Kenapa berkongsi pengalaman?

By | 07/12/2012
Kenapa berkongsi pengalaman?

Saya ada ditanya kenapa bersusah payah menulis berkongsi pengalaman dan mengumpulkan para usahawan dalam Kelab Hidup Ringkas?

Jawapan kenapa berkongsi pengalaman

Berikut antara sebab saya berkongsi pengalaman di dalam blog hidup ringkas ini:

  • Mahu tanam sikap mengasihi makhluk di muka bumi. Terutamanya makhluk yang bernama manusia. Ini memandangkan adanya hadith yang menyatakan jika kita mengasihi makhluk di muka bumi ini, maka para makhluk di langit iaitu para Malaikat akan mengasihi diri kita.
  • Membantu mereka yang dikasihi agar berjaya. Semua pembaca yang menjadi sasaran saya terutamanya dan mereka yang lain yang saya berharap menjadi pembaca blog ini pada masa akan datang amnya ingin saya luahkan rasa prihatin saya.
    • Pertamanya saya kasihi semua yang telah berjaya kerana mereka berjaya menjadi manusia yang berguna.
    • Kedua, jika ada yang masih belum rasa diri mereka berjaya, menjadi tugas saya untuk membantu agar turut sama berjaya.
  • Tanam sikap prihatin pada makhluk selain manusia. Ini terutamanya pada alam sekitar yang Tuhan jadikan sebagai hamparan untuk kita para manusia untuk digunakan secara berhemah untuk kegunaan kehidupan kita. Amalan kehidupan ringkas mampu menjayakan hasrat ini.
  • Mahu dikasihi oleh penduduk langit. Saya yakin jika kita tanam perasaan cinta pada sesama manusia maka akan menjadi manusia yang baik yang banyak mendatangkan manfaat pada manusia lain di muka bumi ini. Ini membuatkan diri kita dikasihi oleh para malaikat dan seterusnya mendapat rahmat dari Allah Taala.
  • Membentuk tabiat baru. Kajian telah banyak membuktikan bahawa sesiapa yang berusaha membentuk satu disiplin dalam apa saja perkara baru dan memberikan komitmennya pada usaha tersebut, bakal membuatkan tabiat positif baru lain terbentuk dengan sendirinya. Saya memilih penulisan blog dan perkongsian idea dan juga pengalaman. Saya buat komitmen sekurang-kurangnya 5 artikel seminggu untuk tatapan pembaca.
  • Sebagai salah satu sumbangan saya pada masyarakat. Terutamanya pada masyarakat Melayu di Malaysia. Menjadi harapan saya agar segala tulisan dan idea serta perkongsian pengalaman dapat digunakan oleh manusia lain. Moga-moga ia menjadi satu amalan kebajikan saya diakhirat nanti.
  • Mahu berjaya dalam bidang keusahawanan saya. Menghubungkan diri dengan para usahawan lain dan juga mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya mampu menyuntik semangat ke dalam diri saya sendiri. Ini membuatkan saya mampu mempertahankan stamina dalam menghadapi dunia keusahawanan dan kehidupan yang mencabar ini.
  • Jangan tunggu sempurna untuk membuat sesuatu kebaikan. Ramai orang yang tidak bergerak melakukan sesuatu dengan alasan masih berada ditahap biasa. Jika semua orang menunggu sempurna untuk menyumbang, alamat tidak ada yang akan melakukannya. Maka saya yang jauh tercorot berbanding manusia lain di negara kita ini melangkah ke depan memberanikan diri mengajak anda semua untuk berjaya.
Begitulah lebih kurang beberapa alasan kenapa saya bersusah payah menulis dan berkongsi pengalaman serta idea dengan para pembaca. Saya juga berusaha mengumpulkan seramai mungkin usahawan kecil dan sederhana dalam Kelab Hidup Ringkas.
Saya cuba sediakan satu landasan agar kita yang kecil dan kerdil ini dapat bersama-sama menyumbang menjadi masyarakat yang berdikari dan membantu antara satu dengan lain agar sama-sama berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi.
Saya menyeru usahawan lain yang jauh lebih berjaya agar sama-sama tampil menyertai Kelab Hidup Ringkas untuk mencurahkan bakti pada masyarakat usahawan kecil dan sederhana ini tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi.
Tidakkah anda mengasihi saudara seagama atau senegara atau sebangsa anda. Tidakkah anda mahu melihat kita semua berjaya?….jom sertai Kelab Usahawan hidup ringkas! Masukkan email anda di sini untuk meramaikan lagi kumpulan kita! Insyaallah satau hari kita semua akan bertemu dan saling berkongsi pengalaman hidup dan keusahawanan.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Kenapa berkongsi pengalaman?

  1. azlina

    Alhamdulillah saya ditemukan dengan blog HidupRingkas dan saya juga telah mendaftar menjadi ahli Kelab HidupRingkas.Semoga perjalanan hidup yang semakin pendek akan menjadi bertambah ringkas sebagai bekalan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge