Hidup susah atau senang?Agaknya mana satu yang betul? adakah kita perlu mengandaikan hidup susah atau hidup itu senang sebagai permulaan.

Ada banyak pendapat yang sering saya jumpa bila bercakap berkenaan kehidupan.

Ada orang yang lebih cenderung untuk mengandaikan bahawa kehidupan ini adalah senang, hanya kita manusia sahaja yang sering membuatkan hidup susah.

Dengan sifat gelogoh dan fikiran berbolak balik yang ada pada diri kita, kita sering membuatkan hidup menjadi susah atau sukar.

Selama ini, saya juga ada kecenderungan untuk berfikiran sebegitu. Mengandaikan bahawa hidup sebenarnya senang dan kita tidak sepatutnya risau berlebih-lebihan dan membuatkan diri jadi tidak keruan.

Namun begitu, semakin lama melayari kehidupan terutamanya dalam dunia keusahawanan, saya mula melihat sebaliknya. Mengandaikan hidup senang sejak awal tidak membuatkan seseorang itu maju ke depan dan berjaya dalam mencapai matlamat hidupnya.

Mulakan dengan hidup susah

Cara yang lebih tepat pada fikiran saya sekarang adalah dengan mengandaikan hidup susah pada asalnya. Oleh itu adalah menjadi tugas kita sebagai insan yang mahu berjaya berusaha untuk memudahkannya.

Bukan saja berusaha untuk memudahkan hidup yang kita jalani, malah perlu juga berusaha menjadikan orang lain hidup senang. Bermula daripada diri sendiri, keluarga terdekatnya, kawan-kawan dan juga masyarakat keseluruhannya, kita hendaklah berusaha memudahkan hidup semua orang.

Kenapa perlu mulakan dengan andaian hidup susah

Logiknya mudah sahaja. Seandainya sejak awal kita beranggapan bahawa hidup itu senang, maka tidak akan ada usaha untuk melakukan kerja mencari jalan untuk memudahkan kehidupan.

Masa akan dibuang dengan kerja-kerja yang melalaikan dan akhirnya kehidupan menjadi sia-sia.

Sebaliknya jika andaian awal adalah dengan penerimaan bahawa hidup itu susah, maka untuk berjaya dan mencapai matlamat yang ditetapkan dalam diri kita tidak boleh tidak kita mesti bersedia untuk mencari jalan memudahkan segala urusan untuk pergi ke depan.

Cuba perhatikan apa yang kebanyakan pemimpin hebat-hebat berjaya lakukan. Mereka adalah insan yang telah berjaya memberikan jalan keluar kepada masalah hidup yang sukar.

Sesiapa saja yang mampu memudahkan sesuatu perkara yang susah, dia sudah tentu akan ke depan melebihi orang lain. Semakin tinggi tahap kesukaran yang berjaya diselesaikannya, maka semakin tinggi peningkatan martabat seseorang itu di mata masyarakat.

Berusaha tukar hidup susah kepada hidup mudah

Terutamanya pada para usahawan dan juga para pemimpin, kerja utama yang perlu kita laksanakan adalah untuk mempermudahkan perkara yang sukar.

Adalah menjadi tugas para pemimpin untuk menyampaikan satu falsafah kepimpinan yang sukar kepada satu ayat mudah yang boleh difahami oleh semua orang. Bukan bermakna perkata itu mudah, tapi dengan daya kepimpinannya, dia berjaya mencari jalan untuk memudahkan sesuatu yang susah menjadi mudah.

Sama juga kepada mereka yang ada keinginan untuk menjadi keusahawanan, jika anda berjaya meringkaskan sesuatu yang susah menjadi mudah, maka sudah tentu anda akan berjaya. Oleh itu berusahalah dan carilah ilmu untuk merungkai perkara yang susah agar ianya menjadi mudah.

Begitu juga kepada para ilmuan. Tugas yang paling utama para ilmuan perlu lakukan adalah merungkaikan masalah kehidupan yang sukar menjadi mudah dan ringkas agar semua golongan masyarakat faham. Para ilmuan yang kerja nya seperti menyusahkan apa yang sedia mudah, bukanlah para ilmuan yang sebenar.

Ringkasnya, jika anda mahu otak berjalan, mahu pergi ke depan dan sentiasa membuat pembaharuan dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, mulakan dengan andai hidup susah dan jangan anggap bahawa hidup itu mulanya senang. Apa pandangan anda…?

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge