Jadi yang terbaik ,hebat, kaya, berjaya dengan cara tersendiri

By | 05/10/2012

Kereta yang baikSiapa yang tak ada keinginan untuk jadi yang terbaik !.

Hampir kesemua kita yang normal, punya naluri inginkan keselesaan yang terbaik. Dalam apa saja yang kita lakukan sejak kecil sehinggalah dewasa. Menjadi yang terbaik biasanya tersimpan kemas dalam hati sanubari.

Walaupun secara zahirnya, mulut kita menafikan untuk menjadi yang terbaik, hakikatnya sesekali kita cuba berangan-angan meletakkan diri dalam keadaan terbaik. Antara angan-angan yang pernah bermain di kepala semua orang adalah seperti:

  1. Tubuh badan – Kita idamkan menjadi sesorang yang sasa berpetak-petak pada bahagian perut dan lengan dipenuhi dengan otot sasa. Kadang-kadang kita bayangkan memiliki tubuh badan yang tinggi dan kemas.
  2. Rupa paras – Setiap kali melihat lelaki hensem samada pelakon atau sesiap saja, kita terlintas juga berfikir, ‘kalaulah rupa aku macam tu…!”. Lebih-lebih lagi bila terserempak wanita jelita yang lansung tak pandang kelibat kehadiran kita, ingin rasanya masa itu bertukar menjadi Tom Cruise, baru padan muka dia.
  3. Bijaksana – Alangkah bahagianya mendapat kedudukan nombor satu sepanjang masa dalam peperiksaan. Bestnya jika skor 4 flat setiap semester. Kenapa orang tak jadikan aku sebagai pakar rujuk pada setiap masalah mereka dan lain-lain lagi. Kita idamkan menjadi bijaksana dan yang paling bijak antara semua.
  4. Harta benda – Siapa tak ingin masuk dalam senarai 40 paling kaya di Malaysia. Kita sesekali terdetik dalam kepala inging dilahirkan berbinkan Sultan Johor atau seumpamanya. Bila melintas kereta mewah kita menjeling juga siapa pemandunya. Bila kenduri dan melihat sambutan ceria tetamu yang datang dengan Merz model terbaru, rasa mahu jugak berada ditempatnya.
  5. Kuasa – Sejak kecil, kita semua berebut mahu menjadi hero. Setiap kali bermain watak-watak kartun, semua mahu jadi kesatria merah. Sekarang ramai kanak-kanak mahu jadi Ultraman, San Goku dan lain-lain. Kita mahu jadi yang paling berkuasa. Kita kecewa bila anak isteri melawan cakap. kita tak selesa bila anak buah atau pekerja tak hormat. Sedar atau tidak kita sentiasa ketagihkan kuasa.

Permudahkan hidup jadi yang terbaik

Bagaimana meringkas dan memudahkan hidup kita dan menikmati apa yang sedang kita miliki. Ini penting agar kita menjadi orang yang berjaya dengan cara kita sendiri.

Kita perlu mencipta sejarah diri kita sendiri tanpa cuba menjadi orang lain. Petuanya mudah saja,

“Bila ada yang baik, jangan tunggu yang terbaik”

Amalkan petua di atas dan sematkan selalu di dalam hati, insyallah hidup akan menjadi ringkas dan mudah.

Dengan beristiqamah mengamalkannya, lambat laun kita bakal mencipta sejarah sendiri menjadi yang terbaik tanpa perlu terkejar-kejar. Ingat!!!

“Apa saja yang sedang kita miliki sudah berada dalam kategori yang baik, maka bersyukurlah!”

Budaya atau falsafah di atas juga boleh mengawal nafsu yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada.

Tak ada orang yang berjaya dengan selamat dengan terikut-ikut dorongan nafsu. Sukar untuk berjaya jika kita tak pernah syukur dengan apa yang kita ada. Terlalu sedikit mereka yang berjaya dengan kehidupan yang tidak bahagia.

Contoh mudah untuk diamalkan

Setiap kali anda ke pasaraya membeli barang keperluan dengan menaiki kereta, anda boleh melatih diri mengamalkan budaya falsafah di atas ketika masuk ke perkarangan pasaraya mencari tempat letak kereta.

Mari kita istilahkan kedudukan seperti berikut:

  • Yang terbaik – Parkir betul-betul di depan pintu masuk pasaraya
  • Baik – Ada tempat parkir tak kira di mana saja
  • Yang terburuk – Tak ada ruang parkir

Setiap kali masuk kawasan pasaraya, saya akan semat falsafah, ‘jika ada yang baik tak payah tunggu yang terbaik’.

Dengan falsafah tersebut saya sentiasa mendapat ruang letak kereta dengan cepat dan pantas kerana saya tak pernah tunggu yang terbaik.

Ada ramai yang sudah mendapat yang baik tetapi masih mahukan yang terbaik berakhir dengan membuat pusingan demi pusingan.

Masa terbuang dan perasaan tak puas hati mula timbul. Keadaan menjadi lebih parah jika kawasan parkir sesak, silap-silap tak ada terus dan terpaksa menunggu dalam kereta.

Amalan yang menjanjikan tempat terbaik

Tidak tamak untuk menjadi yang terbaik, dengan merebut peluang yang baik kebiasaannya membawa kepada menjadi yang terbaik.

Ini di sebabkan yang terbaik itu sentiasa berada di kalangan yang baik.

Banyak kali saya mendapat parkir terbaik hanya kerana saya berazam untuk merebut  mana saja parkir yang paling awal saya dapat terlebih dulu tanpa menunggu dan mencuba nasib di hadapan.

Ini menjadikan usaha mendapat yang terbaik berlaku dalam keadaan santai dan tanpa tekanan.

Amalkan dalam semua hal kehidupan terutamanya perniagaan

Dalam perniagaan, saya sentiasa amalkan sikap yang sama.

Setiap peluang yang ada akan saya rebut tanpa menunggu yang terbaik. Setapak demi setapak ia membawa saya kepada yang terbaik tanpa tekanan.

Ramai yang idamkan menjadi usahawan dengan terus mengejar projek berjuta-juta. Ada di kalangan rakan-rakan saya yang membuang masa bertahun-tahun dengan sikap begitu.

Memang bisnes jutaan ringgit adalah yang terbaik, tetapi bisnes ratusan ribu juga sudah cukup baik, ambil itu dahulu dan jangan buang masa.

Begitu juga dalam hal berumah tangga, jangan tunggu yang tercantik, yang tersoleh atau solehah, yang terberada, yang terserasi dan berbagai-bagai ter lagi, anda akan berakhir dengan TER-RIAK…!

Jika ada yang baik tak perlulah tunggu lagi yang terbaik…anda sebenarnya membina sikap menjadi yang terbaik dengan cara anda sendiri…Insyallah.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge