Perkara negatif membantu anda

By | 21/08/2013

Keseimbangan negatif dan positifBerapa kali dalam masa sehari anda menghadapi perkara yang negatif? dan berapa kali pula anda menghadapi perkara yang positif?

Adakah seseorang yang sering menerima perkara positif saja dalam kehidupannya menemui satu kehidupan yang memuaskan dan menggembirakan?

Selama ini saya sangkakan untuk menghasilkan satu perjalanan kehidupan harian yang memberangsangkan, kita perlu pastikan bahawa semua perkara yang dihadapi adalajh positif.

Untuk menghasilkan kehidupan sebegitu maka perjalanan kehidupan akan disusun agar segala perkara negatif yang dapat dijangka perlu dielakkan terlebih dahulu.

Contoh paling mudah yang sering diamalkan adalah sentiasa mengelakkan diri daripada bertemu dengan mereka yang sering melampiaskan perkara negatif pada diri kita.

Apabila kita hanya berjumpa mereka yang positif sahaja saban hari sepanjang masa, maka lambakan perkara positif akan mewarnai kehidupan dan kita sangkakan itu membantu kehidupan menjadi lebih bermakna dan optimum tahap bahagianya.

Positif saja tanpa negatif tak bagus untuk kejayaan!

Setelah membaca buku terbaru yang saya beli, “To Sell is Human”, tulisan Daneil H. Pink, saya menemui satu fakta yang mengejutkan!.

Untuk mencapai kejayaan tahap optimum, kita perlu ada suntikan perkara negatif di samping perkara yang negatif.

Himpunan atau ramuan Β yang negatif bersama positif akan membantu tahap pencapaian yang optimum pada kita semua.

Persoalannya adalah berapa dos negatif dan berapa dos positif yang perlu kita jadikan satu ramuan kejayaan? Berikut beberapa senario dosage yang boleh anda jadikan panduan untuk meneka:

  1. 1 negatif dan 1 positif – Dos yang sama rata. Ertinya jika anda menerima 10 perkara negatif, anda akan berusaha untuk meratakan kedudukan dengan mencari 10 perkara positif.
  2. 1 negatif dan 2 positif – Setipa kali anda berhadapan dengan 1 perkara negatif, anda akan pastikan ianya dipadan dengan 2 perkara negatif.
  3. 1 negatif dan 3 positif – Satu negatif diseimbangkan dengan 3 yang positif
  4. 1 negatif dan 11 positif – Setiap kali kecewa anda akan lambakan kehidupan dengan 11 kegembiraan.

Ok! cuba pilih daripada 4 dos yang saya berikan di atas, manakah nisbah yang paling baik untuk optimumkan kebahagiaan dan kejayaan kita dalam apa saja perkara yang dilakukan?

Kebanyakan daripada kita tentu sangka pilihan ke-4 lebih optimum dan menjamin hasil yang terbaik, jika anda tak rasa begitu, begitulah yang saya sangkakan selama ini.

Jawapannya adalah……nisbah dos yang ke-3 adalah tahap optimum untuk pastikan apa saja anda buat akan menghasilkan kejayaan yang paling hebat.

Maknanya, jika anda buat perniagaan dan menghadapi satu berita atau keadaan yang negatif, sebaik saja anda berjaya meneutralkannya dengan 3 perkara positif, anda akan berada pada landasan yang betul untuk pergi lebih jauh.

Jika anda menerima satu negatif dan kemudiannya seimbangkan pula dengan satu positif, hasilnya adalah negatif….

Begitu juga jika anda tambah satu lagi posotif, hasilnya masih sama…negatif. Sebaik saja anda mencapai 3 atau seterusnya 4 atau lima…hasilnya adalah positif…tapi ingat!!!

Sebaik saja anda lambakan 1 negatif dengan 11 perkara positif…hasilnya kembali negatif. Sebab mereka yang asyik positif saja biasanya akan hidup terbang ke awangan dan mula perasan semua orang suka padanya dan apa yang dia buat akan berjaya…itu tanda nak menjunam ke bawah!

Jika anda serius nak berjaya, pantau negatif dan positif dan pastikan ianya berada di tahap 1:3 dan ke atas. Formulanya adalah:

“Negatif 1: Positif 3 < Kejayaan Optimum < Negatif 1: Positif 11″

Pantau kehidupan anda…!

41 thoughts on “Perkara negatif membantu anda

  1. rabiahmdyusof

    Salam,
    Bagus artikel ini. Terima kasih kepada penulis! Hidup ini perlu ada keseimbangan cuma bagaimana kita mencari keseimbangan tu yang perlu dipelajari. Tak semua benda yang negatif kita singkirkan. Kekadang melalui perkara2 negatif ini kita boleh tranform ke dalam bentuk yang positif. Itu pun kalau kita bijak menggunakan akal dan mau berfikir ..

    Reply
  2. Zuan

    den pun baru baru ni perasan yang jika terlalu banyak think +ve, kita akan terlalu mudah terima semua perkara.
    agak agree dengan entry tuan
    Zuan recently posted…Sapo Alihkan Keju Den?My Profile

    Reply
  3. Cikgu Hairul

    Sepnjang hidup saya beru kali ni jumpa teori macam ni. Biasanya para motivator akan beritahu jadikan semua perkara sesuatu yang positif. Maknanya kita kena sentiasa bersangka baik di atas setiap kejadian.
    Cikgu Hairul recently posted…Selagi Tak Habis RayaMy Profile

    Reply
  4. Irwan Alessa

    Bila minda kita terlalu memikirkan yang negatif sahaja tidak beberapa elok, positif juga perlu di seimbangkan sekali.. Bila pergi ke blog bro dan menikmati entri bro bagaikan terbuka minda untuk berfikir di luar kotak..
    Irwan Alessa recently posted…Kalau bukan anak mak anak siapa pulaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge