalah satu kehidupan yang sederhana?

Mampukah anda jawab kedua-dua soalan di atas dengan jelas dan mudah difahami?

Rasa macam gaya hidup sederhana

Kalau anda boleh jawab kedua-dua soalan kat atas itu, Alhamdulillah. Memang anda jelas dengan apa yang sedang anda buat.

Tapi kalau tak boleh jawab?

Tak apa kalau tak boleh jawabpun. Sebab saya juga sedang cuba memahami apa yang dikatakan hidup sederhana itu.

Selama ini saya juga rasa macam, sedang mengamalkan kehidupan yang sederhana. Tapi bila difikirkan semula kenapa saya kata macam itu, rasa susah nak jawab pulak.

Apa yang saya faham selama ini, hidup sederhana itu berbeza-beza makna bergantung pada setiap individu.

Jadi, hidup sederhana bagi saya tak akan sama dengan hidup sederhana bagi orang lain. Bergantung pada keadaan, masa, tempat, siapa dan berbagai pemboleh ubah lagi.

Secara mudahnya, saya lah yang tentukan sendiri macam mana tahap sederhana itu buat diri saya. Tak perlu nak ikut apa kata orang lain.

Lalu saya tanya pada diri saya balik.

Ok!, jadi, macam mana saya boleh pastikan yang saya memang hidup sederhana?

Masih tak dapat nak jawab juga sebab saya sendiri tak pasti sederhana kat mana.

Adakah sederhana sebab saya hanya pakai kenderaan biasa-biasa, pakaian tak berjenama. Apakah sederhana sebab saya tinggal kat rumah teres pertengahan, makan kat kedai mamak dan gerai tepi jalan. Apakah itu semua bermakna hidup sederhana?

Gaya hidup sederhana ‘vs’ hidup purata

Pernah juga saya andaikan bahawa hidup sederhana itu ertinya duduk tengah-tengah antara semua cara hidup yang dijalani oleh semua orang disekeliling saya.

Maksudnya, ambil ekstrim paling atas tengok pula ektrem bawah, pilih yang duduk tengah-tengah itu. Yang kat tengah itulah hidup sederhana.

Apa pulak kehidupan yang ekstrim di atas dan apa pula ekstrim di bawah?

Tak boleh nak jawab pulak. Perlu dilihat pada semua skop kehidupan pulak. Mungkin perlu kita juruskan pada beberapa aspek kehidupan seperti, harta benda, pergaulan, kepercayaan, pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Kalau bab kekayaan mungkin lebih mudah nak bandingkan. Ekstrim atas adalah teramat kaya. Kena lihat orang laing kaya dalam kampung saya tinggal, lihat pulak orang paling miskin dan ambil ukuran purata antara keduanya.

Katakan orang paling kaya bernilai RM10 juta, aset bersihnya yang dia ada. Orang mikin pulak ada RM1000 aset bersihnya. Maka hidup sederhana dari segi kekayaan adalah purata antara kedua itu.

RM1 juta + RM1000 di bahagi dengan 2

Jawapannya adalah RM500,500

Jadi saya perlu ada aset bersih RM500,500 untuk jadi seorang yang kekayaannya adalah sederhana.

Macam itu kah?

Bolehkah kita ambil purata semua pemboleh ubah dan buat keputusan bahawa itulah kesederhanaan yang yang kita cari dalam kehidupan?

Nampak tak?

Betapa peningnya bila kita mula tanya semula apa makna hidup sederhana. Susahnya nak buat rumusan bagaimana nak pastikan yang hidup sederhana menjadi amalan hidup kita.

Tapi hampir kebanyakan orang akan tetap kata yang dia hidup sederhana. Bukan setakat luahkan sahaja, malah amat yakin yang hidupnya adalah sederhana.

Datang dari mana semua keyakinan itu. Macam mana nak buktikannya?.

Gaya hidup sederhana dan ‘Ikigai’

Saya mula fikirkan semula makna hidup sederhana ini setelah membaca satu buku yang menghuraikan budaya orang Jepun yang disebut, ‘Ikigai’.

Ikigai merupakan satu rahsia yang menjadi amalan orang Jepun untuk hidup penuh bermakna dan bahagia. Bukan semua orang Jepun, tapi budaya masyarakat Jepun yang tinggal di Pulau Okinawa.

Pulau tersebut terkenal dengan masyarakat Jepun yang menjadi antara masyarakat, yang jangka hayat hidup mereka antara paling panjang umur di dunia.

Masyarakat itu percaya semua orang perlu ada Ikigai, iaitu, sebab yang membuatkan anda bangun tidur dan terjun dari katil setiap pagi, untuk meneruskan aktiviti yang anda cintai.

Mungkin kita boleh faham bahawa Ikigai itu merupakan sebab untuk hidup dengan penuh bermakna.

Saya rasa itu merupakan salah satu tanda yang perlu ada untuk memasukkan diri anda ke dalam zon hidup sederhana.

Dalam erti kata lain tidak malas. Malas sampai tak kisah nak bangun atau tidak, nak pergi buat kerja atau tidak dan biarkan begitu, apa saja nak jadi.

Dan anda juga tidak terlalu gila sampai tak rehat. Tak tidur, berjaga siang dan malam buat kerja yang anda suka sampai membinasakan diri.

Mesti duduk di tengah-tengah. Ertinya mesti cari satu ‘titik keseimbangan’. Itulah hidup sederhana yang perlu kita perhatikan secara umumnya.

Hidup sederhana dan Kusyuk

Dalam istilah psikologi, mereka suka sebut perkataan “Flow”.

Ertinya satu keadaan mental yang meletakkan anda dalam “The Zone”. Jiwa dan perasaan tenggelam dalam keasyikkan terhadap apa yang sedang anda lakukan.

Bagi orang kerohanian pulak mereka mungkin akan sebut istilah ‘kusyuk’. Satu lagi perkataan yang saya pasti masih ramai yang blur dengannya. Ini perkataan yang selalu diulang sebut oleh tok guru agama kita sejak dari kecil dahulu. Kusyuk dalam solat, kusyuk dalam beribadat dan lain-lain lagi.

Masuk dalam The Zone

Apa saja yang anda lakukan, seandainya anda berjaya masuk dalam The Zone, atau Flow atau Kusyuk, maka satu kelazatan akan dapat dirasakan.

Hasil kerja yang dilakukan oleh orang yang berada dalam flow biasanya adalah hebat dan luar biasa. Kalau dia ahli sukan, biasanya akan jadi juara.

Kalau dia ahli ibadat, dia akan jadi wali

Kalau dia ahli seni, hasil seninya mendapat permintaan yang tinggi.

Semua hasil kerja orang yang kusyuk biasanya ada roh. Hasil kerja yang kelihatan hidup dan mampu menyentuh hati insan lain.

Bagaimana nak masuk dalam The Zone

Ada formula mudah yang para pengkaji berikan pedoman untuk membolehkan anda masuk ke dalam situasi kusyuk itu.

Katakan anda sedang melakukan kerja. Tak kisah apa saja urusan kerja, cari makan, bermain, layan hobi, bersembang dan apa saja yang boleh anda fikirkan.

Ada 3 keadaan sahaja yang boleh berlaku dalam apa saja urusan yang anda buat.

  • Senang sangat – Macam makan kacang saja, punyalah senang. Tak perlu fikir, tak perlu susah payah nak lakukannya.
  • Susah sangat – Terlalu sukar sampai anda terkebil-kebil. Terpaku tak bergerak sebab tak tahu nak mula kat mana atau tak tahu nak buat macam mana.

Saya kata ada 3 tadi kat atas tu, tapi sebab apa ada 2 sahaja? Sabar!, saya tahu. Sambung baca dulu. Yang ke-3 itu akan menyusul.

Jika anda buat salah satu dari 2 keadaan di atas, sampai bilapun tak akan masuk ke dalam The Zone. Senang sangat sampai membosankan, atau susah sangat sampai anda putus asa, kedua-duanya tak membawa ke mana-mana.

Jadi, untuk membolehkan anda masuk ke dalam Flow, perlu berada di tengah antara kedua-dua keadaan di atas. Sekali lagi, perlu berada dalam titik kesimbangan antara susah dan senang.

Itulah keadaan yang ke-3.

Perlu dilakukan supaya anda bergerak. Supaya ada kemajuan. Perlu rasa selesa dan tenang dan dalam masa yang sama, disuntik sedikit kesukaran yang mencukupi untuk mencabar kelainan dan memaksa otak sedar anda buat kerja.

Itulah yang saya rasa paling sesuai untuk anda jadikan ukuran bagi memastikan bahawa anda sedang mengamalkan gaya hidup sederhana.

Sama juga seperti yang dah lama kita fahami, bahawa hidup sederhana itu adalah subjektif. Jadi tahap atau titik kesimbangan antara ‘tak senang sangat’ dengan ‘tak susah sangat’ itu berbeza-beza antara anda dengan saya.

Rumusannya, hidup sederhana adalah satu kehidupan yang tidak boleh statik. Ia perlu bergerak sedikit demi sedikit untuk pastikan perubahan demi perubahan berlaku. Dan hanya mampu dicapai jika anda sentiasa pastikan diri anda berada dalam Keadaan Ke-3

Rumusannya gaya hidup sederhana

  • Hidup sederhana membawa erti perlu menjalani hidup yang seimbang.
  • Oleh kerana dunia atau masa sentiasa bergerak, maka titik seimbang juga perlu sentiasa bergerak.
  • Hidup sederhana tidak statik terutamanya dalam urusan pembinaan diri. Faktor mencabar diri keluar dari keselesaan secara sedikit dan berpatutan akan menghalang kedudukan statik.

Faham tak apa yang saya dok cerita kat atas tu? Adakah ia memberikan satu perspektif yang baru kepada takrifan gaya kehidupan yang sederhana buat anda sekarang?

Komenlah sikit!

Total
30
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Saya sekarang sedang belajar mengaplikasikan ‘style’ hidup ringkas ni..sesungguhnya walaupun namanya ‘ringkas’, tapi perlukan ilmu yang betul,supaya lebih faham,jelas dan bermatlamat..artikel ini membantu saya untuk jd ‘ringkas’ dan bermaklumat jg. tq Tuan! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge