Minggu sudah sempat menghadiri seminar BMC yang dianjurkan oleh saudara Coach Bahar. Orangnya besar sebagaimana yang saya bayangkan. Selama ini hanya melihat gambarnya dalam FB sahaja. Bila bertemu secara berdepan, memang besar betul.

Menarik mengikut kelas BMC anjuran Coach Bahar. Dia banyak bercerita kongsikan pengalamannya. Habis separuh hari perkongsian cerita yang telah dilaluinya berjalan. Memang tak mengantuk dan boleh tunggu lama dengar cerita begitu.

Cuma Coach Bahar ini punya seminar tak ada skrip. Dia akan bercakap ikut pertanyaan dan bila mula cerita dia akan berangkai-rangkai menceritakan satu perkara kepada perkara yang lain. Kadang kala dia sendiri akan lupa apa yang mahu disampaikan pada asalnya.

Pengalaman pegang jawatan besar

Antara perkara paling menarik dalam cerita Coach Bahar adalah berkenaan pengalamannya memegang jawatan besar di salah sebuah syarikat milik salah sebuah Universiti di Johor.

Dia memegang jawatan CEO di syarikat tersebut yang pada awal diamanahkan padanya tak ada apa-apa projek dan tak buat duit langsung.

Bila dapat pada coach Bahar, dia mula tranformasikan syarikat itu sehingga menjana berjuta-juta ringgit. Memang hebat Coach Bahar, sehebat otaknya yang geliga dan tak pernah kering idea.

Walaupun ada jawatan besar, bergaji besar, ada drebar, ada rumah besar dan ada segala-galanya, dia merasakan satu perkara yang amat malang.

Malang kerana semua jadualnya ketika sudah ditentukan. Kesemua masanya khas untuk menjadi hamba kepada kerjanya sahaja dari jam demi jam, hari demi hari dan bulan demi bulan.

Setiap hari pembantunya akan memberitahu apa tugasnya hari tersebut, jam demi jam. Nak kena pakai baju apa, nak kena pergi kat mana dan diaturkan drebar dan nak menginat kat mana semuanya tersusun atur.

Sampaikan kesemua pakaiannya diambilkan oleh drebar ke rumahnya setelah diuruskan oleh pembantunya. Semua itu dilakukan agar masa yang ada pada Coach Bahar sentiasa bergerak untuk majikannya sahaja.

Itu membuatkan beliau merasa malang dan tidak bebas.

Penjaja jauh lebih bagus dari jawatan besar

Mungkin ada yang suka dengan kehidupan begitu. Semuanya disusun atur oleh orang lain. Kerjanya hanya pastikan sedar berdiri, berjalan ke tempat yang diatur dan bercakap serta berfikir sebagai wakil majikan.

Saya terbaca dalam sebuah buku berkenaan rahsia perniagaan orang Cina. Dalam buku itu tertulis bahawa bangsa Cina lebih muliakan orang yang menjaja berniaga di tepi jalan berbanding dengan pegawai besar yang makan gaji.

Mungkin sebab masa pegawai berjawatan besar itu bukanlah milik dirinya sepenuhnya maka orang yang menjaja jauh lebih baik berbanding pegawai besar yang makan gaji.

Namun begitu, orang yang berhenti kerja makan gaji dan mula berniaga dengan jadi penjaja mesti bercita-cita besar dan ada impian jadi kaya.

Kalau tak ada impian besar, tak akan ada kemajuan dan otak tak akan berkembang untuk memikirkan cara yang baru dah lebih baik untuk menjana wang.

Bagaimana dengan anda yang sedang membaca, apakah status jawatan anda?

Adakah anda ada jawatan besar atau sekadar pegawai bawahan. Kalau ada jawatan besarpun, tak sebaik penjaja tarafnya, apatah lagi sekadar pegawai bawahan.

Harap anda tak marah dengan cabaran tersebut. Bukan semua orang sanggup berfikiran besar dan berjiwa besar untuk berhenti kerja dan berniaga. Malah golongan penakut sebegitu jumlahnya amat ramai.

Jadi anda boleh merasa lega kerana orang seperti anda ramai. Kekallah makan gaji dan kejarlah jawatan besar sebesar mungkin. Mungkin bila dah ada jawatan besar anda baru sedar bahawa hidup anda amat malang kerana satu saatpun anda tak dibenarkan leka… masa anda hanya untuk majikan sahaja.

 

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Tetapi yang paling susah ialah untuk mengubah mentaliti orang kita, ‘biar papa asal bergaya’. Kalau nak kawin pun bakal2 mertua mesti tanya kerja apa. Biar jadi office boy, janji ada kerja tetap pakai smart2 dok dalam aircond. Orang kita lebih gemar duduk dalam zon selesa, takut untuk ambil risiko.

    1. Masih ada ramai lagi yg begitu. Tapi dah ada perubahan dalam masyarakat kita sedikit demi sedikit. Jangan pula kita masuk dalam golongan sebegitu

  2. Betul tu, setuju sangat. Namun begitu jika saya tidak silap (kalau silap tolong betulkan ye…), dalam dunia usahawan juga tidak terlepas daripada belenggu kesuntukan masa, protokol kerja, menjaga hati client, prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh client dsb. Khususnya dalam konteks usahawan berskala besar, yang apa saya tahu mereka lebih disiplin dan terikat dengan komitmen kerja. Mengikut pengalaman Tuan, boleh tolong beri pandangan.

    1. Ya! betul ! ada usahawan yg jadi begitu. Semua dia nak buat sendiri, tak nak gaji dan latih pekerja dan tak percaya pada kebolehan pekerja, maka dia jadi usahawan yang bekerja dengan syarikatnya sendiri.

      Usahawan yang bijak adalah usahawan yang lantik orang lain berjawatan besar dalam syarikatnya…., sebab orang yg nak jawatan besar tu ramai, jadi mudah nak cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge