granola-breakfast-1500x1000Kali ini saya nak kongsikan perkara asas usahawan berdasarkan cara hidup ringkas.

Saya secara peribadi lebih suka menjadi usahawan hidup ringkas.

Mungkin pembaca yang juga merupakan seorang usahawan ingin tahu tentang apakah yang saya maksudkan sebagai usahawan hidup ringkas.

Anda boleh baca perkongsian ringkas saya ini dan kemudiannya cuba renung sejenak samada ia sesuai untuk anda amalkan.

Mungkin gaya usahawan hidup ringkas lebih sesuai dijadikan amalan hidup anda.

Prinsip asas usahawan hidup ringkas

Untuk memahami apakah prinsip asas usahawan hidup ringkas, kita perlu mulakan dengan menjawab soalan berikut;

” Kenapa nak jadi usahawan ? “

Soalan di atas merupakan antara soalan awal yang saya tanya pada diri sendiri ketika mula buat keputusan nak jadi usahawan.

Berikut merupakan jawapan yang saya dapat setelah membuat pemerhatian dan sedikit kajian.

Saya nak jadi usahawan untuk membina satu perniagaan yang mampu menyara kehidupan yang saya mahu.

Ada tiga perkara penting dalam jawapan di atas:

  1. Membina satu perniagaan
  2. Perniagaan tersebut mampu menyara kehidupan
  3. Kehidupan itu mestilah cara hidup yang saya mahu

Kehidupan yang seseorang mahu sudah tentu satu kehidupan yang dia suka. Tidak ada orang yang mahu sesuatu perkara yang dia tak suka.

Oleh itu, prinsip asas untuk menjadi usahawan hidup ringkas adalah menentukan terlebih dahulu apakah jenis kehidupan yang anda mahu.

Jadi kaya bukan matlamat utama

Perkara ini ramai yang terlepas pandang.

Ramai yang jadi usahawan disebabkan teringin nak jalani gaya kehidupan orang yang dia kagumi. Ertinya dia seperti mahu hidup cara orang lain dan bukan dengan caranya yang tersendiri.

Biasanya orang yang dia kagum itu sudah tentu merupakan mereka yang berjaya. Bukan saja berjaya, malah mempamerkan kemewahan hidup serta mempunyai darjat pangkat yang tinggi di mata masyarakat.

Cuba selami perkara ini secara jujur.

Ramai yang ada keinginan hidup macam orang kaya seperti mana yang dipromosikan dalam cerita masyarakat.

Mungkin itu juga menjadi antara motivasi tinggi yang membuatkan anda mahu jadi usahawan.

Apa berlaku, apabila anda terjun jadi usahawan atas dorongan teringin nak jadi macam orang kaya yang berjaya itu?

Usahawan yang sebegitu akan berikan tumpuan pada gaya luaran sahaja berdasarkan apa yang dia lihat dan sangka. Hal ehwal dalaman tidak diberikan perhatian.

Akibatnya, banyak urusan penting yang tidak diketahui dan dilihat diamalkan oleh orang berjaya sebelum mereka sampai ke tahap itu, diabaikan.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.

Masalah demi masalah terpaksa dihadapi apabila satu demi satu keputusan salah anda lakukan sebaik saja mula menjalankan perniagaan.

Buat salah dan belajar perlu banyak masa dan tenaga

Kebiasaannya, usahawan yang baru terjun masuk dunia perniagaan akan buat 9 kesilapan dalam 10 keputusan yang dia lakukan.

Keputusan awal tadi sudah salah, iaitu jadi usahawan sebab nak kaya raya.

Semua keputusan yang anda ambil selanjutnya bermatlamatkan nak cuba jadi kaya dan bukannya berdasarkan fakta atau kaji selidik. Semua itu mendorong kepada keputusan yang tergesa-gesa yang membawa padah dan meletihkan.

Buat keputusan salah adalah perkara biasa dalam tempoh awal menjadi usahawan.

Dari kesalahan itulah usahawan belajar dan betulkan keadaan untuk membuat keputusan dan tindakan yang lebih baik.

Buat salah dan belajar untuk ke depan lagi dan kemudian buat salah lagi dan belajar lagi dan bergerak ke depan lagi, akan mengambil banyak masa dan tenaga.

Oleh itu ia memerlukan semangat yang tinggi dan tahap kesedaran yang maksimum dengan apa yang mahu dicapai.

Berlumba untuk jadi macam orang lain tidak membantu mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan dalam temph belajar melalui kesilapan untuk maju ke depan.

Terpengaruh dengan pertunjukkan kejayaan

Sikap berlumba dan nak jadi macam orang lain juga membuatkan usahawan tertipu dengan pertunjukkan kejayaan yang terlalu banyak sekarang.

Pertunjukkan kejayaan menjadi-jadi di dunia internet dengan penggunaan media sosial yang amat berleluasai sekarang ini.

Semua orang pamerkan nombor yang tinggi, semua orang pamerkan kebendaan yang hebat, semua orang pamerkan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka berjaya.

Kejayaan beberntuk nombor dan darjat kebendaan dijadikan alat pemasaran untuk mengelabui usahawan yang terdesak mahu berjaya macam orang lain.

Tentukan makna kejayaan anda sendiri

Untuk mengelakkan diri anda dari terjebak dengan perlumbaan pertunjukkan kejayaan, anda perlu tentukan terlebih dahulu makna kejayaan sebenar bagi diri anda sendiri.

Untuk itu, anda perlu kembali semula kepada asas usahawan yang saya sebutkan di atas.

Tujuan anda jadi usahawan adalah untuk membina perniagaan yang mampu menyara kehidupan yang anda mahu.

Untuk itu anda perlu berazam untuk memberikan sumbangan pada orang ramai seramai yang mungkin dan membantu mengubah kehidupan pelanggan anda itu melalui pernagaan yang anda jalankan.

Jadi, asas usahawan hidup ringkas adalah untuk menentukan gaya kehidupan yang anda mahu. Kemudiannya fikirkan jalan bagaimana perniagaan yang nak dijalankan itu mampu membantu anda menjalani gaya hidup tersebut.

Jika anda jelas dengan asas usahawan itu, anda dapat berikan tumpuan pada hasil yang anda mahu capai dan bukannya sekadar status atau darjat atau mainan nombor.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

    1. Sukses itu adalah perjalanan dan bukan destinasi. Satu jalan untuk menjadi insan yang paling baik. Orang yang sukses adalah mereka yang mengambil jalan itu.

      Mereka sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang sentiasa menggilap potensi dirinya ke tahap maksimum sehinggalah mati datang menemuinya.

      1. Satu jawapan dan ulasan yang perlu di ikuti semua hadirin, bagi menuju Syurga Allah pada pengakhirannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge