Kenapa wujudnya barang tiruan?

Sebab utama adalah kerana adanya permintaan terhadap barang tiruan. Ramai orang yang teringin nak pakai barang berjenama tetapi tak mampu. Jadi mereka lepaskan keinginan tersebut dengan beli barang tiruan.

Biasanya barang tiruan terdiri daripada produk berjenama yang harganya mahal jika anda membeli yang original. Ada yang ribuan ringgit malah ada juga yang puluhan ribu ringgit.

Kebanyakan barang tiruan menciplak barangan aksesori seperti jam tangan, kaca mata, beg tangan dan lain-lain seumpama dengannya. Barang mewah yang mensasarkan segmen pasaran mewah sering menghadapi masalah dengan fenomena produk mereka diciplak dengan begitu banyak sekali dan dipasarkan di seluruh dunia.

Apa barang tiruan yang sedang anda pakai?

Anda yang sedang membaca artikel ini mungkin ada yang sedang pakai barang ciplak. Tidakkah anda rasa sedikit kelainan terhadap cara anda berfikir dengan adanya barang ciplak pada diri anda?

Mungkin anda tidak suka pakai barang ciplak bukan original, anda lebih memilih untuk pakai hanya yang original. Kalau tak ada duit lebih baik tak payah pakai daripada membeli barang tipu. Apakah anda rasa kelainan dengan cara anda berfikir ketika pakai barang original?

Kajian terhadap mereka yang pakai barang tiruan

Ada satu kajian menarik terhadap mereka yang memakai barang ciplak atau tiruan. Kajian dilakukan bagi mengenal pasti tahap kejujuran si pemakai yang sedang mengenakan barang bukan original.

Mereka yang memakai barang tipu dan mengetahui bahawa ianya tiruan didapati lebih tinggi kecenderungannya untuk berlaku tidak jujur. Lebih tepat lagi kesan memakai barang ciplak membuatkan si pemakainya lebih cenderung untuk menjadi seorang pembohong.

Memang semua orang akan berbohong sedikit sebanyak, tapi pemakai barang tiruan nampaknya lebih tinggi tahap pembohongnya. Terutamanya ketika barang tiruan berrada di sisi mereka seperti jam tangan, spek mata atau beg dan seumpamanya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Dan Ariely sebagaimana yang diceritakannya di dalam buku “The (Honest) Truth About Dishonesty”, dia membahagikan peserta kepada 3 kumpulan:

  1. Kumpulan mereka yang diberikan kaca mata berjenama mewah dan mereka diberitahu bahawa kacamata yang mereka dapat itu adalah original.
  2. Kumpulan mereka yang diberikan kacamata mewah dan tidak dinyatakan samada ianya ciplak atau original (kumpulan kawalan)
  3. Kumpulan mereka yang diberikan kacamata mewah dan diberitahu bahawa kacamata mereka adalah tiruan.

Seramai 30% daripada peserta pertama telah berlaku tidak jujur dan seramai 42% daripada peserta kedua berlaku tidak jujur. Yang paling menarik adalah seramai 73% daripada peserta kumpulan ketiga telah berlaku tidak jujur dalam ujian yang diberikan.

Kajian tersebut membuktikan bahawa memakai barang ciplak dalam keadaan tahu bahawa ianya adalah tiruan membuatkan peserta terdorong untuk berlaku tidak jujur dengan lebih mudah!.

Elakkan pakai barang tiruan

Cara terbaik untuk membaiki akhlak kita adalah dengan mengelakkan diri daripada persekitaran yang boleh mendorong kita menjadi buruk akhlak. Dalam kes ini untuk elakkan diri dari menambahkan kemungkinan jadi manusia pembohong, anda perlu elakkan diri dari pakai barang tiruan.

Dari pemerhatian saya, kawan-kawan yang tak segan silu membeli barang ciplak dan dengan sedar memakainya ke sana ke mari memang suka berbohong. Walaupun kebanyakan dari masa mereka berbohong pada perkara kecil, ia tetap satu pembohongan.

Tak perlulah kita nak berlagak tingkatkan imej sedangkan tahu tak ada keupayaan. Pakai barang original atau tak pakai terus daripada mencampak diri ke arah akhlak yang buruk.

Terutamanya jika anda seorang usahawan, memakai barang tiruan perlu dielakkan 100%. Seorang usahawan yang jujur dijanjikan ganjaran kejayaan yang tinggi. Kalau tak dapat kat dunia, pasti akan dapat diakhirat nanti.

Sesungguhnya memakai barang original dan jauhkan diri dari memakai barang tiruan adalah satu amalan mulia.

Jangan berniaga barang tiruan

Satu lagi pesanan buat semua dan termasuklah diri saya sendiri, elakkan dari berniaga barangan tidak original. Anda bukan saja menjadi seorang muslim yang kuat bohong, malah menggalakkan orang lain yang membelinya untuk menjadi seorang pembohong.

Jangan jadi usahawan yang menyebarkan amalan pembohongan. Tak guna kaya raya tapi mati masuk neraka. Kita berniaga untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Bukannya sekadar untuk mendapat kejayaan dunia sahaja.

Sekarang anda tahu betapa pentingnya umat Islam menjaga kualiti dan menjauhi aktiviti menciplak. Oleh itu ubah pemikiran anda sekarang dan gunakan hanya yang original. Selamat beramal!

Total
40
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. That’s so true. Kebanyakkan (not all, only some of them) yang suka pakai tak ori nie kaki propa & tak pernah nk jujur dalam percakapannya. Dah jumpa banyak. For me, better don’t wear fake items/imitation/inspired/100% authentic or what so ever it called, because it will affect your true sense of behavior & attitude. Kejujuran bukan sahaja pada kata-kata, tapi kejujuran dari segi kita menilai hasil karya & kerja tangan orang lain. Boleh saya bayangkan bagaimana rasa designer tersebut apabila barangan dia, hasil karya & idea dia diciplak. Bersyukur & bersederhana dalam semua hal itu lebih baik.

  2. Begini pendapat saya untuk isu barangan tiruan.

    1.
    Tiruan = Item yang ditiru menyerupai barangan asal diberi label dan dicetak dengan diberi tanda dagang barang asli. Contoh = Jam Tangan Rolex Submariner Gred AAA

    2.
    Tiruan+Asli = Item yang ditiru pembuatannya menyerupai barangan asal diberi dicetak tetapi dilabel menggunakan jenama sendiri atau label yang seakan-akan jenama yang asal. Contoh = Kasut/selipar Amprollo menyerupai produk dari syarikat Asadi.

    3.
    Asli (Kurang Kualiti) = Item yang dihasilkan seakan-akan menyerupai barangan asal pihak lain (bentuk & warna) tetapi dilabel menggunakan label sendiri. Contoh = Pisau cukur jenama Tesco (Bentuk dan warna hampir sama dengan Pisau cukur jenama Gillete).

    Apa yang sering berlaku, sebahagian dari kita bukannya menyukai barangan tiruan dan tak tahu pun barang yang dibeli tersebut adalah tiruan, ini adalah kerana, pengkelasan item yang saya nyatakan tersebut masih kabur. Ada di antara yang tak kisah dengan sesuatu barangan tersebut sama ada tiruan ataupun tidak. Yang lebih penting adalah mampu untuk dibeli.

    Namun tak dinafikan juga ada yang jenis yang penulis nyatakan. Mereka membeli barangan tiruan untuk mendapat kepuasan seperti membeli barangan asli dengan berbohong kepada diri sendiri.

    Fake item for the People.

  3. Original pon jual smpai sebulan gaji. Kualiti pula lebih kurg yang ciplak cmna plak? Sy berani ckp kalau gaji diorg besaq,diorg pon xpandang barg ciplak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge