jalan kakiSaya mula amalkan jalan kaki setiap pagi sebagai satu senaman, kalau tak salah sejak tahun 2008 dulu. Sebelum itu saya amalkan jogging terutamanya di waktu petang.

Sebelum datang ke Lembah Kelang pada tahun 1999, saya tinggal di kampung, di Seberang Perai, cari makan di sana. Mulanya makan gaji dan kemudiannya berhenti makan gaji dan bergelumang dalam dunia perniagaan.

Masa kat kampung, aktiviti senaman atau lebih tepat lagi aktiviti bersukan, adalah perkara rutin hampir setiap petang. Saya main bolasepak dengan rakan sekampung sehingga menjadi satu ketagihan.

Walau apa yang saya buat, di mana saja berada, bila tiba waktu petang, jiwa memberontak nak balik untuk main bola. Atas faktor ketagihan bersukan itu, tubuh badan sentiasa fit tak ada masalah. Cuma kadangkala bengkak atau terseliuh, itu perkara biasa dalam suka bolasepak.

Berhijrah ke Lembah kelang

Oleh kerana nak cari makan, meluaskan lagi pemandangan dan membuka minda, saya datang ke Lembah Kelang pada tahun 1999. Tempat paling mula saya tinggal adalah di Sri Damansara.

Masalah besar yang dihadapi ketika itu adalah untuk kawal perasaan terhadap ketagihan bermain bolasepak setiap petang. Kesibukan dan keadaan kelam kabut di bandar membuatkan masa untuk bersukan tiada.

Begitulah berterusan sehingga perut mula sedikit ke depan, tubuh badan lembek, berat dah mula naik. Bila dah kerap kali ditegur, maka saya berazam untuk mula bersenam, tapi bukan dengan bermain bolasepak.

Sasaran yang saya buat adalah untuk pastikan balik awal setiap petang dan berjogging sekurang-kurang 30 ke 45 minit setiap petang.

Dengan memaksa diri dan berdisiplin akhirnya berjogging mula menjadi rutin dan tiada paksaan lagi. Tak sampai 6 bulan tubuh badan kembali ke asal. Rasa segar dan bertenaga semula dan lebih baik dari bersukan ketika kat kampung dulu sebab tak ada bengkak kaki kena kasut bola.

Cara terbaik mencapai matlamat

Bila direnung kembali pada cerita disiplinkan diri untuk cergaskan badan dan turunkan berat, ternyata saya telah berjaya dengan mudah untuk mencapai matlamat tersebut.

Saya yakin ramai orang yang ada matlamat sama, iaitu untuk cergaskan tubuh badan, kurangkan berat dan hilangkan masalah badan gemuk.

Mungkin ada sesetengah orang yang jadikan matlamat tersebut sebagai satu azam tahun baru hampir setiap tahun. Malangnya tidak pernah berjaya mencapai apa yang disasarkannya.

Jika anda termasuk salah seorang dari mereka yang sering gagal capai matlamat yang disasarkan, saya boleh kongsikan kat sini bagaimana saya buat.

Bezakan antara hasil dan aktiviti

Perkara paling asas yang anda perlu ingat adalah untuk membezakan antara hasil yang anda mahu capai dan juga aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil tersebut.

Dalam contoh cergaskan diri, turunkan berat dan kuruskan badan, semua itu adalah hasil daripada aktiviti bersenam setiap hari selama 30 minit ke 45 minit.

Bila saya dah sedar saya mula buncit dan berat meningkat, apa yang saya lakukan adalah menjadikan aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil sebagai matlamat.

Matlamat: Berjogging setiap petang sekurang-kurangnya 30 minit.

Saya tak hiraukan samada berat akan turun atau buncit akan hilang kerana itu bukan matlamat yang saya mahu capai.

Dengan berbuat begitu, samada berat turun atau tidak, perut masih buncit atau tidak, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk mencapai keinginan menjadikan jogging sebagai aktiviti rutin.

Sedar tak sedar, saya berjaya melakukannya sehari, tiga hari, seminggu, sebulan dan begitulah seterusnya. Saya berjaya mencapai matlamat dan semua hasil daripada kejayaan mencapai matlamat itu turut sama berlaku tanpa ada rasa tertekan.

Tukar jogging pada jalan kaki

Setelah umur meningkat, saya mula mencari bahan-bahan bacaan untuk menambahkan maklumat berkenaan amalan bersenam.

Saya dapati, berjalan kaki secara cepat tidak kurang kebaikannya macam berjogging. Malah dari satu segi ianya lebih selamat dan amat sesuai untuk cergaskan tubuh badan serta sihatkan organ dalaman.

Saya mula cuba tukarkan aktiviti jogging kepada aktiviti jalan kaki. Mulanya dibuat pada waktu petang, kemudiannya saya tukar kepada waktu pagi.

Dengan berjalan kaki setiap pagi saya dapat rasakan kesan yang jauh lebih baik terutamanya pada minda dan keupayaan berfikir untuk membuat keputusan.

Ada beberapa rakan yang menghadapi masalah kesihatan yang saya cadangkan untuk laksanakan aktiviti jalan kaki setiap pagi, dan mereka laksanakan.

Hasilnya amat baik sekali. Semua yang melaksanakan saranan saya itu mengalami perubahan pada tahap kesihatan mereka menjadi lebih baik setelah amalkan jalan kaki setiap pagi selama beberapa bulan.

Kenapa jalan kaki baik untuk anda juga

Bagi anda yang ada banyak alasan untuk berjogging, maka saya cadangkan kalau malas jogging, jalan kaki saja.

Jalan kaki bukanlah satu aktiviti yang memenatkan.

Mungkin jika anda sangat gemuk dan memang pemalas seperti ular sawa baru telan anak lembu, berjalan kaki selama 30 minit adalah perkara yang berat.

Tapi jika anda masih ok dan mampu berjalan kaki secara normal, apa sebabnya tak jadikan aktiviti jaan kaki setiap pagi sebagai acara rutin anda ?

Kalau nak tahu kenapa jalan kaki juga baik untuk anda, tunggu artikel lain selepas ini (jika ada kesempatan dan kerajinan) yang khas untuk berkongsikan kelebihan berjalan kaki setiap pagi.

Yang penting, saya seru anda yang membaca artikel ini supaya mula jadikan amalan jalan kaki 30 ke 45 minit setiap pagi sebagai matamat tahun baru anda.

Tapi tak payah nak tunggu 1 Januari 2016 baru nak buat, buat saja esok pagi. Perkara baik jangan ditangguhkan.

Terutamanya jika anda seorang usahawan, mengatur masa lapag untuk mulakan hari anda dengan berjalan kaki di waktu pagi bukanlah satu perkara yang susah.

Untuk yang makan gaji, mungkin ada sedikit kesukaran sebab masa anda telah diikat oleh majikan. Itupun ia bukanlah satu alasan, kalau betul-betul nak berubah, cari jalan, bukan cari alasan.

Total
43
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Alhamdulillah, tempat kerja saya dekat dengan rumah. jadi setiap pagi selepas subuh dapat berjalan kaki ke tempat kerja. Begitu juga semasa balik. Dapat 2 manfaat. Sihat badan. Sihat poket.

  2. saya merupakan pelanggan email blog tuan..dan sangat menyukai penulisan dalam blog ini..

    saya turun dan balik kerja berjalan kaki sahaja selama 15 mint..pergi dan balik dalam 30 minit..

    apa yang pasti badan saya tetap konsisten fit..dan pemakanan mesti juga jaga.
    mrhanafi recently posted…Tidur Siang Yang Penuh KerehatanMy Profile

  3. saya kerap mengikuti penulisan Tuan sejak 2 tahun lepas. Kadang2 baca. Kadang2 tak sempat. Apapun komen saya penulisan tuan semuanya baik dan bagus.

    Semoga Allah memberi rahmat dan berkatNya pada Tuan dan keluarga. Teruskan perjuangan Tuan.

    ps. saya pun orang seberang perai.

    1. Terima kasih atas kata-kata semangat dan ransangan tuan Farid untuk saya terus menulis. Moga Allah memberikan kemuliaan dunia dan akhirat pada tuan dan keluarga. Saya kerap balik ke kampung, mungkin kita boleh jumpa minum kopi jika ada kesempatan nanti.

  4. Salam..
    kerana masih lagi sebagai seorang yang masih punya majikan..
    walau belum istiqomah..saya akan turun berjalan kaki di atas 1 trek sintetik 2.5 km kalau saya free waktu pagi sesudah solat subuh..
    biasanya saya akan buat bila kena shift petang atau off day..
    Alhamdulillah bukan sahaja badan rasa sihat..otak juga rasa segar..
    juga share dengan rakan2 tentang aktiviti yang Tuan Bihi dah istiqomah bertahun2..ada juga sorang dua kawan2 yang follow turun jalan kaki bersenam..
    JazakaLLahu khoiran Tuan Bihi kerana idea bersenam yang percuma yang di syorkan dalam entry2 terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge