Jangan takut tak ada rezeki

By | 14/01/2013

sumber rezkiAntara sebab utama orang tak berani berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa adalah disebabkan oleh takut mengambil risiko.

Pernah dengar ayat ini ?,

“9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan”

Ayat tersebut di atas rasanya semua orang tahu, samada mereka yang berniaga atau mereka yang makan gaji.

Tapi agak pelik apabila dalam seramai 10 orang yang mencari rezeki, 9 orang daripadanya tidak mencarinya dalam perniagaan.

Sebaliknya mereka lebih lebih selesa dengan aktiviti makan gaji.

Salah satu punca ramai yang jadi begitu mungkin kerana tidak yakin samada dia akan menemui rezekinya atau tidak jika berniaga.

Majoriti daripada pekerja yang telah selesa makan gaji akan merasa takut untuk berhenti kerja dan berniaga atas alasan dah kahwin, dah ada anak dan ada banyak komitmen lain.

Itu ketakutan biasa yang sering kita dengar.

Namun perkataan takut tersebut diterjemahkan sebagai ‘risiko tinggi’. Berhenti kerja dan berniaga dalam keadaan punya tanggungan anak isteri dan dengan komitmen yang dah banyak, diterjemahkan sebagai berisiko tinggi.

Bab rezeki dari pengalaman kawan-kawan

Majoriti daripada kawan-kawan yang saya ada dari dulu sampai sekarang adalah golongan mereka yang tidak makan gaji.

Jika diukur dari segi kewangan atau kebendaan, bukan semua yang berhenti kerja untuk berniaga telah berjaya.

Ada yang berjaya dengan jumlah harta yang banyak. Mereka berjaya dalam perniagaan dengan syarikat yang besar.

Dan ada juga yang tidak pernah kekal dalam satu perniagaan yang sama, menemui kebuntuan demi kebuntuan dalam setiap perniagaan yang diceburi.

Malah ada juga yang tidak pernah menjadi langsung dalam apa-apa perniagaan pun.

Namun begitu, bagi yang tidak menjadi langsung dalam apa-apa perniagaan, dek kedegilan, mereka tetap tidak makan gaji malah terus berusaha dan berusaha.

Ajaibnya kumpulan ini tetap ada rezeki mereka, tetap ada kehidupan mereka seperti juga orang lain.

Antara udara dan rezeki

Melihat kesemua itu di depan mata membuatkan saya yakin bahawa takut kalau-kalau tak ada rezeki adalah sesuatu yang benar-benar salah.

Saya sering umpamakan rezeki itu seumpama udara yang Allah anugerahkan pada kita.

Pernah terlintas di dalam benak kepala kita kalau-kalau esok atau lusa udara tak ada untuk kita bernafas?

Sudah tentu tidak !.

Kita bangun saban hari tanpa memikirkan langsung kewujudan udara yang membuatkan kita boleh bernafas untuk hidup.

Alangkah hebatnya kita jika dapat praktikkan kepercayaan yang sama dalam bab rezeki.

Bukankah Allah telah tetapkan rezeki setiap anak Adam sebaik saja dihidupkan ?.

Apabila terputusnya rezeki, maka itu merupakan saat kematian kita.

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”¬†(Hud, ayat 6)

Andaikata keyakinan tersebut terpahat dalam hati sanubari masing-masing, maka kaedah mana kita berusaha mendapatkan rezeki bukanlah bermatlamatkan untuk rezki tersebut, sebaliknya ia bermatlamatkan untuk menerima cabaran dan ujian agar kita termasuk dalam golongan mereka yang beriman.

Oleh itu, jika anda memang ada hasrat nak berniaga, buatlah perancangan, nekadlah dan jangan takut tak ada rezeki.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Jangan takut tak ada rezeki

  1. Anonymous

    Jika rezeki seperti udara, kenapa masih ramai lagi orang serba kekurangan dan kelaparan walaupun setelah berusaha gigih?,..
    udara sudah tentu ada walaupun tanpa kita mencarinya..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Nampaknya anda masih tak faham tentang rezki…adakah orang yang lapar tak ada rezki? adakah mereka yang serba kekurangan bermakna mereka tak ada rezki? dan adakah mereka yang berusaha gigih tapi tak kaya bermakna mereka tak ada rezki?

      Cuba bertanya pada mereka yang menggemis di jalanan samada pernah mereka melalui lebih dari 3 hari tanpa ada sejemput rezki berupa makanan?

      berkemungkinan anda sangka rezki itu adalah kesenangan dan kekayaan, maka mereka yang sebegitu biasanya menjadi manusia yang tidak pernah bersyukur kerana alasannya adalah kerana mereka lebih susah daripada orang lain.

      Orang yang tidak bersyukur kerjanya membenci mereka yang lebih daripada mereka, lalu dijauhi…semakin dijauhi semakin jauh dia terpinggir maka semakin teruk kehidupannya.

      Walaupun perutnya kenyang habis makan setelah dia kelaparan dia masih berkata hidupnya kesusahan tanpa rezki….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge