Dah lama saya pegang dan percaya bahawa saya insan unik.

Bukan saja pada diri saya, malah semua orang yang bernama manusia merupakan insan unik.

Termasuk anda yang sedang membaca artikel ini, anda juga, saya amat pasti merupakan seorang insan yang unik.

Insan unik, perjalanan unik

Antara ayat yang saya suka ulang adalah ayat berikut,

” Cipta sejarah kehidupan anda sendiri.. “

Tak perlu nak ikut orang lain.

Yang paling penting jangan nak banding diri anda dengan orang lain.

Hidup bukan satu pertandingan siapa lebih dan siapa kurang. Tak boleh nak bandingkan pun antara anda dengan saya. Kita berbeza walaupun dari spesis yang sama. Sebab semua insan diahirkan adalah unik.

Kehidupan saya mula berubah dan tidak rasa sesak dan penuh dengan kecewa apabila saya mula sedar bahawa saya unik dan tak perlu nak ikut dan bandingkan dengan orang lain.

Bila dah sedar macam itu, apa yang perlu adalah benar-benar berfikir apa sebenarnya yang saya sendiri mahu dalam menjalani kehidupan ini.

Dan saya mula pilih jalannya dan saya buat. Berhenti kerja, berniaga, hidup ringkas atau sederhana, tulis blog, dan macam-macam lagi perkara menarik yang saya buat dengan cara saya sendiri.

Semua insan itu adalah unik dan tersendiri

Anda juga perlu percaya bahawa anda adalah insan unik yang sedang membina keupayaan anda sendiri dengan cara yang tersendiri.

Mungkin anda tak sedar selama ini bahawa majoriti orang ramai seperti anda dan saya telah tertipu dengan sistem yang salah.

Satu sistem yang orang putih panggil ‘average’.

Dalam bahasa kita dipanggi normal atau purata. Makna purata difahami sebagai biasa-biasa.

Adakalanya average juga membawa maksud ideal. Seperti yang cuba digambarkan oleh orang barat satu masa dahulu.

Mereka ambil ukuran purata terhadap anatomi manusia dalam semua anggota dan cari ukuran purata. Mereka yang punya ukuran purata itu dianggap sebagai manusia sempurna.

Ternyata itu semua salah dan tidak wujud manusia yang punya ukuran average.

Sistem average tak boleh pakai

Kita dibesarkan dengan sistem yang sama. Mengukur semua perkara terhadap ukuran purata atau average.

Kalau markah lulus sekolah adalah puratanya 60%, maka jika anda dapat markah 40%, dikatakan bodoh atau kurang pandai. Anda dikatakan termasuk dalam kategori dibawah purata.

Tapi lihat sekeliling anda. Ramai orang yang dituduh below average itu jadi orang hebat bila dewasa. Mereka hebat dalam dunia masing-masing. Jadi macam mana dikatakan mereka tu below average ?

Ramai juga yang masa sekolah sentiasa above average, bila dewasa hancur kehidupannya. Macam mana mereka dikatakan bijak lebih dari orang lain ?

Ternyata sistem ukur semua perkara dengan purata atau averaga adalah satu sistem yang salah.

Mula guna sistem insan unik

Cara yang betul adalah dengan anggap semua manusia itu dilahirkan unik. Anda dan saya adalah unik. Anak anda dengan anak semua orang lain masing-masing adalah unik.

Fahami keunikan anda, belajar cara anda faham, cara anda berfikir, cara anda bertindak, kemudian gunakan kesemua itu untuk mencapai apa yang anda mahu. Dengan cara anda sendiri. Baru lah betul.

Masuk kubur juga unik

Bila anda mati nanti, anda tidak akan dibandingkan dengan sesiapapun. Tak akan ada soalan kenapa anda tak maju berbanding si anu. Kenapa anda tak alim berbanding si polan itu dan ini.

Tiada semua soalan itu.

Anda akan dilayan sebagai seorang yang unik.

Bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan tidak akan dikaitkan dengan sesiapapun.

Malah jika anda cuba nak kaitkan dengan orang lain, semua orang akan menafikannya. Termasuklah syaitan sekalipun akan berlepas diri dari terlibat dengan sesiapa saja yang telah dihasutnya.

Anda perlu terima hakikat anda insan unik dan perlu jawab semua soalan dan perlu bertanggung jawab secara total terhadap diri anda sendiri.

Jadi bertindaklah dari sekarang. Bina kekuatan diri, Buat kebaikan sebanyak mungkin. Cipta kejayaan setinggi mungkin berdasarkan apa yang anda ingin. Yang pentingnya jangan percaya bahawa anda adalah lebih bagus atau lebih rendah dari orang lain secara umum.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Alhamdulilah terima kasih sharing post ni. Setuju mmg Allah jadikan setiap insan tu berbeza. Kita juga perlu pada kawan yang positif sekeliling kita. Semuga kita semua menjadi hamba Allah yang di redhai.

  2. Salam…hampir 3 minggu untuk saya menghabiskan membaca semua artikel dalam blog tuan.
    Terima kasih diatas perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge