Jadi lebih muda setelah kena kencing manis!

By | 29/08/2012
kencing manis

Mukaddimah
Anda ada kencing manis? mungkin ada tapi tak tahu sebab tak pernah pergi buat pemeriksaan. Berjuta-juta rakyat negara kita diketahui terkena penyakit kencing manis dan berjuta-juta lagi kemungkinan besar ada kencing manis tapi tak tahu sebab tak beri perhatian.

Ada atau tidak ada, bukan soal lagi sekarang sebab penyakit itu dah jadi perkara biasa bila terlalu ramai yang terkenanya. Ramai yang menerima kenyataan dengan tenang bila diberitahu ada kencing manis. Ketenangan itu lebih menonjol bila mereka lansung tak ambil perhatian untuk ubah jaya hidup yang bersesuaian dengan penyakit yang tak ada ubat itu.

Kencing manis sebagai masalah
Suka atau tidak suka, faktanya adalah penyakit itu merupakan satu masalah pada pengidapnya. Hanya cara berfikir kita saja yang menentukan samada untuk mengambil masalah tersebut sebagai satu titik tolak perubahan atau melepaskan peluang menghadapi masalah itu secara positif.

Fikir Negatif
Bagi yang berfikiran negatif, mereka menerima khabar berita itu sebagai hukuman. Tindak balas mereka terhadap hukuman itu adalah dengan menjadikan dia alasan untuk tidak meneruskan hidup seperti biasa. Mereka layan sehingga menjadi sedih dan penyakit menjadi lebih parah. Hakikat sebenarnya mereka sedang menjadikan dia sebagai alasan dikecualikan dari apa saja kemajuan.

Fikir Positif
Tak ada masalah yang menimpa manusia melainkan jika dilalui membuatkan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ada pertanyaan dalam Al-Quran yang jika diambil iktibar dalam kehidupan seharian berbunyi begini, “adakah anda ingat dengan mudah untuk mendapat kejayaan tanpa dikenakan berbagai ujian terlebih dahulu”.

Ayat tersebut memberikan dua perkara penting untuk kita hayati:

  • Punyai matlamat untuk berjaya
  • Bersedia menerima dugaan

Mereka yang berfikiran positif menerima masalah sebagai satu isyarat atau tanda-tanda untuk menempa kejayaan. Begitulah sikap yang saya temui pada seorang kenalan yang berasal dari Aceh baru-baru ini.

Pak Mansur Yang Tua
Pak Mansur ialah seorang warganegara Malaysia yang berasal dari Aceh Sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia selepas berhijrah dari Aceh yang kacau bilau sebelum ini. Sudah hampir dua tahun saya tak jumpa beliau dan minggu sudah saya bertemunya untuk minum malam di Kampung Baru.

Kali terakhir saya jumpa Pak Pansur di Wangsa Maju, juga untuk minum malam. Masa itu dia ialah seorang tua yang dah berumur dan menolak apa saja idea orang yang positif. Ringkasnya beliau agak berfikiran tertutup.

Pak Mansur Jadi Lebih Muda
Malam itu saya terkejut melihat Pak Mansur. Rupa parasnya sama  tetapi perwatakan serta fizikalnya jauh lebih muda dari 2 tahun lepas. Puas saya renung mukanya yang sawo matang dan berkulit cekang, mantap dan handsome. Betulkah ini Pak Mansur? saya tertanya-tanya soalan itu tapi pendamkannya saja.

Berbual lebih lama membuka satu lagi kelainan pada sikapnya. Dia lebih terbuka mendengar idea orang dan menerima segala yang positif. Beliau cukup bersemangat untuk menjayakan segala projek yang sedang dirancangkan bersama beberapa orang kawan.

Memang sah Pak Mansur sudah berubah. Bukan setakat fizikal malah mental sekali bertukar 360 darjah. Saya mesti tanya apa rahsianya.

Rahsia Muda Pak Mansur
Sambil bergurau saya tanya apa yang beliau buat selama ini sehingga kelihatan jauh lebih muda. Dia menjawab mudah saja, ‘saya terkena kencing manis!. Aduh! lagi pelik, apahal pulak kencing manis boleh buat dia jadi muda?.

Seterusnya dia menjelaskan semenjak itu. Dia mula bersenam dengan berjalan kaki setiap malam sejauh 6 km. Dia lakukannya setiap malam walau dengan apa cara sekalipun. Sudah lebih dari setahun dia amalkannya tanpa jemu dan inilah hasilnya, “saya lebih muda dan bertenaga!”, kata Pak Mansur.

Rumusannya
Pak Mansur jadikan berita buruk itu sebagai titik tolak perubahan untuk mengubah gaya hidup. Hanya satu perubahan yang dia lakukan dan tiada selain itu. Namun dengan satu perubahan itu yang berjaya didisiplinkannya telah mengakibatkan semua perubahan lain berjangkit. Termasuklah cara berfikir dan juga cara buat kerja.

Ubah diri dengan memilih satu disiplin baru saja
Terbukti apa yang saya baca sebelum ini. Teknik mengubah diri kita dengan hanya memberikan tumpuan pada satu disiplin baru. Kajian membuktikan bahawa hanya dengan melakukan begitu, secara automatik segala tabiat kita yang lain berubah.

Dalam kajian, kanak-kanak bermasalah yang diberikan tugas untuk menumpukan pada satu saja disiplin baru yang mereka minat, secara lansung berubah menjadi kanak-kanak yang baru. Sikap buat kacau hilang, perangai tak kemas bilik tidur terhenti, sikap suka membantu orang terbina, pelajaran di sekolah meningkat dan ringkasnya dia bertukar menjadi budak berpotensi.

Semua itu bertukar bila kanak-kanak tersebut mula memberi tumpuan pada disiplin baru yang diminati mereka. Tak kira samada menyertai sukan, menyertai seni lukisan atau menyertai seni pertahankan diri. Yang pentingnya dia minat perkara itu dan beri galakan sehingga terbentuk disiplin menguasai minat tersebut.

Sila bertindak sekarang juga
Apa lagi, anda juga boleh berubah membaiki diri dengan teknik mudah ini. Kenal pasti satu disiplin baru yang anda minat sekian lama tapi tak buat. Berusaha mendalaminya secara formal dan bina kemahiran tersebut dengan lebih mendalam.

Pilihlah apa saja disiplin samada kamera, ilmu menulis, sukan, bersenam atau apa saja yang menjadi kesukaan. Lakukan dia secara istiqamah dan lihatlah perubahan pada hidup anda secara keseluruhannya, insyallah ia pasti berubah.

Selamat Mencuba!!!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge