Henti beri alasan!

By | 28/04/2013

Pernahkah anda terfikir kenapa anda tak berjaya dan tidak dapat apa yang anda idamkan?

  • Jika anda tidak pernah memikirkannya, memang patutpun anda tidak berjaya.
  • Sebaliknya jika anda pernah memikirkannya, anda sudah ada satu ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Untuk memudahkan persoalan, kita buat satu takrifan mudah tentang apa itu berjaya:

“Kita dikatakan berjaya apabila dapat merealisasikan atau memiliki apa yang kita mahu”

Itu adalah takrifan mudah tentang berjaya. Jika apa yang diingini itu bermanafaat, maka bermanafaatlah kejayaan tersebut.

Sebaliknya jika apa yang diingini itu tidak bermanafaat, maka kejayaan yang dikecapi adalah tidak bermanafaat.

Kembali kepada persoalan kenapa anda tidak berjaya tadi di atas, jika anda tidak pernah memikirkannya, berkemungkinan anda tidak ada keinginan.

Mungkin juga anda ada keinginan tetapi tidak dipupuk sehingga ianya menjadi lebih serius dengan benar-benar melakukan muhasabah dan pencarian diri.

Oleh itu selesaikan dahulu dengan mencari jawapan tentang keinginan anda dalam menjalani kehidupan. Ringkaskan keinginan anda dalam kategori seperti di bawah:

  1. Ekonomi – Apakah tahap ekonomi yang anda inginkan. Mewah, sederhana atau dibawah paras kemiskinan?
  2. Diri sendiri – Bagaimana perwatakan yang anda rasa bagus untuk diri. Adakah berfikiran jauh, banyak maklumat, berakhlak mulia, alim dan warak, penyabar, kaki pukul, pantang dicabar, beremosi, ego atau lain-lainnya?
  3. Keluarga – Apa jenis keluarga yang anda mahu bina. Adakah sebuah keluarga yang prihatin, ceria, menyusahkan masyarakat, bijak, kedekut, berkasih sayang atau lain-lainnya?
  4. Masyarakat – Bagimana anda lihat kedudukan anda di mata masyarakat. Adakah sebagai seorang kera sumbang, pemimpin, pengikut, pemalas, penggerak penumpang, kaki kacau, atau lain-lainnya?

Saya yakin 100% jika semua yang disebutkan di atas benar-benar difikirkan, semua daripada kita sudah tentu akan mengambil hanya yang terbaik sahaja.

Sebagai contoh dalam bab ekonomi, besar kemungkinan ada yang akan memilih sederhana atau mewah dan bukannya miskin papa kedana.

Tetapi kenapa kita tak dapat memiliki apa yang diidamkan tersebut?

Sebab paling popular yang biasa terjadi pada manusia adalah kerana suka memberi alasan.

Kenapa tak menjadi penggerak masyarakat? akan dijawab kerana aku seorang yang panas baran!.

Kenapa tak jadi taukeh besar? akan dijawab kerana aku tidak ada modal dan semua orang tahu akau tak pandai berniaga.

Kenapa tak jadi seorang yang alim dan warak? akan dijawab kerana aku otak bebal dan sering mengantuk ketika berada dikuliah agama. Lagipun aku bukan dari keluarga yang pandai agama.

Itu semua sebenarnya hanyalah alasan yang berpunca daripada kepercayaan yang kita bawa sejak dari kecil.

Ia berkemungkinan datang daripada kepercayaan yang ditanam oleh keluarga atau masyarakat atau perasaan anda sendiri.

Kepercayaan yang disumbat masuk ke dalam hati tersebut di bawa sepanjang hidup dan jadilah anda satu mesin yang kerjanya saban waktu cuba membuktikan bahawa apa yang anda percaya itu adalah benar.

Disebabkan terlalu sibuk membuktikan segala yang dipercayai itu benar, maka tidak ada masa untuk tarik brake sebentar dan bertanya, apakah itu semua betul? kenapa aku tidak cuba buktikan bahawa semua itu salah?

Percayalah! jika anda seorang yang waras anda layak untuk merancang dan membina impian yang anda ada.
Letakkan sasaran dengan betul mula fikirkan bagaimana untuk mendapatkannya dan berhenti memberi alasan.

Di mana saja tahap pencapaian anda sekarang ini, tidak kita samada lulusan UPSR sahaja, tidak tahu membaca, buta huruf, banyak hutang, banyak musuh, tak ada duit atau apa saja, anda boleh mengubah semua itu dengan hanya satu cara…

“Hentikan memberi alasan, cari jalan sampai dapat dan hanya kematian sahaja yang akan menghentikan anda”

Untuk itu mulakan menulis impian anda dan mula ambil serius dengan impian tersebut. Mulakan dari sekarang dan rangka kehidupan yang baru.

Insyallah anda akan mendapat satu nafas baru dalam hidup dan pelayaran kehidupan anda akan mula menjadi lancar dan laju.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge