Dua perkara utama yang sering membunuh manusia dalam jumlah yang besar. Pertamanya peperangan.

Anda boleh rujuk senarai peperangan dan jumlah kematian yang disebabkan olehnya kat sini. Perang dunia ke-2 saja dianggarkan seramai 84 juta orang terbunuh.

Tapi kes manusia mati beramai-ramai sebab berperang dan bunuh sesama sendiri ni makin lama makin pupus walaupun masih ada manusia yang mengalir darah bergaduh sesama mereka.

Yang terkini dan masih lagi berperang adalah di negara Tok Arab. Peperangan di Yaman yang juga melibatkan Arab Saudi dah membunuh lebih dari 91 ribu orang.

Sebelum di Yaman, perang di Iraq membunuh lebih dari 195 ribu orang. Sebelum Iraq pula, perang di Syria dah meragut lebih dari 570 orang. Perang kat Syria dan Yaman ni masih berlarutan sampai sekarang. Samada ada atau tak ada covid bagi mereka mungkin lansung tak relevan.

Wabak penyakit pembunuh manusia

Satu lagi perkara yang membunuh manusia secara beramai-ramai adalah wabak penyakit. Jika anda masih ingat tentang wabak HIV, semua orang takut dengan AIDS masa tu. Rasanya paling ketara dalam era tahun 2005 ke tahun 2012. Nak potong rambut pun rasa risau takut luka kena pisau cukur yang dah dipaai oleh pengidap HIV.

HIV bermula pada tahun 1976 di Congo. Sejak itu terus merebak dengan pantas.

Sejak tahun 1981 hingga sekarang AIDS, seramai 36 juta orang telah maut akibat HIV/AIDS ni. Sekarang saja masih ada seramai 31 ke 35 juta orang yang menghidapi HIV/AIDS. Sampai sekarang masalah ini masih ada. Tapi lebih mudah untuk dibendung dan orang tak berapa risau sangat sekarang pasal HIV ni.

Satu lagi wabak yang sangat besar impak kematiannya adalah Bubonic Plague. Disebarkan oleh kutu yang ada pada tikus di panggil Oriental rat flea tropical rat flea. Dalam istilah saintifik di panggil Xenopsylla cheopis. Ia membunuh seramai antara 75 ke 200 juta orang. Berlaku sekitar tahun 1347-1351. Rujuk sini untuk maklumat.

Serangan Covid-19 ke seluruh dunia

Sekarang pula kita sedang hadap Covid-19.

Setakat semalam, 22 April 2020, jumlah kematian di seluruh dunia adalah seramai 183,520 orang. Kalau tak silap, setiap hari akan berlaku kematian baru seramai antara 4 ribu ke 6 ribu orang. Jumlah itu masih berterusan sehingga ke saat ini.

Jumlah mereka yang masih dirawat adalah seramai 1.7 juta orang. Setiap hari, kes baru akan masuk dalam lingkungan 70 ribu orang.

Apa yang semua orang boleh buat sekarang adalah elakkan diri dari terkena Covid-19. Dalam masa yang sama, elakkan diri dari menyebarkannya pada orang lain. Itu saja yang dapat redakan semua staff perubatan di seluruh dunia.

Vaksin masih tak jumpa sampai sekarang. Paling awal mungkin bulan september nanti baru ada.

Jadi satu dunia terpaksa amalkan langkah kawalan pergerakan untuk menghalang pertemuan sesama manusia semaksimum mungkin. Tak ada lagi pilihan yang terbaik selain dari itu.

Dengan serangan HIV/AIDS manusia berjaga-jaga. Berlebih-lebihan berjaga sampai singkirkan orang yang kena penyakit itu. Seks selamat juga diamalkan untuk mereka yang suka seks. Terlalu berjaga-jaga sehingga terpaksa ada pergerakan untuk atasi stigma terhadap pesakit aids ni.

Dalam Covid-19 pula, akan berlaku masalah yang sama rasanya. Sekarang kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial dikenakan secara wajib. Hanya segelintir saja yang masih degil. Majoriti besar taat dan tahu tak berbaloi untuk keras kepala dan kena Covid-19.

Amalan itu telah membuatkan berlaku perubahan besar di seluruh dunia sekarang. Termasuk di negara kita.

Saya baru baca kajian dan pendapat dari Harvard tadi. Dia sebut, amalan jarakkan sosial perlu tetap di amalkan berterusan secara berkala sehingga ke tahun 2022. Cuba baca kat sini. Itu dari skop US. Tapi masih relevan untuk kita di sini dan dunia rasanya.

Jadi, nampaknya apa yang sedang berlaku sekarang akan berlarutan lagi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Silap-silap hari bulan akan melekat jadi normal. Jom kita lihat apa yang berlaku hasil dari serangan Covid-19 ini.

Perkara yang berlaku akibat Covid-19

Apa yang berlaku sejak covid-19 mula membuat serangan terhadap manusia sejagat? Saya buat senarai pantas sekali lalu di mana yang saya ingat dan lihat.

Mungkin ada banyak lagi. Tapi ni yang saya punya versi. Anda boleh tambah kat ruang komen di bawah ni untuk buat versi anda sendiri dan kongsikan kat sini ya.

  1. Jumlah orang dijangkiti covid-19 bertambah hari ke hari – Saya dah tulis kat atas tu. Seharai ada dalam 70 ribu kes baru seluruh dunia.
  2. Jumlah orang mati bertambah – Ini pun saya beritahu kat atas dah. Ada antara 4 ke 6 ribu mayat baru setiap hari di seluruh dunia.
  3. Jumlah bisnes tutup kedai bertambah – Saya tengok laporan kat WSJ jumlah usahawan yang failkan muflis makin hari makin ramai. Orang yang sebelum inipun bisnes dah teruk, ambil keputusan untuk tamatkan saja riwayat bisnes mereka masa covid-19 ni. Kena fikir semula tentang ekonomi untuk hidup.
  4. Jumlah pengangguran meningkat – Orang kena buang kerja bertambah hari ke hari. Ia selari dengan jumlah usahawan tutup kedai. Yang tak tutup kedai juga ambil kesempatan untuk cantas overhead agar tekanan kewangan lega. Out source atau parttime lebih menarik berbanding kerja makan gaji samada untuk majikan atau untuk pekerja.
  5. Program pembelajaran terhenti satu dunia – Kena fikir balik tentang medium pendidikan. Bukan saja kerajaan, mak bapak juga terpaksa fikir semula pasal pendidikan anak mereka. Ramai yang mungkin sedar anak-anak tak timbulkan masalah selama ini sebab mereka dah lepaskan semuanya kepada sekolah. Sekarang baru tau langit tinggi rendah.
  6. Program kebudayaan terhenti satu dunia – Kena fikir semula tentang kebudayaan nampaknya. Kebudayaan tak ada tanpa aktiviti berkumpul selama ini. Semua kelab, persatuan dan seumpamanya wujud atas landasan berjumpa dan berkumpul. Macam mana nak berbudaya tanpa berkumpul?
  7. Aktiviti mengasingkan diri menguasai dunia – Orang kita akan gelar mereka yang tak kawan dengan orang sebagai kera sumbang. Itu satu gelaran yang buruk. Tapi nampaknya kena ubah persepsi gelaran tu sekarang. ia menyelamatkan dunia sebenarnya. Kera sumbang adalah baik secara umumnya?
  8. Streaming media jadi satu ketagihan – Saya baru kenal IFlix ketika PKP ni. Ada banyak cerita hantu yang anak-anak suka. Dari situ saya tahu tentang Neflix dan lain-lain lagi dari Unifi dan sebagainya. Semua itu telah berjaya legakan ramai orang yang dah mula kebosanan. Kalau saya tak spot check anak-anak dalam bilik mereka, mahu dilayan semua itu sampai ke siang dan tak tidur.
  9. Basuh tangan jadi amalan biasa –  Tiba-tiba orang cerewet kaki was-was, mudah geli, tolak pintu dengan bahu, buka pintu dengan siku dan tekan butang dengan pensil jadi betul dan benar. Pembersih nampaknya menang dan pengotor sudah kalah. Disinfectant punya permintaan jadi tinggi. Pembuat bahan pembersih anti kuman dan anti virus jadi usahawan kaya baru. Saya teringat orang yang angkat sabun pembersih dulu ke hulu hilir cuba jual samada mereka ambil peluang ini atau tidak?
  10. Pakai mask jadi fesyen atas jalan – Ada jiran cina saya rasa bukan warga negara. Dia kawin dengan orang Malaysia. Sejak dari dulu sebelum covid-19 lagi, 24 jam asyik pakai mask bila keluar. Sampai saya rasa meluat. Sekarang saya sendiri pakai mask setiap kali keluar. Aliff Shukri juga jula mask!
  11. Terima kasih kepada orang yang reka internet – Kalau anda tak berterima kasih pada manusia yang reka internet sekarang saya tak tahulah. Bayangkan jika tak ada internet. Pakai telefon biasa saja macam T29 Ericsson yang top dulu. Telefon banking memang ada, tapi sangat tak selesa. Sekarang, Bank, buy online, bil, TV, Games. Learning, reading, asking, news dan sebagainya lancar dengan adanya internet. Syukurrrrr
  12. Tele/video conference, Zoom dan seumpamanya meletup – Sampai boleh kahwin secara video conference. Begitu juga meeting. Saya setiap minggu pakai Zoom untuk meeting dengan ramai orang. Ada yang pakai untuk belajar, bersembang dan lain-lain. Lepas ni mungkin sampai talkin, khutbah dan sebagainya akan pakai zoom. Zoon ditubuhkan pada 2011 dan listed tahun lepas. Sekarang nilai dia naik USD42 Billion!!! Tapi saya dah pakai banyak video conference, ternyata Zoon paling lancar.
  13. Digital doktor dan peralatan remote check – Sekarang, semua rekaan itu terpaksa di guna pakai untuk pesakit. Ini banyak berlaku di luar negara sebenarnya. Tapi kalau anda buka internet, portal seumpamanya dah mula wujud dengan banyak kat Malaysia pun. Tak payah tunggu lama. Lepas ni, anda boleh duduk dan gunakan smarphone anda untuk hantar semua maklumat kepada doktor yang duduk jauh.
  14. E-Commers memang meletup – Jeff Bezos pegang share amazon 11%. Dia ada share dengan platform e-commers runcit lain. Sekarang dia bertambah kekayaan sebanyak USD21 billion bila online purchase naik mendadak. Ali Baba juga meletup jadi giant dunai selepas wabak SARS dulu. Banyak lagi platfork lain yang anda boleh lihat nanti.
  15. Supermarket dan pasaraya jual barang dapur naik mencanak jualan – Walaupun ada PKP, orang masih boleh pergi beli barang dapur. Sebab PKP juga orang beli secara tak waras bila beli lebih dari keperluan. Orang beli stok lebih dari biasa dan ini menguntungkan pasaraya yang saya tengok semua barang cepat habis.
  16. Dah mula kena track sejarah perjalanan guna semua device yang ada terutamanya handphone – Keupayaan itu memang ada sekarang. Tapi masih tak digunapakai dengan meluas. Memang ada negara yang pakai dan mereka lebih cekap kawal wabak covid-19. Kemudahan itu boleh track jika anda ada bersama cluster yang bawa covid-19. Pasti kerajaan akan hidupkan keupayaan itu secepat mungkin. Ada isu Privacy? tapi siapa peduli?
  17. Dispatch, Food Panda, Grab food dan seumpamanya jadi penting – Sebelum ini mungkin ada yang pandang mereka rendah. Ada yang perlekeh kerajaan juga sebab macam backup mereka sedangkan itu tanda kegagalan kerajaan sediakan peluang pekerjaan. Gig ekonomi kata mereka tak stabil dan tak bagus untuk negara. Tapi katalah apapun, mereka jadi hero sekarang.
  18.  Kenduri tak ada ! Syukur jimat berlambak – Dalam banyak-banyak mungkin ini yang paling melegakan ibu bapa yang anak nak kahwin tapi tak ada duit yang cukup. Mak bapak tak payah nak topup. Jimat ya Allah!. Ia juga selamatkan pasangan berkahwin terlajak belanja tak perlu dari awal.
  19. Tak payah salam – Masa mula saya tengok ada orang di barat sana tak mahu salam tangan ketika bermesyuarat saya rasa pelik dan biadap. Tapi sekarang saya nakpak dia betul la pulak. Dulu saya akan bergegas awal keluar masjid atau surau sebab tak mahu buang masa beratur salam semua orang. Saya lebih suka salam orang tepi kiri kanan saja yang orang kampung ajar sejak kecil. Banyak lagi masa solat lain nanti nak salam orang lain pulak. Sekarang nampaknya tak payah nak salam sesiapa. Best atau tak best? sangat subjektif
  20. Solat jemaah – Antara petua viral yang saya lihat paling ramai kawan-kawan suka kongsikan adalah untuk buat orang Melayu kuasai ekonomi dan dunia, hanya perlu usahakan agar semua masjid penuh macam solat jumaat pada waktu subuh. Sekarang bukan saja solat subuh, jumaat pun tak boleh pergi. Sekarang baru rasa rindu untuk ke masjid dan surau. Memang ada kedamaian solat berjemaah di masjid dan surau. Masalah tak timbul pada majoriti orang ramai sebab memang selama ini hanya minoriti yang ke masjid dan suraupun. Adakah akan berterusan? ya, tak ada covid atau ada, memang tak ramaipun.
  21. Kembara, hotel, pelancongan, kena teruk – Apa akan berlaku pada negara atau negeri yang bergantung pada pelancongan? Apa jadi kepada taikun yang pegang share dan buat bisnes hotel besar-besaran sekarang dan akan datang? Hotel biasanya akan buat untung jika tahap isi bilik melebihi 70%, memang sukar nak capai angka tu sampai hujung tahun ni. Home stay rasa lebih menepati kehendak jarak sosial selepas ini. Mungkin akan lebih mendapat tempat berbanding hotel.
  22. Hiburan, sukan, konsert, teater, wayang, bolasepak, pusat beli belah dan seumpamanya terus lingkup – Ini sangat ketara. Seluruh dunia berlaku. Syarikat yang bergantung pada semua aktiviti ini tentu teruk sekarang dan keliru masa depan. Soalan paling besar, apakah akan berterusan? Tapi ramai artis dah biasa sebab hanya guna media sosial saja untuk popular. Peminat live concert saja yang terasa. Semua bisnes yang ada hubung kait dengan aktiviti ni perlu perah otak sekarang.
  23. Bisnes servis kecantikan, potong rambut, dandan, saloon, fitness centre, pelacuran, mengurut, snooker, dan seumpamanya sedang termenung panjang – Ini juga satu dilema, apakah akan berterusan?
  24. Minyak merudum jatuh harga – baru semalam semua orang cakap pasal perkara ni. Tak pernah lagi berlaku sebelum ini. Tak ada orang nak beli dan guna minyak. Indusri terhenti, pengangkutan terhenti. Negara yang bergantung pada pengeluaran minyak akan pening kepala. Termasuk Malaysia yang selama ni banyak bergantung pada Petronas juga. Kalau harga minyak sangat murah, walaupun selepas PKP, adakah ia akan bantutkan perkembangan kenderaan letrik dan bateri?
  25. Transport awam merudum turun tak ada orang naik – Industri ni memang dah tak ada orang swasta yang berani nak masuk sebelum covid-19 lagi. Selepas ini tentu lagi teruk. Samada kenderaan awal khas untuk elit atau untuk marhaen, permintaan tentu sudah tidak sama lagi. Risikonya lebih tinggi berbanding nak kenderaan sendiri.
  26. Kilang tutup tak ada orang pi kerja – Sekarang ramai dah belajar apa makna perlu dengan tak perlu. Kalau kilang tempat anda kerja sekarang ditutup tak buka sampai sekarang, ertinya anda kerja di dalam industri yang tak perlu. Tak ada pun tak apa.
  27. Opis tutup tak ada orang pi kerja – Ini juga membuatkan anda tahu kepentingan kerja anda selama ini samada penting atau tak penting. Kalau anda tak perlu kerja selama PKP ni sampai sekarang tanpa ada sebarang tekanan. Tak payah nak seronok sangat. Ia hanya nak bagi tahu bahawa anda tidak menyumbang kepada industri yang menjadi keperluan penting. Harap bila kerja balik lepasni, itupun jika ada rezki, jangan sombong.
  28. Kes dera meningkat – Ramai duduk rumah sekali lama sangat. Tak pernah berlaku selama ini. Mungkin ada bersama paling lama seminggu sebab travel atau jalan makan angin sekali. Itupun mungkin tak full house. Sekarang dah berminggu-minggu. Baru tahu samada anda seorang penyabar atau tidak. Kunci mulut tu tak payah nak bagi tahu. Stop update kat media sosial. Sabar bukan kat situ. Sabar ada dalam dada dan anda tahu sekarang.

Dah habis!, saya akan datang sini untuk tabah jika ada yang terlintas untuk dilanjutkan. Terima kasih sebab sudi baca sampai sini walaupun sangat panjang dah ni!.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge