Hidup ringkas yang diamalkan di barat

By | 01/06/2012


Sejak saya mula bertekad untuk mengamalkan hidup ringkas, saya mula mengarahkan segala tumpuan fikiran saya untuk mencari definasi sebenar hidup ringkas.

Banyak bacaan yang saya temui terutamanya hasil dari pembacaan di blog-blog yang mula memberikan sedikit pencerahan kepada saya tentang konsep hidup ringkas.

Kalau di barat sejenis falsafah yang dinamakan sebagai Zen yang berasal dari ajaran Buddha mendapat tempat dikalangan mereka.

Salah seorang pengikut falsafah Zen adalah mendiang Steve Job. Ajaran Zen menjadi pilihan mereka yang mahu membebaskan diri mereka daripada sifat tamak, baran dan juga jahil.

Ramai dikalangan mereka yang mengikuti falsafah Zen ini berakhir dengan menjadi seorang yang ringkas dan lebih mencintai alam sekitar.

Konsep hidup ringkas yang diterjemahkan dalam rekabentuk bangunan, perabut dan perhiasan juga berkembang di barat dengan pendekatan rekabentuk yang dinamakan sebagai minimalism.

Minimalism menekankan konsep senibina dan juga seni lukis yang mudah dan bebas unsur-unsur yang tidak perlu. Rekabentuknya memberikan tumpuan kepada mengekal apa sahaja yang ada kegunaan sahaja. Konsep minimalis ini berasal daripada negara Jepun.

Kenapa saya membuat sedikit kajian terhadap segala konsep di atas adalah kerana saya khuatir akan dituduh sebagai cuba mengamalkan sesuatu yang tidak ada dalam ajaran Islam.

Saya juga khuatir akan dipengaruhi dengan unsur-unsur lain yang boleh menyesatkan diri kita daripada agama Islam yang suci.

Ini kerana bila kita sebut tentang hidup ringkas, ia ada banyak persamaan dengan mereka yang berada di barat yang benar-benar mengamalkannya tetapi lebih tertumpu dan terpengaruh dengan cara ajaran agama Buddha.

Tetapi jika kita melihat amalan fizikal mereka, ia nampak amat hebat kerana mereka amat mementingkan kebergunaan serta hasil optimum daripada apa yang mereka lakukan. Mereka sebolehnya amat berdisiplin mengelakkan pembaziran samada material atau spiritual.

Jika kita tolak segala amalan spiritual serta apa sahaja yang berkaitan dengan kepercayaan agama mereka dan menumpukan pada konsep amalan mereka seperti berjimat, menumpukan kepada objektif, mengawal kemarahan, mengelakkan sifat tamak, menjauhi kejahilan, mengelakkan pembaziran dan lain-lain yang seumpama dengannya, ia nampaknya tidak ada lansung percanggahan daripada apa yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadith.

Cuma dalam Islam kita lebih biasa di dedahkan dengan perkataan hidup sederhana berbanding dengan perkataan hidup ringkas.

Jesteru itu apa yang saya cuba mendalami dalam pengembaraan saya mencari makna dan cuba mengamalkan cara hidup ringkas adalah lebih menjurus kepada makna mengamalkan ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Banyak yang telah saya fikirkan tentang apa yang perlu kita terangkan sebagai hidup ringkas agar ianya tidak akan disalah tafsirkan sebagai hidup selekeh, kurang buat kerja, duduk saja, selesa dan berterusan dengan apa yang ada, jahil dan tidak perlu bersusah payah menuntut ilmu, hidup dalam kekotoran dan rumah yang berselerak, berpakain yang kusut masai dan berbau, bertrampilan kusut masai dan menjijikkan dan lain-lain lagi perkara yang negatif.

Satu perkara yang saya rumuskan setakat ini kenapa kita perlu mengamalkan hidup ringkas adalah kerana dengan kehidupan yang ringkas kita akan dapat memberikan tumpuan yang seimbang terhadap segala keperluan hidup kita dari segi rohani dan jasmani dan juga dunia dan akhirat.

Hidup yang complicated atau berserabut tidak akan dapat membantu kita menyeimbangkan segala yang saya sebut kan di atas. Hanya dengan membebaskan diri kita daripada perkara yang tidak perlu sahaja mampu membuatkan kita terus fokus mencapai matlamat hidup kita secara optimum dunia dan akhirat.

Oleh itu saya ringkaskan makna hidup ringkas sebagai satu jalan yang lurus yang dapat mempastikan penggunaan optimum segala sumber yang dianugerahkan Allah pada kita bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Wallahu’alam.

3 thoughts on “Hidup ringkas yang diamalkan di barat

  1. Anonymous

    Hidup ringkas sebagai satu jalan yang lurus.Yess saya suka ayat itu. Syabas tuan n tqvm

    Reply
  2. Ibnu Hasyim

    Hidup ringkas, saya cukup suka cara itu. Bahkan banyak yang telah saya lakukan, secara peribadi. Cuma bunyinya kurang sedap, bila dikaitkan dengan Buddha.

    Tetapi dalam kontek Malaysia, bukan sahaja ajaran Buddha diteliti, perlu juga ajaran Kung Fu Tze, Manu (Hindu), Isa Al-masih (Kristian), Musa AS (Yahudi), Muhammad SAW (Islam) bahkan juga tokoh-tokoh dunia masa kini, Karl Mark, Ahmadinejad, Dr Burhanuddin, Tok Guru Nik Aziz, Abd Hadi Awang dan lain-lain.

    Perlu diperkenakan cara hidup ringkas mereka, kesederhanaan mereka, tolak cara hidup membazir, kebendaan ekstream dan keganasan kapitlis.

    Teruskan usaha anda, syabas!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge