Dalam banyak-banyak makhluk, manusia merupakan makhluk yang paling banyak bercakap. Saya tak pasti samada Jin mempunyai kecenderungan untuk banyak bercakap macam kita manusia.

Bercakap, berbincang atau bersembang memang amat perlu untuk aktiviti sosial kita sebagai manusia. Orang yang tak banyak bercakap biasanya bersifat murung dan tidak ceria.

Ada yang mengaku dia tak banyak bercakap, kononnya seorang pendiam. Tapi jika diperhatikan betul-betul, orang jenis macam itu hanya tak banyak bercakap pada ramai orang.

Tapi bila berjumpa atau bersama dengan orang yang dia selesa dan percaya penuh, dia tetap akan bercakap banyak juga.

Bagi orang yang memang banyak bercakap, dia akan bercakap banyak dengan kebanyakan orang yang dia jumpa. Samada dah lama kenal atau tidak. Tapi ada kalanya dia akan berdiam diri ketika bersama sesetengah orang yang dia tak selesa atau tak percaya.

Ringkasnya, ada masanya kita banyak bercakap dan ada masanya kita pendiam. Jika sepanjang masa kita berdiam diri, itu tandanya dah nak sampai masa untuk pejam mata.

Apa topik perbincangan anda

Apa yang kita bercakap setiap kali berbincang atau bersembang dengan samada kawan-kawan atau keluarga atau kenalan ?

Biasanya, ia berkisar tentang 3 perkara berikut:

  1. Idea
  2. Peristiwa
  3. Orang

Itulah yang biasa kita bincangkan setiap kali bekumpul.

Samada anda seorang pekerja yang makan gaji, atau seorang usahawan, ketiga-tiga tajuk tersebut di atas biasanya menjadi asas perkara yang dibincangkan.

Kita mungkin berbincangkan salah satu daripada tajuk tersebut atau mungkin juga gabungan daripada ketiga-tiga tajuk itu.

Idea sebagai topik perbincangan

Saya seorang usahawan. Saya menyara kehidupan dengan menjalankan perniagaan.

Sejak menjadi usahawan, otak saya sentiasa mencari idea untuk memajukan samada diri sendiri ataupun untuk memajukan perniagaan yang ada.

Oleh itu, apa saja perkara yang membincangkan tentang konsep atau falsafah menarik minat saya.

Konsep diperlukan untuk membolehkan saya mencari jalan membaiki diri dan juga perniagaan yang ada.

Jika saya jelas dengan konsep, ertinya, lebih mudah untuk saya terangkan pada rakan niaga dan juga pada semua orang yang terlibat dalam menjayakan perniagaan saya.

Saya lihat pada kebanyakan perniaga di negara Barat, mereka berjaya dan dapat pergi jauh disebabkan kehebatan mereka merumuskan sesuatu konsep perniagaan dengan baik.

Dengan konsep, perkara sukar dapat diringkaskan supaya ianya menjadi selaras dan konsisten.

Dalam perniagaan, itulah matlamat utama yang mesti ada. Menjadikan perniagaan kita selaras dan sentiasa konsisten sebaik mungkin.

Pelanggan lebih yakin dengan perniagaan yang sebegitu.

Sebagai contoh, lihat McD. Perniagaan mereka selaras dan konsisten di seluruh dunia. Anda boleh jangkakan pengalaman yang sama samada pergi makan di McD Paris atau Jakarta.

Itulah yang saya maksudkan ‘idea’ sebagai topik perbincangan.

Samada ketika duduk seorang diri dengan sebatang pen dan sebuah buku nota, atau ketika berkumpul dua atau tiga orang sesama kenalan, menjadikan idea sebagai tema perbincangan amat menarik dan mencabar minda.

Peristiwa sebagai topik perbincangan

Bukan sepanjang masa kita akan kerah otak untuk memikirkan tentang idea.

Tambahan pula jika duduk beramai-ramai dengan kawan-kawan di kedai kopi.

Sekali sekala, akan muncul peristiwa-peristiwa penting yang seronok untuk diperkatakan.

Kes anak orang asli hilang dalam hutan boleh jadi salah satu topik yang menarik. Ia boleh dilihat dari sudut positif dan boleh juga dilihat dari sudut negatif.

Orang politik akan mempolitikkan kes tersebut. Orang agama akan membincangkan hukum hakam yang berkaitan dengannya dan orang berniaga akan kaitkan dengan perniagaan terhadap peristiwa itu.

Ada terlalu banyak peristiwa yang boleh dibincangkan. Bergantung pada kecenderungan masing-masing dan bergantung pada pengalaman masing-masing.

Bagi Mat Rempit, peristiwa mereka banyak berkisar pada aktiviti merempit atau mungkin aktiviti lumba haram semalam.

Bagi usahawan pula, peristiwa tandatangan perjanjian TPPA mungkin boleh jadi tema perbincangan yang panas untuk dibahaskan.

Bagi yang suka muzik dan hiburan, peristiwa pertandingan akhir AF semalam tentu masih tak habis jadi bahan perbincangan.

Itulah yang saya maksudkan dengan ‘peristiwa’ sebagai tema atau topik perbincangan.

Orang sebagai topik perbincangan

Bila ada peristiwa, tentu ada orang yang terlibat dengan peristiwa tersebut.

Dari situ akan berpecah pula kepada topik perbincangan tentang orang yang terlibat. Kita boleh terus fokus pada orang dan mengecilkan skop peristiwa.

Sebagai contoh berlaku peristiwa rakan kongsi menyingkirkan salah seorang rakan kongsi dalam perniagaannya.

Rakan yang kena singkir akan mula berbincang tentang peristiwa dia kena singkir, bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

Kemudiannya dia akan berikan tumpuan pada orang, iaitu bekas rakan kongsinya yang telah singkirkan dirinya.

Habis segala kelemahan rakan tersebut di dedahkan. Di cari sebanyak mungkin kesalahan bekas rakan kongsinya itu dan ditambah-tambah sesedap rasa.

Diungkitnya pula apa saja yang dia telah sumbangkan sebelum ini dan seperti biasa dibesar-besarkannya segala sumbangan kecilnya.

Disesalnya apa yang orang telah lakukan padanya dan bermacam-macam lagi.

Semua berkisar tentang orang. Baik dan buruk orang, salah dan betul orang.

Itulah yang saya maksudkan ‘orang’ sebagai topik perbincangan.

Apa topik perbincangan anda ?

Mungkin anda dah dapat faham contoh-contoh yang saya berikan di atas.

Sekarang cuba fikirkan dan imbas semula, dalam ketiga-tiga perkara tersebut di atas, iaitu idea, peristiwa atau orang, mana satu yang sering menjadi topik perbincangan anda ?.

Idea

Jika anda sering berfikir dan berbincang tentang idea, saya yakin anda tentu seorang yang berjaya sekarang. Jika belum berjaya, jangan risau.

Teruskan sikap memberikan tumpuan pada idea, insyaallah kedudukan anda akan bertambah baik sedikit demi sedikit sehingga menjadi orang yang hebat.

Peristiwa

Jika peristiwa sering menjadi topik perbincangan anda selama ini, anda sememangnya seorang yang pertengahan.

Dalam bahasa orang putih dipanggil ‘Average’.

Orang average ni, tak rendah tak tinggi, tak miskin tak kaya. Jawatan pula tak besar dan tidak juga kecil.

Anda mungkin agak selesa dengan kehidupan sekarang dan akan kekal sebegitu jika berterusan menjadikan peristiwa sebagai topik perbincangan anda.

Orang

Jika ‘orang’ yang sentiasa anda jadikan sebagai topik perbincangan anda selama ini, anda memang tak akan pergi jauh kemana-mana.

Salah satu sikap ketara yang ada pada mereka yang sering berbincang tentang orang ini adalah sikap suka membuat perbandingan.

Lumrah manusia, bila buat perbandingan akan hanya melihat apa yang dia tak ada dan mencari apa yang orang lain ada tapi dia tak ada.

Dalam mana-mana perbincangan, bila tajuk asasnya adalah orang, tak dapat lari daripada aktiviti mengata.

Mungkin ada juga aktiviti memuji, tapi biasanya lebih kepada memuji diri sendiri dan hanya sedikit sangat puji orang lain.

Cuba kurangkan bercakap dan berbincang tentang ‘orang’ dalam hidup anda. Tingkatkan pula kepada peristiwa yang hebat dan menarik untuk topik perbincangan selepas ini.

Dan seterusnya cubalah amalkan untuk berbincang tentang idea dalam kehidupan. Cabar minda anda untuk bertanya soalan-soalan yang sukar.

Untuk itu, anda perlu banyak membaca dan perlu banyak berkawan dengan orang yang jauh pemikiran serta banyak pengalaman.

topik perbincangan

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Saya kurang setuju dgn rumusan Idea, peristiwa, orang sebagaimana yang saudara perkatakan disini. Apa yang saya maksudkan disini sebagai contoh Peristiwa. Peristiwa adalah sejarah dan sejarah itu adalah satu bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman bahkan ianya juga boleh mencetus idea daripada peristiwa tersebut. Begitu juga dengan orang. Setiap perkara ada pros and cons. Idea tak semestinya selalunya baik.

    1. Tuan Mihamz memang betul dengan konsep peristiwa itu sebagai sejarah. Dari segi sejarah, ianya adalah idea atau konsep. Dan bukannya peristiwa emosi seperti seronok atau tidak, sedih atau kecewa, marah atau suka dan sebagainya. Oleh itu, menceritakan sesuatu peristiwa dalam bentuk konsep atau idea adalah amat baik dan bukannya dalam bentuk pengalaman perasaan.

      Terima kasih memberikan teguran pada saya. Amat dihargai.

  2. Salam Tuan,perbincangan yg amat menarik.Kita seolah-olah sudah terbiasa bercerita tentang kisah orang.Moga artikel ini dapat memberi kesedaran bagi kita

    1. Sama-sama tuan Arsyad. Insyaallah kita kurangkan cerita dan mengata tentang orang, lebihkan perbincangan idea, konsep dan falsafah kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge