amat mengkagumkanJika anda seorang yang suka mengembara, anda tentu akan dapat melihat banyak perkara yang mengkagumkan di segenap pelusuk alam ini.

Kejadian alam sebenarnya merupakan satu perkara yang maha hebat yang tidak patut kita abaikan. Pergilah berjalan, pergilah mengembara dan saksikanlah kehebatan penciptaan alam maya ini.

Antara perkara hebat yang ramai manusia suka saksikan adalah saat-saat indah ketika terbenamnya matahari atau ketika matahari muncul selepas subuh di pagi hari.

Perkara yang mengkagumkan di atas kapal

Saya pernah berlayar atas sebuah kapal selama 7 hari dari Pelabuhan Klang, menuju ke Melaka, sambung ke Johor dan seterusnya pusing Pahang sehinggalah berakhir ke Terengganu.

Selama 7 hari berada di atas kapal itu saban hari saya dapat saksikan fenomena matahari naik dan matahari terbenam dari atas kapal.

Setiap kali menyaksikan saat yang itu, lidah saya kelu tak dapat berkata-kata. Sungguh indah apabila melihat pertukaran langit dari satu warna ke satu warna.

Hati terasa bening, jiwa terasa sunyi, diri terasa teramat kerdil melihatkan kesemua kejadian yang cukup indah dan hebat serta mengkagumkan tersebut.

Anda tentu tak percaya jika saya katakan boleh duduk berjam-jam atas dek kapal melihat keindahan itu sampai habis. Lidah hanya mampu mengucapkan “Subhanallah !”… itu cukup memberikan kepuasan.

Kesan lihat perkara yang mengkagumkan

Apakah kebaikan yang boleh kita dapat hasil daripada sering melihat perkara yang mengkagumkan?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di University of California, mereka yang diberikan masa untuk menyaksikan sepohon pokok yang besar yang mengkagumkan bersikap suka membantu berbanding mereka yang lain.

Satu kumpulan lagi diberikan masa untuk menyaksikan sebuah bangunan yang tinggi yang biasa sahaja tanpa ada apa-apa kehebatan pada bangunan tersebut.

Dan ternyata mereka yang menyaksikan pohon besar hebat lebih bersikap membantu. Kumpulan ini akan tolong ambilkan pen yang jatuh 10% melebihi kumpulan yang hanya melihat bangunan tinggi tersebut di atas.

Rumusannya adalah dengan mendedahkan diri kita menyaksikan perkara yang mengkagumkan, kita akan lebih cenderung menolong orang lain dan kurang bersikap pentingkan diri sendiri.

Cari perkara yang mengkagumkan dengan lebih kerap

Satu perkara yang saya perhatikan ketika tinggal di Perancis satu masa dahulu adalah sikap keperihatinan mereka terhadap orang lain.

Sebelum pergi dan tinggal di Perancis, tak pernah saya terlintas nak buat macam mana mereka buat. Salah satu perkara yang amat ketara adalah ketika masuk atau keluar dari kedai atau bangunan.

Setiap kali saya ada di belakang nak masuk ke dalam satu primis yang sama seperti kedai contohnya, orang yang masuk terlebih dahulu ke dalam kedai tersebut akan menunggu sambil memegang pintu agar saya dapat masuk dengan mudah.

Bila dia dah pasti saya masuk dan pegangkan daun pintu itu sendiri, barulah dia akan tinggal meneruskan  urusannya.

Itu satu sikap yang hebat tak pernah saya buat sebelum ke Perancis. Tapi kini saya sering amalkan perkara yang sama di mana saja saya berada.

Kebanyakan daripada orang kita baik Cina, India atau Melayu, tak pernah sudi ucapkan terima kasih setiap kali saya tunggu bantu mereka pegang daun pintu. Mereka masuk dengan sombong macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi biarlah mereka dengan sikap mereka. Yang pentingnya kita tak harapkan apa-apa balasan dengan bantuan tersebut. Kita hanya perlu kejar keredhoan Tuhan dan bukannya balasan dari manusia.

Satu lagi perkara yang saya perhatikan terhadap orang Perancis dan juga orang Eropah adalah sikap mereka yang amat cintakan kesenian.

Mereka suka pergi menonton Teater, mereka suka masuk balai seni melihat hasil seni yang mengkagumkan dan mereka amat suka pada hampir kesemua perkara yang mengkagumkan.

Rupa-rupanya minat kepada perkara yang mengkagumkan dengan sikap suka membantu dan tidak pentingkan diri sendiri ada punyai kaitan.

Patutlah orang yang tidak suka pada seni, tidak suka melihat dan menjaga keindahan alam, biasanya punyai hati yang amat keras dan degil serta pentingkan diri sendiri.

Anda bagaimana?

Suka tak lihat perkara yang mengkagumkan?

Lepas ini jangan hanya tunggu terserempak baru nak tengok perkara yang mengkagumkan. Perglah cari sendiri.

Berusahalah untuk melihat sebanyak mungkin perkara yang mengkagumkan. Insyaallah anda akan lebih menjadi manusia berguna pada orang lain.

Bukankah itu adalah ciri-ciri manusia yang paling baik?

Total
41
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Sekarang saya suka melihat wallpaper gambar berjuta bintang di langit. Terbayangkan bagaimana kerdilnya manusia berbanding alam ciptaan Allah Taala. Subhanallah. Terima kasih atas artikel yang menarik.

  2. dulu-dulu setiap kali bangun tidur saya suka tengok langit..jadi tabiat untuk lihat sama ada hujan,panas atau ribut dan kagum dengan pertukaran gelap ke terang..sekarang dah tak buat..lagi…cuma bangun tidur tengok jam kat HP sahaja..
    mrhanafi recently posted…Cara Untuk Dapat Duit TambahanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge