Kenapa anda takut berhenti kerja dan berniagaKenapa agaknya ramai yang takut berhenti kerja untuk berniaga sedangkan hampir semua orang kalau diberi pilihan ingin untuk punyai perniagaan sendiri?

Tentu anda sendiri pernah tertanya soalan ini jika pernah terlintas nak berhenti kerja dan berniaga. Ketika makan gaji, saya juga rasa takut yang teramat untuk menulis surat letak jawatan , berhenti kerja dan berniaga …. kenapa?

Apakah perasaan takut untuk berhenti kerja ini satu perkara biasa?

Jika dilihat pada apa yang berlaku, nampaknya takut berhenti kerja dan berniaga adalah perkara biasa, sebab itu terlalu sedikit yang sanggup menghadapinya dan berhenti kerja untuk berniaga.

Menambah takut berhenti kerja

Jika ada kawan yang nak berhenti kerja dan berniaga, kebanyakan orang akan berikan berbagai nasihat. Kebiasaannya, nasihat yang diterima cenderung ke arah negatif yang menambahkan rasa takut berhenti kerja.

” Fikirkan anak isteri sama, jangan hanya pentingkan diri sendiri saja sebelum buat keputusan…!”

” Kalau tak ada simpanan cukup setahun belanja , jangan cuba-cuba nak berhenti kerja dan berniaga…!”

” Kalau perniagaan gagal, macam mana…?”

” Jangan berani membabi buta…fikirkan risiko terlebih dulu!”

” Tengok si anu tu, apa dah jadi selepas berhenti kerja? kononnya nak berniaga, sekarang sengsara!”

Begitulah antara nasihat yang biasanya akan diterima jika niat berhenti kerja disuarakan pada kawan, atau saudara mara. Semuanya amat prihatin pada diri anda. Mereka tak mahu melihat anda merana merempat dan tidur di bawah jambatan.

Atau lebih tepat lagi adalah mereka tidak mahu anda datang menyusahkan diri mereka jika perniagaan tidak berjaya nanti.

Punca takut berhenti kerja

Walau apapun yang dikatakan pada kita, yang pastinya kebanyakan orang lebih suka memilih andaian tidak berjaya, daripada melihat andaian berjaya.

Sebab itulah hampir semua orang akan rasa takut untuk berhenti kerja dan berniaga. Akhirnya impian tinggal impian dan terpendam begitu saja.

Anda akan pujuk diri untuk mula berniaga bila dah pencen nanti, kononnya!. Begitulah berakhir pada kebanyakan orang. Mereka kerja makan gaji sampai pencen dan selepas pencen masih kekal tidak berniaga.

Tak salah!, jika anda nak teruskan bekerja makan gaji sampai pencen dan pendamkan terus hasrat berniaga itu, ia merupakan salah satu pilihan yang dituruti oleh ramai orang. Malah majoriti orang ramai di negara kita ini adalah merupakan pekerja makan gaji dan bukannya peniaga.

Apa yang jadi salah adalah bila anda nak cuba dapatkan kedua-duanya sekali serentak. Nak kerja makan gaji takut berhenti kerja dan dalam masa yang sama nak berniaga sebab nak kaya. Akhirnya yang di kejar tak dapat yang dikendung berciciran.

Dalam bab berhenti kerja dan berniaga ini, apa yang berlaku dalam kepala kita sebaik saja terlintasnya fikiran untuk berhenti kerja, adalah dua perkara berikut:

  1. Tercetusnya keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menjadi usahawan – Ini hanyalah satu impian yang masih belum jelas kelihatan.
  2. Tercetusnya rasa takut kehilangan sumber pendapatan tetap yang telah dikecapi dengan selesa selama ini – Ini adalah kehilangan sesuatu yang selama ini juga amat jelas biasa dikecapi.

Para pakar yang membuat kajian tentang cara manusia berfikir mendapati, manusia lebih takut kehilangan sesuatu yang dimilikinya berbanding tidak mendapat apa yang diingininya.

Jika anda tak dapat bonus tahun ini, anda mungkin rasa sedikit kecewa namun masih boleh diterima. Tapi jika gaji anda dipotong 30% pada hujung tahun, anda akan alami kemarahan dan kekecewaan yang jauh lebih besar dari tak dapat bonus.

Saya tak kisah jika tak dapat pen baru, tetapi saya akan rasa tak senang duduk jika salah satu dari pen yang saya guna hilang diambil orang. Perbezaannya amat ketara sekali dan kesannya berlaku dalam semua keadaan.

Oleh sebab itu, tidak hairan jika anda jauh lebih takut kehilangan pendapatan tetap berbanding takut tidak mendapat kejayaan dengan berniaga. Ringkas saja sebabnya. Itulah penyebab utama anda tak akan berani berhenti kerja dan berniaga sampai bila-bila selagi ada sesuatu yang akan anda hilang dengan berbuat begitu.

Hilangkan rasa takut berhenti kerja

Jika anda dah tahu kenapa anda rasa takut untuk berhenti kerja berdasarkan rasa takut kehilangan yang jauh lebih besar berbanding kemungkinan mendapat kejayaan yang akan datang kemudian, maka pastikan keadaan itu diterbalikkan.

Jika anda benar-benar mahu berniaga, mulakan sejak anda tak ada apa-apa yang nak dihilangkan. Jangan tunggu lama-lama sehingga pendapatan bertambah dan bertambah hasil dari makan gaji.

Mula awal ketika anda tak ada apa-apa adalah jauh lebih mudah. Semakin lama anda tangguh, maka semakin besar kemungkinan anda tak akan berhenti kerja.

Jika anda dah berumah tangga, pastikan salah seorang mampu menyara kehidupan dengan gaji yang diperolehi dan hanya seorang saja yang berhenti kerja dan berniaga. Ini dapat menghilangkan rasa takut kehilangan pendapatan.

Pokoknya persediaan mesti dilakukan terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa takut akan kehilangan sesuatu yang biasanya tak dapat kita kawal. Kurangkan kos sara hidup dan tambahkan simpanan sebagai persediaan untuk menjalankan perniagaan.

Untuk lebih yakin lagi dan hilangkan rasa takut berhenti kerja, cari rakan kongsi yang dapat membiayai kos perniagaan termasuk gaji anda dalam tempoh perniagaan baru nak bermula hingga ke tahap mampu berdikari.

Hilangkan juga rasa takut dengan tingkatkan keyakinan pada kejayaan perniagaan yang anda mahu jalankan. Ini boleh dilakukan dengan menambah ilmu dan kefahaman dalam bidang perniagaan.

Jangan rasa anda dah pandai dan tahu semua kerana apa yang anda tidak tahu jauh lebih banyak. Selagi anda tidak pernah berniaga sepenuh masa, selagi itulah anda tak akan faham apa itu perniagaan. Anda mungkin rasa faham, tapi percayalah..sebenarnya tidak.

Jika anda nak belajar ilmu perniagaan asas, belajar memahami apa itu erti perniagaan dan belajar menilai potensi perniagaan anda serta belajar bagaimana meningkatkan potensi pejayaan perniagaan anda…sertai bengkel menilai potensi perniagaan anda pada hari Sabtu ini, 26hb April 2014. Daftar segera di sini.

Total
126
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. yam 3 ahun lagi saya akan berhenti kerja untuk membesarkan lagi perniagaan. kenapa tidak sekarang saja? sebab saya sedang sambung pelajaran, ditaja penuh oleh kerajaan. kenapa tidak sekarang saja? sebab suami saya sudah berhenti kerja 7 tahun lalu setelah kami berbeincang bersama. kenapa tidak dari dulu lagi berhenti? sebab saya tidak mahu duit pencen awal saya habis begitu saja untuk memulakan perniagaan. 7 tahun bergelumang dalam perniagaan pasti menempuh kegagalan yang bukan sedikit. bergolok gadai dengan duit gaji. dengan segala kudrat yang ada.alhamdulillah perniagaan mula stabil dan saya tak sabar untuk berniaga sepenuh masa bersama suami dan pekerja-pekerja yang sangat komited.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge