Inspirasi 10 perkara bahagia #4 – Syed Mohd Radhi

By | 26/06/2013
Tips ringkas bahagia

Untuk minggu ini, kita beruntung kerana seorang lagi pembaca berkongsikan 10 perkara mudah yang  membahagiakan yang diamalkannya. Ikuti perkongsiannya di bawah:

Tuan semoga perkongsian ini memberi lebih kebaikan kepada kita semua ya…

  1. Menghabiskan masa bersama isteri dan 3 anak tercinta: manja, kakak, abg ngah & adik – setiap detik merasai dan meraikan hidup yang sangat subjektif dan tidak tetap pergerakan juga putarannya.
  2. Mengotakan Solat Subuh berjemaah di surau perumahan – suasana pagi yang sejuk, gelap, penuh rahsia dan getaran positif yang tinggi sebagai rezeki dari Pencipta Yang Maha Kaya.
  3. Dapat berjalan atau bercuti ke Cameron Highlands, pantai Teluk Batik atau Zoo Taiping – meraikan pemanduan, penglihatan, pendengaran, perasaan, menghirup suasana- suasana yang berbeza, yang berubah-rubah dan penuh dengan warna warni hidup yang sangat indah…
  4. Membaca dan membaca dan terus membaca kepelbagaian tajuk bacaan demi mencapai matlamat hidup dan masa yang singkat ini.
  5. Dapat sentiasa berhubungan sosial bersama rakan rakan sekerja juga jiran- jiran komuniti setempat- meraikan kehidupan yang penuh rahsia ini.
  6. Menghantar anak-anak ke Sekolah Rendah Seri Abim yang menyejukkan minda dan jiwa dan menginsafkan diri melalui pembelajaran juga fizikal persekolahan yang sangat berkat!
  7. Berehat dan Tidur
  8. Minuman panas Kopi Radix Mai Secawan yang asli! – minuman yang terbaik pada diri ini… Terima kasih Ya Allah.
  9. Menguruskan kes kanak-kanak di jabatan yang mana profail ini memberi kepuasan dan kegembiraan dalam pekerjaan. Bidang ini sentiasa berkembang dan memberi cabaran…
  10. Sesungguhnya pengisian masa dengan membaca doa-doa, wirid-wirid serta pembacaan Al-Quran adalah kebahagiaan yang tiada tara bandingannya dalam kehidupan ini- dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali…

Terima kasih Tuan atas ruangan yang diberikan, Allah sahajalah yang membalas budi baik dan jasa ini.

Terima kasih juga atas pengalaman ini sebagai tambahan 1 lagi perkara yang membahagaiakan saya pada hari ini!

Dari :
Syed Mohd Radhi bin Syed Shafik
Halaman Meru Permai,
Ipoh.

Nota:
Bagi pembaca yang sudah ada senarai 10 amalan ringkas dan mudah serta membahagiakan yang mahu dikongsikan agar kita sama-sama dapat mengamalkannya, sila emailkan senarai anda di:

mohdshubhi@hidupringkas.com

Moga perkongsian ini ringkas ini dicatitkan sebagai salah satu daripada amalan baik kita diakirat nanti.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Inspirasi 10 perkara bahagia #4 – Syed Mohd Radhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge