jadi pilot yang cekapArtikel kenapa anda perlu jadi Pilot yang cekap dalam kehidupan ini, bukan nak cerita pasal drama Suri Hati Mr Pilot.

Secara kebetulan saja idea berkenaan Pilot muncul dalam kepala.

Bila saya buat sedikit pencarian dalam google pasal kisah Pilot, keluar pula banyak kisah berkenaan drama Suri Hati Mr Pilot.

Drama tersebut ketengahkan jelitawan dan usahawan terkenal negara kita Neelofa. Banyak juga ulasan bagaimana Neelofa pergunakan drama itu untuk melonjakkan jenama Naelofar Hijab.

Untung jadi artis terkenal macam Neelofa. Ada bakat, cantik pula, terkenal dan menjadi sebutan ramai. Bila ada produk sendiri, hanya perlu pergunakan kedudukan yang ada sahaja untuk popularkan produknya. Bila kena dengan cara dan ketika, semuanya tersusun kemas lancar menapak ke depan.

Eh !, leka pulak saya dengan cerita Neelofa dan Suri Hati Mr Pilot.. kita kembali semula kepada matlamat asal tajuk artikel ini.

Pilot yang cekap kendali kapal terbang

Semenjak dua menjak ini saya kerap naik kapal terbang untuk urusan bisnes.

Biasanya para penumpang hanya akan semak jadual, berada di lapangan terbang dalam masa yang ditetapkan, beratur dan naik kapal terbang.

Jika ada perubahan waktu, itu jadi tajuk penting untuk dirungutkan. Itu saja.

Tak pernah pula terfikir pasal Pilot dalam kokpit tu. Dan tak sedar bahawa bukan mudah nak duduk dalam kokpit tu sepanjang perjalanan menuju ke destinasi

Nota: Kokpit = corkpit dalam Bahasa Inggeris – ruang tempat Pilot kendalikan kapal terbang

Saya mula tersedar betapa cekapnya Pilot setelah membaca sebuah buku yang menceritakan pasal pemanduan sebuah kapal terbang.

Arah jalan kapal terbang sentiasa lari

Tahukah anda bahawa sesebuah kapal terbang itu senantiasa tersasar daripada perjalanan yang telah ditetapkan.

95% daripada masa, kapal terbang tidak ikut arah yang sepatutnya.. Hanya 5% sahaja dia bergerak mengikut arah yang ditetapkan dari awal perjalanan.

Bayangkan kalau orang yang tak ada pengalaman dibiarkan kendali kapal terbang.

Tentu dia ingat mudah saja. Semuanya dilakukan secara elektronik. Set saja destinasi, naik ke atas dan relaks dengar musik Bossa Nova dan Jazz lalu pejam mata.

Hakikat sebenarnya tdaklah semudah itu.

Setiap kali arah kapal terang lari, komputer akan beritahu arahnya telah lari dalam 5 darjah. Katakan nak ke Langkawi menuju ke Utara dari KLIA. Dengan hanya 5 darjah perubahan arah, kapal terbang itu akan tersasar jauh dan sampai tempat lain jika dibiarkan tanpa pembetulan.

Dengan sistem komputer juga, pelarasan akan dibuat untuk betulkan arahnya.

Bila buat pelarasan, disebabkan tiupan dan arah angin dan faktor luaran lain, mungkin terlajak sedikit pula dalam beberapa darjah.

Dah nak kena buat pelarasan lagi, dan terserong pulak sikit dan betulkan lagi.

Macam itulah keadaannya sehingga sampai ke destinasi.

Pilot yang cekap sentiasa analisa kedudukan

Mungkin anda ingat mudah sebab semuanya gunakan sistem komputer yang canggih.

Tapi tak semudah itu.

Untuk membuat pembetulan, anda perlu pertimbangkan semua keadaan dan kedudukan kapal terbang itu berdasarkan destinasi tempat yang nak dituju.

Selain daripada keupayaan yang ada pada komputer, pertimbangan lain juga amat penting. Seperti keadaan cuaca, kilat sabung menyabung, keadaan keselamatan lalulintas udara, laluan sekumpulan burung atau lain-lain lagi.

Kesemuanya perlukan pertimbangan yang tepat dan pantas untuk meneruskan langkah yang sepatutnya.

Keputusan yang terbaik perlu dilakukan dalam semua keadaan.

Kadang-kadang, atas faktor keselamatan yang jauh lebih penting, destinasi terpaksa dilupakan dan arah perlu ditukar.

Ada masanya mungkin terdampar di tempat yang entah di mana.

Pilot yang cekap dalam kehidupan

Setelah tahu kesemua itu, tentu anda sedar sekarang kenapa dalam kehidupan ini perlu bertindak seperti seorang pilot yang cekap.

Semua orang ada destinasi yang nak ditujunya.

Begitu juga seorang usahawan. Ada destinasi yang dia nak pergi dan nak segera sampai.

Untuk pergi ke destinasi, perlu tentukan jalan yang nak diambil.

Bila dah set jalannya, mulakan perjalanan.

Dan bermulalah satu kerja yang amat mencabar untuk pastikan perjalanan yang diambil membawa ke destinasi yang nak dituju.

Kalau dengan kapal terang ada berbagai sistem komputer, dalam perjalanan hidup anda atau dalam perjalanan perniagaan, tak ada sistem komputer nak bagi tahu kedudukan semasa.

Kesemuanya anda kena buat sendiri secara manual.

Perlu perhatikan samada arah telah lari 10 darjah dan perlukan pembetulan.

Bila nak betulkan terlajak pula senget lebih ke kanan dan perlukan pembetulan lagi.

Perlu buat pertimbangan lagi kedudukan dan keadaan semasa luar dan dalaman.

Betulkan lagi…

Dan begitulah seterusnya sehingga sampai ke destinasi.

Jika anda rasa perjalanan terlalu susah dan tak nampak macam mana boleh sampai ke destinasi, maknanya anda macam orang biasa, yang nak cuba ganti pilot cekap kendalikan kapal terbang. Tak dapat baca lencongan arah, tak dapat kenal pasti kedudukan dan keadaan semasa dan tak tahu perlunya buat pembetulan.

Untuk pastikan anda samai ke destinasi yang telah ditetapkan, perlu sentiasa peka arah pergerakan. Perlu sedar samada sedang duduk dilandasan atau sudah tergelincir lari.

Untuk itu, perlu ada kemahiran, perlu belajar dapatkan maklumat.

Perlu dapat bimbingan dari orang yang berpengalaman dan sebagainya.

Jika anda rasa letih, memang patutpun.

Bukan mudah nak sampai ke destinasi kalau tak cekap.

Boleh anda bayangkan sekarang perjalanan anda dan apa yang perlu dilakukan ?

Perlu ada dua perkara penting

  1. Tentukan destinasi dan jalan yang nak diambil
  2. Perlu sentiasa buat analisa kedudukan dan buat pembetulan supaya sampai ke destinasi

Yang ke-2 itu kerja paling penat dan perlukan kesabaran serta ilmu.

Ramai yang hanya seronok dengan destinasi saja. Pandang depan dan langgar terus jalan.

Mereka tak terfikirkan bab yang ke-2 tu.

Sebab itu masih tak sampai-sampai lagi sebab lari 5 darjah sejak awal tak dibetulkan.

Malah mungkin tak tahupun arah jalan sedang lari, membawa ke destinasi yang tak diketahui.

Moga ada manfaatnya pada yang membaca.

Total
37
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

13 comments

  1. Metafora yang menarik.

    Walaupun kita dah tetapkan destinasi, mungkin kita akan tersasar dari destinasi asal setiap kali mencuba. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa, sedar dengan destinasi asal dan fokus setiap kali kita tersasar dari tujuan asal.

    Kerana kita yang mengemudi kenderaan untuk mencapai destinasi yang kita inginkan
    Dedaun Comel recently posted…Peluang Kedua Untuk H12-Media ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge