Inspirasi 10 perkara bahagia # 5; Hidup ringkas

By | 03/07/2013

Berikut 10 amalan kecil yang ringkas tapi membahagiakan keluar dari idea penulis sendiri untuk tatapan pembaca. Fokus hari ini adalah keseronokan yang dapat dikecapi bersama anak-anak.

Jika kita dah berkahwin dan sudah punyai anak, zaman mereka masih kanak-kanak antara 2 ke 12 tahun merupakan zaman emas mengaut kepuasan bersama.

Memang banyak kerenah yang mereka pamerkan pada ibubapa, tapi jika kesabaran dapat dikawal, kita akan mampu mengawal mereka.

Bila mereka leka dan tenggelam melayan suasana persekitaran yang kita dedahkan, cerita keseronokan tak akan berhenti disitu saja.

Bagi mereka yang anak-anak dah besar, tentu rindukan zaman sebegini. Bagi mereka yang tak ada masa untuk anak-anak dan keluarga, elok fikirkan semula bagaimana anda dapat luangkan masa.

  1. Main teka-teki dengan anak-anak – Masing-masing akan cuba reka dan ingatkan teka teki paling mencabar yang pernah mereka dengar. Biasanya kita orang tua dah pernah dengar kebanyakan soalan mereka.
  2. Bawa satu keluarga naik Komuter – Jika kita mendapat kurniaan Allah dengan diberikannya rezki memiliki kereta, naik kenderaan awam pula menjadi satu keseronokan. Bagi mereka yang tak ada kenderaan sendiri, tentu terjadi sebaliknya pula.
  3. Bawa satu keluarga ke kedai buku MPH di Subang Jaya – Ini singgahan utama jika dah tak ada idea nak bawa mereka berjalan. Sambil biarkan mereka layan baca buku atau pilih buku, kita boleh tengok buku terbaru.
  4. Bawa satu keluarga ke kedai buku MPH di Midvalley – Sesekali ke Midvalley memang seronok. Kedai buku di situ juga meriah ditambah lagi dengan orang ramai yang berpusu-pusu ke Midvalley sepanjang masa membuatkan kita hairan berfikirkan apa yang mereka cari di sana.
  5. Bawa satu keluarga ke kedai buku Kinokuniya di KLCC – Ini tempat paling seronok sekali dalam banyak-banyak kedai buku di negara kita. Anda boleh baca apa saja buku sambil melepak di sana. Anak-anak juga boleh layan banyak aktiviti sampai mereka biasanya tak mahu balik.
  6. Bawa anak-anak main pasir di pantai Bagan Lalang – Sesekali bawa mereka ke pantai dan izinkan mereka main pasir memang seronok. kita hamparkan tikar dan baca buku dan biarkan mereka main sampai petang.
  7. Bawa anak-anak pergi jelajah hutan di FRIM, Kepong – Suasana di sini cukup sejuk. Siapa sangka di tengah Bandaraya ada hutan. Ramai yang bawa keluarga ke hutan simpan di FRIM terutamanya waktu pagi di hujung minggu.
  8. Bawa anak-anak ke Dataran Putrajaya depan Masjid – Ini juga pusat berkumpul orang ramai untuk melihat keindahan Putrajaya. Banyak taman di Putrajaya dan biasanya dataran depan Masjid jadi singgahan sebelum masuknya waktu Magrib. Sebaik saja azan, boleh solat berjemaah di sana.
  9. Bawa anak-anak ke Taman Tasik Shah Alam – Taman Tasik Shah Alam cukup luas, ada taman permainan dan taman tema. kalau tak keluarkan duit dan sekadar berjalan-jalan saja sekeliling sudah cukup seronok.
  10. Bawa anak-anak singgah kedai makan Restoran Haslam di KL – Biasanya, restoran ini merupakan singgahan untuk makan pagi, atau tengahari atau petang. Anak-anak yang jenis tak suka makanp[un akan terasa nak makan bila ditunjukkan pada mereka berbagai jenis masakan dan kuih muih yang ada.

Sekali lagi jelas bahawa duit banyak tidak diperlukan untuk cari kebahagiaan samada pada diri sendiri maupun pada keluarga. Tapi kenalah ada duit juga, bukannya tak ada langsung.

Berapa banyak duit yang perlu ada agar ianya mencukupi?, jawapannya, kita perlu ada duit pada tahap kita tidak perlu membuang masa memikirkan mana nak cari duit.

Bagaimana nak capai tahap tak perlu memikirkan duit?, jawapannya, bila jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan.

Bagaimana nak tahu semua jumlah tersebut?, jawapannya, kena buat kira-kira lah!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Inspirasi 10 perkara bahagia # 5; Hidup ringkas

  1. kakiblog

    saya bertuah kerana sentiasa bersama anak-anak walaupun bekerja seperti orang lain..

    Reply
  2. suri

    semua area kl hee..saya selalu kalu blik ke melaka sy bawa mandi pantai kt umh atoknya..atau berkelah atau ke bandar hilir dia suka…

    klu umh opahnya dia akn jadi org kampung mujur dia mesra dg org d sekelilingnya

    Reply
  3. Hafizul

    Emm bagus tips nya..hehe..saya bawa anak ke pantai dan sungai jer..memang seronok sakan dia..haha..pernah bawa sekali ke kedai buku tu..siap duk atas simen belek2 buku..rasa sejuk jer mata ni tengok,.haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge