Kenapa baca surat khabar membuang masa

By | 27/11/2014

budaya akhbar1Ramai orang yang menjadikan amalan membaca surat khabar sebagai amalan rutin mereka yang hampir tidak boleh ditinggalkan.

Mungkin ianya adalah lanjutan daripada amalan orang tua kita dahulu yang menjadikan surat khabar sebagai satu alat penting menghubungkan diri mereka dengan dunia sekeliling.

Sekarang pesaing kepada surat khabar sudah terlalu banyak. Ada radio, ada TV, ada internet, ada media sosial, ada telefon pintar dan lain-lain lagi.

Kebanyakan daripada semua alat komunikasi yang saya senaraikan tadi berkongsi memberikan satu perkara yang sama pada kita semua. Perkara yang mereka semua berikan adalah…

“Berita”

Perlu baca surat khabar

Saya ada terbaca pendapat seorang penulis terkenal dari barat menyatakan bahawa dunia menjadi begitu caca merba dan manusia hilang arah dan banyak membuang masa pada perkara yang tidak perlu sejak perkataan ” News” atau berita menjadi satu keperluan.

Ada seorang pembaca memberikan komen tidak bersetuju pada tulisan saya sebelum ini berkenaan anjuran untuk tinggalkan amalan baca surat khabar, nonton TV dan mengadap FB.

Bukan dia seorang yang tak setuju dengan saranan saya, malah ramai juga kawan saya yang tak bersetuju. Ada sekali saya bertanya pada kawan yang tak setuju dengan sikap saya yang tak suka jadikan bahan berita sebagai bahan bacaan,

“Apa perkara penting yang merubah kehidupan anda yang dibuat hasil daripada maklumat berita…?” ertinya hasil daripada samada membaca akhbar, mendengar radio atau menonton TV.

Kawan saya itu menjawab terlalu banyak. Dia mahu mengatakan pada saya bahawa maklumat berita dari TV, Radio dan akhbar banyak membantunya membuat keputusan.

Saya hanya mendiamkan diri pada jawapan itu. Hanya dalam hati saya berkata, patutlah kebanyakan daripada keputusan yang diambilnya salah!.

Maklumat dari berita biasanya terlalu berat sebelah

Semua berita yang ditulis oleh para wartawan dari mana-mana akhbar mempunyai satu kecenderungan yang sama iaitu sensasi. Mereka akan menafsirkan apa saja perkara ke arah mensensasikan berita itu agar lebih ramai orang baca.

Tiada orang yang mahu menulis berita yang tak ada orang mahu baca. Itu belum dibahaskan lagi tentang pengaruh fahaman politik, agama dan juga kebangsaan.

Bila semuanya dicampur adukkan. Kecenderungan untuk semua berita samada daripada mana-mana pihak adalah berat sebelah. Walau sehebat manapun janji mereka untuk bersikap terbuka dan hanya menyatakan yang benar belaka, berat sebelah tetap berlaku.

Mahu ilmu tak perlu baca surat khabar

Ringkasnya di sini, kalau anda mahu menambahkan ilmu, bacalah buku. Bukannya baca surat khabar. Jika anda mahu tahun apa-apa kejadian, biarlah ianya ada kaitan dengan kehidupan dan minat. Itu boleh didapati dengan mudah hanya melalui aktiviti berkawan.

Jadi tak ada keperluan untuk baca surat khabar sebenarnya. Malah ada banyak iklan dalam surat khabar. Ada berhelai-helai ucapan Tahniah pada orang-orang besar di helain surat khabar yang langsung tak apa-apa faedah untuk pembelinya.

Terlalu banyak didedahkan dengan berita membuatkan otak kita membayangkan dunia dengan cara yang langsung tidak betul. Kejadian rompakan yang berlaku di Puchong Utama misalnya digambarkan seolah seluruh Malaysia sudah tidak selamat.

Kejadian penculikan seorang pelancong di Lahad Datu membuatkan hampir semua perniagaan di sana merosot teruk. Sedangkan ada sejuta lagi orang lain yang melancung ke situ tak diculik.

Jadi saya rasa tak perlu baca surat khabar. Tak perlu tengok atau dengar atau baca berita. Hidup anda tak akan tempang dengan meninggalkan semua itu. Malah jiwa lebih tenang, minda lebih cerah dan bijak membuat keputusan.

Buang amalan baca surat khabar dan gantikan dengan amalan membina jaringan dan baca buku atau bersenam. Ianya adalah jauh lebih mendatangkan manfaat pada anda. Wallhu’alam !

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

5 thoughts on “Kenapa baca surat khabar membuang masa

  1. suri

    kurang minat kalau baca mana yang perlu sahaja.lagi layan baca akan buat jiwa kacau dengan masalah perihal dunia, politik.rasa cukup ambil tahu sedikit sahaja.

    buku gemar suka laburkan duit beli buku sebab berbaloi bila-bila boleh baca dan perturunkan jika bandingkan dengan akhbar ia hanya sensasi sementara tak hanya dapat perhatian kemudian habis baca jadi bahan buagan kala bernasib baik kita bleh jual atau kitar semula.
    suri recently posted…Kelas Jahit Baju Kurung Tradisional /Moden, Abaya Moden /Jubah Menyusu? Tak Ada Masalah PunyaMy Profile

    Reply
  2. Kakiblog

    sejak saya jadi blogger dah tiada masa untuk baca suratkhabar..

    dalam suratkhabar ada bahagian yang saya suka baca..artikel pilihan dan catatan dari editor..bahasa mereka sangat bagus serta ilmu yang padat
    Kakiblog recently posted…Blog Bini KeduaMy Profile

    Reply
  3. nazr

    Sy setuju….sy sokong dan sy sgt2 bersetuju. Berita kebanyakan lebih sensasi dari fakta. Kalau ada tragedi kematian contohnya, mesti ada wartawan tanya apa tanda2 pelik si mati sebelum kejadian. Bukan sensasi lagi. Khurafat teruih. Setakat nak tahu apa jd sekeliling kelalang, tgk ja kat smart phone. Fb lagi laju dari berita. Kalau nak kaji pasaran saham, bisnes dan prospek atau pendidikan….sy suka kaji dari buku, jurnal dan internet. Buat tafsiran sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge