cari jalan penyelesaianTolong ingat ayat ini,

” Cari jalan, jangan cari alasan ! “

Hanya dengan sering mengingatkan diri akan ayat tersebut di atas dan memahaminya serta menghayatinya, anda dan saya akan mampu menempa kejayaan dalam apa saja perkara yang dilakukan.

Tak kisahlah, samada makan gaji atau jadi usahawan, ayat di atas tu boleh dijadikan azimat untuk sedarkan diri yang sering lupa.

Sikap suka cari alasan

Setiap kali ada masalah, secara semulajadi otak akan mula cari siapa punya angkara yang mencetuskan masalah itu.

Sikap macam itu sering berlaku pada diri saya sendiri.

Saya yakin anda juga hadapi masalah yang sama betoi tak ?

Mulanya saya beranggapan bahawa ianya adalah kesan dari latihan sejak dari kecil untuk mempertahankan diri sendiri supaya tidak dipersalahkan.

Oleh itu jalan terbaik mempertahankan diri adalah menjadi kreatif secukupnya buat mencari kesalahan orang lain selain diri sendiri.

Tetapi nampaknya itu bukanlah sumbangan daripada latihan sejak kecil yang kita terima sahaja, malah ianya adalah sifat yang tertanam secara semulajadi dalam diri manusia.

Saya dapat tahu bahawa Desakan untuk mempertahankan diri merupakan salah satu daripada desakan dalaman yang paling asas berada di dalam diri manusia.

Ianya ada pada saya, pada anda dan pada semua orang.

Paul Lawrence dan Nithin Nohria, dua orang professor dari Harvard Business School telah merumuskan perkara tersebut dalam buku mereka bertajuk Driven: How Human Nature Shapes Our Choices.

Lanjutan daripada kejayaan mencari dan menemui salah orang lain, masa akan dihabiskan untuk mempercayai bahawa tak ada apa-apa yang boleh dilakukan.

Lalu usaha untuk cari jalan bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi akan tertutup.

Mahu taknya !…

Bila dah jumpa salah siapa, sibuk nak lepaskan geram pulak.

Kemudian sibuk nak balas dendam pulak, dan berbagai kesibukan lagi buat dijadikan alasan untuk terus leka dari mencari jalan penyelesaian.

Latih diri cari jalan

Hidup adalah rentetan masalah demi masalah.

Samada masalah besar dan berat atau kecil dan ringan, kita tidak pernah sunyi dari menghadapinya.

Asalkan diri berada dalam keadaan sedar, masalah akan datang menimpa-nimpa. Ia mengharapkan dan menunggu kita memberikan jalan penyelesaian sebelum masalah selanjutnya diutarakan.

Semakin hebat dan berat masalah yang dihadapi, maka semakin besar dan hebat peluang untuk seseorang itu maju ke hadapan.

Itu hukum kehidupan yang perlu kita terima dan tak payah nak mengeluh.

Bila otak yang dianugerahkan pada anda dan saya dibebankan dengan kerja cari alasan, kenapa masalah itu tak perlu diselesaikan, kemajuan akan terhenti.

Imbau kembali sikap cari alasan

Cuba imbau kempali kehidupan anda sebelum ini.

Percaya atau tidak, anda berada di sini, sekarang ini, dengan keadaan anda masa kini, adalah disebabkan tahap anda mengelakkan akal mencari alasan.

Matematik itu susah, persepsi kebanyakan daripada pelajar. Mungkin anda juga beranggapan macam tu ketika belajar dahulu.

” Oleh kerana matematik itu sukar, maka adalah normal untuk saya tak faham dan tak kuasainya. Maka adalah normal juga jika saya tak dapat keputusan yang cemerlang. “

Macam biasa dengar ayat kat atas tu, kan! kan! kan!.

Dengan itu, usaha untuk cari jalan menguasainya terhenti. Begitulah juga dengan masalah-masalah lain.

Anda hanya akan bergerak maju dengan mencari jalan selesaikan masalah yang dihadapi. Kemajuan akan tersekat sebaik saja anda mula cari alasan.

Mungkin anda sedar sekarang kenapa matematik berkait rapat dengan kejayaan seseorang dalam kehidupan ?

Sebabnya adalah, ilmu matematik mengajar kita sentiasa berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan masalah.

Hanya orang yang berlatih dan berlatih tanpa jemu menguasai cara penyelesaian masalah dari kecil sehingga besar sahaja akan mampu menguasai matematik.

Kalau malas dan asyik cari alasan, jangan harap nak cekap matematik.

Latih diri cari jalan

Seperti juga dengan matematik, untuk kuasai kemahiran cari jalan, anda perlu mulakan dengan latihan tubi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang kecil.

Jangan mengelak atau merungut dengan masalah. Malah sepatutnya, setelah anda baca artikel ini, anda perlu senyum gumbira setiap kali dibentang masalah.

Ia merupakan satu latihan tubi untuk anda kuasai kemahiran cari jalan dan lupakan sikpa cari alasan.

Terutamanya jika anda seorang usahawan, latih diri untuk sentiasa menerima masalah dan mula berlatih untuk menjadi orang yang cekap cari jalan.

Buang terus perangai nak cari alasan dari memori dan fokus pada cari jalan penyelesaian.

Pengalaman saya cari jalan

Kalau nak diikutkan memang banyak sikap berusaha cari jalan dan lupakan perangai nak cari alasan yang saya dah amalkan apabila berniaga sejak mula dahulu.

Pada mulanya, setiap kali datang masalah saya mula nak cari alasan dan nak cari salah orang lain. Sikap itu meletihkan dan tak membaca saya ke mana-mana. Buang masa dan merana jiwa dan raga.

Kemudiannya saya mula latih diri perlahan-lahan untuk sentiasa fokus terhadap usaha cari jalan dan bukannya cari alasan.

Hasil daripada latihan tubi tersebut, saya mula menjadi cekap sehingga mencapai tahap meluat pada orang yang asyik nak cari alasan.

Maka saya akan ingatkan pada orang lain dan pada saya juga, untuk fokus pada cari jalan dan bukan cari alasan.

Pernah sekali, pengurus syarikat saya pagi-pagi dah datang melaporkan kehilangan mesin peralatan untuk buat kerja.

Mendengar masalah itu, ayat pertama yang saya tanya adalah berapa kerja pelanggan yang perlu dilaksanakan hari ini dan bagaimana semua kerja itu boleh dilakukan dan tidak ditunda.

Seterusnya kami berikan tumpuan membuat segala perancangan untuk selesaikan semua kerja tersebut dan berikan tumpuan penyelesaian jangka panjang pula.

Bila petang, pengurus tanya dengan kehairanan kenapa saya tak berminat nak tahu, macam mana boleh hilang, siapa yang curi dan sebagainya sebaik saja berita tersebut saya dapat tahu.

Saya baru perasan akan perkara itu hanya apabia dia bertanya. Saya beritahu dia, kalau saya sibuk siasat kehilangan itu, kerja hari itu sudah tentu tak akan terlaksana…

Itulah sebenarnya hasil dari latihan sentiasa fikirkan usaha untuk cari jalan dan lupakan sikap cari alasan.

Seruan saya untuk semua, hentkan sikap cari alasan, jom kita sentiasa berusaha cari jalan.

Total
101
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Motivasi terbaik dan wajar direnungkan usahawan dan bakal usahawan. Mohon izin salin ke blog saya.. Tuan banyak bantu saya tingkatkan motivasi diri.

    Terima kasih tuan shubhi..

  2. Sejak kecil ada sikap cenggini. Sekarang dah mula cakap kat anak-anak agar “Cari jalan bukannya memberi alasan!”.. Terima kasih, bos!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge