Kenapa bosan dengan kerja?

By | 28/01/2013

Ramai yang tak gembira
Separuh daripada pekerja yang makan gaji tidak gembira terhadap kerja yang mereka lakukan. Banyak juga yang berhasrat untuk berhenti kerja dan menjadi usahawan disebabkan masalah tak suka dengan apa yang mereka lakukan.

Beza dengan dulu
Apakah orang tua dulu-dulu yang kerja kampung mengalami masalah yang sama?. Orang kampung dulu-dulu hidup berdikari dan lebih banyak menyediakan sendiri segala keperluan mereka. Dari makanan sehinggalah persediaan dapur untuk memasak disediakn sendiri.

Masa kecik-kecik dulu di kampung mak sediakn segala makanan. kuih muih sendiri. Nak makan apa saja kuih terpaksa buat sendiri dan biasanya buat banyak sedikit untuk dihadiahkan pada jiran. Kalau bernasib baik jiran akan balas dengan hidangan lain maka bertambahlah pilihan yang ada untuk dimakan.

Di kampung, apa saja kerja yang orang tua lakukan mereka kelihatan begitu asyik menghayati kerja mereka. Kerja-kerja terutamanya yang berseni akan dilakukan dengan penuh teliti. Terpancar rasa bahagia di wajah mereka.

Ibu buat kerja dapur, buat kuih muih, buak lauk dan segalanya dengan penuh teliti. Boleh lihat riak kepuasan pada wajah ibu bila melihat anak-anak serta sanak saudara menjamah hidangan yang dihasilkannya.

Kesimpulannya, tak pernah terdengar rungutan daripada orang tua atau kaum ibu yang duduk dikampung dan menyara kehidupan mereka dengan kerja-kerja kampung. Mereka tak pernah terlintas untuk tidak gembira dengan kerja mereka.

Istilah tak suka dan bosan dengan kerja hanya bermula sejak industri perkilangan menjadi rancak di negara kita. Istilah bosan dan tak suka dengan kerja juga semakin terdengar apabila kita mula mengejar apa yang dinamakan sebagai produktiviti.

Idea Adam Smith
Untuk meningkatkan penghasilan pembuatan, kita banyak mengambil idea Adam Smith yang menulis tentang kecekapan pada tahun 1776 dalam The Wealth of Nations.

Adam Smith menyarankan pecahan dan pembahagian kerja kepada beberapa proses yang kecil untuk menghasilkan sesuatu produk. Sebagai contoh dia memberikan proses kerja membuat pin yang dipecahkan dari peringkat memotong, membengkok, menajamkan, dan seterusnya satu demi satu sehingalah siap sebutir pin.

Hasil daripada pecahan kerja tersebut membuatkan jumlah pengeluaran sesuatu produk meningkat dengan begitu tinggi berbanding jika seorang buruh melakukan keseluruhan proses sendirian untuk menyiapkan sesuatu barang.

Idea Karl Marx
Berkenaan pecahan dan pengasingan kerja pula, Karl Marx tidak suka dengan idea pemecahan dan proses pengasingan kerja tersebut. Dia mengatakan manusia telah dirampas daripada mengenali identiti dan menghayati makna sumbangan kerjanya akibat proses itu.

Sebagai contoh dalam pembuatan pin di atas, apa maknanya bagi seorang pekerja yang kerjanya hanya sekadar membengkokkan sejengkal dawai saban hari. Bayangkan jika anda setiap hari selama 8 jam melakukan kerja membengkokkan dawai!, muka anda akan bertukar menjadi zombie setelah beberapa bulan…

Karl Marx mengatakan manusia mula dipisahkan daripada matlamat kerjanya. Dia dipisahkan daripada mengetahui keseluruhan proses kerjanya, kenapa dia melakukan kerjanya dan apakah hasil daripada usahanya.

Hasilnya adalah akan lahirnya manusia yang tidak gembira dan terasa kosong jiwa mereka dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermakna.

Sebahagian besar kehidupan kita tidak dapat lari dari melakukan kerja. Apabila kerja yang dilakukan dalam hidup tidak ada makna, sudah tentu kehidupan juga berjangkit menjadi tidak bermakna. Hidup mula menjadi satu tekanan dan mengakibatkan masalah timbul dalam kesemua jurusan kehidupan.

Mana satu pilihan anda
Jika anda diberi dua pilihan untuk mencari makan sebagaimana berikut di bawah, mana satukah pilihan anda?

  1. Tak perlu lakukan apa-apa. Semua keperluan makanan dan lain-lain untuk hidup anda disediakan dengan banyak dan anda hanya perlu duduk saja di rumah tak kemana-mana.
  2. Anda perlu melakukan sedikit pekerjaan atau sumbangan sebelum diberikan segala keperluan yang anda perlukan bagi menjalani kehidupan seperrti makan dan pain-lain.
Secara logiknya tentu anda akan memilih pilihan yang pertama. Seorang yang bijak dan rasional dalam mendapatkan keperluan hidupnya tentu bersangka begitu.
Tetapi kajian menunjukkan sebaliknya. Sebagai manusia, kita akan lebih cenderung untuk memilih pilihan kedua. Ini kerana secara semula jadinya, manusia diwujudkan satu keperluan pada mencari dan menghayati makna hidup dengan berbuat sesuatu.
Kesungguhan melakukan sesuatu perkara dari mula hingga akhir dan melihat hasilnya siap untuk digunakan oleh diri sendiri dan juga orang lain melahirkan satu kepuasan yang dapat memberikan makna kepada hidup manusia.
Sebab itu jika kerja yang anda lakukan telah dibakul sampahkan saja oleh boss anda tanpa melihatnya amat mengecewakan. Sedangkan secara logiknya, apa nak perduli jika setiap bulan anda akan dibayar gaji? lantaklah jika boss tangsung tak perduli bagaimana hasil kerja anda.
The Upside of Irrationality
Idea kesemua di atas timbul hasil dari membaca buku The Upside of Irrationality. Kajian daripada buku tersebut membuktikan bahawa manusia akan meninggalkan kerjanya jika ia tidak membawa apa-apa makna walaupun sejumlah wang yang lumayan diberikan untuk itu.
Setelah terbaca buku tersebut maka barulah saya perasan kenapa selama ini ramai yang terasa kehipangan sesuatu dalam mencari makan. Kita hilang makna kerana kerja kita hanyalah sebahagian kecil daripada kerja utama dalam menghasilkan sesuatu.
Dan ianya semakin parah apabila majikan tidak ambil peduli untuk memberitahu kita apakah matlamat kerja yang kita lakukan dan bagaimanakah kerja tersebut membantu kehidupan serta memberi makna kepada orang lain.
Oleh itu pastikan anda berikan perhatian pada orang bawahan, pada isteri, pada anak-anak, pada sanak saudara, pada kawan-kawan dan lain-lain dengan menghargai segala kerja mereka. Dengan melakukan itu, anda sebenarnya membantu mereka menemui makna melakukan kerja dan makna kehidupan.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

8 thoughts on “Kenapa bosan dengan kerja?

  1. Yuz

    Kerja aku amat teramat amat membosankan. kerja aku senang. sekadar standby!
    tunggu mesin kilang rosak, kadang mesin rosak pun aku tak perlu buat apa2 cukup sekadar tengok & dengar. so banyak masa dihabiskan sekadar standby…aku penuhi masa tu dgn main internet, tidur, makan & … jamban. meeting pun x perlu masuk. waktu bekerja 5 hari, 8:00am – 5:00pm. ni pun dah 2, 3 bulan sekadar standby. gaji RM3K. dh bertahun aku mcm ni … staff lain pun pandang serong sebab aku terover rileknya xpi kerja aku, staff lain memang x boleh buat. nk berhenti? entah lah.. bersyukur je la apa yg ada ni. ramai lagi yg tiada kerja di luar sana.

    ok la. cukup sekadar mengomel kebosanan.

    Reply
  2. alisa sofia

    sy suka baca hasil tulisan dlm blog ni.inspires me a lot! tahniah buat pemilik blog! keep it up!! ^_^

    Reply
  3. CK TAN

    ini ada satu case kerja, saya diam dan boss diam sepanjang hari. bosan gila. tunggu time belah

    Reply
  4. Anonymous

    Tak penah dengaq pasai buku the upside of the irrationality ni, Ingat nak pi beli lepas habis baca as you think -dzariff

    Reply
  5. Anonymous

    wow, ringkasnya blog ni. saya suka!! izinkan saya menceduk ilmu dari tuan di sini. -ashri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge