aku nak berubahMemang dah jadi sifat kita sebagai manusia suka berkeluh kesah. Semua berpunca daripada kecenderungan kita untuk sentiasa berubah.

Semua orang nak berubah daripada tak baik kepada baik. Kalau dah baik, kita masih tetap nak berubah kepada lebih baik.

Keinginan nak berubah

Ada sifat hebat yang Tuhan berikan pada manusia yang membuatkan kita sentiasa mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Sebab itu tidak pelik ada orang yang boleh tinggal dikawasan sampah busuk. Bila dah tak ada pilihan, sifat menyesuaikan diri bertindak dan akhirnya busuk sudah tidak lagi menjadi satu masalah.

Ada juga orang yang kekal jadi buruh kasar kerja teruk tapi pendapatan kecil.

Orang kerja pejabat, tangan lembut tentu rasa ngeri dengan kerja buruh kasar, tapi buruh kasar kelihatan selamba saja dengan keadaan mereka.

Mereka yang jadi buruh kasar itu juga pada mulanya tak selesa dan mengeluh. Tapi bila tak ada pilihan, sifat sesuaikan diri bertindak membuatkan mereka berjaya menjadi selesa.

Walaupun mereka dah berjaya sesuaikan diri dalam keadaan susah begitu, namun mereka tetap juga ada keinginan nak berubah.

Cuma mungkin tak ada kekuatan untuk pecahkan keselesaan yang dah terbentuk dalam diri saja yang menghalangnya.

Nak berubah sebab bosan

Disamping manfaat yang manusia dapat untuk teruskan kehidupan hasil dari sifat fleksibel sesuaikan diri ini, ada juga masalahnya.

Sifat sesuaikan diri juga mampu membuatkan anda mudah bosan.

Bagi anda yang teringin nak kereta Ferrari, rasa ingin yang membara itu akan padam setelah anda berjaya dapatkan sebuah.

Itu semua berpunca daripada sifat sesuaikan diri yang ada dalam diri anda.

Bila dah dapat, maka bermulalah proses sesuaikan diri. Dan dalam tempoh tak lama anda dah mula tak rasa apa-apa.

Berlaku lagi aktiviti kejar benda lain pulak.

Sebab itu kita tak pernah rasa puas dengan apa yang sudah dikecapi. Dah mula terkial-kial nak berubah.

Kepuasan hasil dari perubahan

Mungkin cara paling baik untuk atasi semua masalah yang timbul setelah berjaya sesuaikan diri adalah dengan menjadikan perubahan yang berlaku pada diri anda secara kecil-kecil tetapi banyak.

Pecahkan impian anda kepada peningkatan kecil berangkai sehingga menjadi semakin lama semakin besar.

Atau, anda juga boleh sentiasa belanjakan duit anda kepada banyak benda kecil yang tentu lebih murah berbanding beli benda besar yang mahal sekali gus.

Itu dapat kekalkan momentum perubahan dan kepuasan dalam hidup anda.

Kenapa sentiasa nak berubah

Daripada semua yang saya cuba nyatakan di atas, nampaknya hanya ada satu sebab sahaja kenapa kita sentiasa nak berubah.

Semua disebabkan sifat mudah sesuaikan diri yang ada dalam penciptaan manusia.

Hebat bukan!

Sifat yang sama membuatkan kita berjaya mengharungi kesukaran dan akhirnya sukar menjadi mudah.

Dan sifat yang sama juga membuatkan kita cari susah walaupun setelah selesa dapatkan apa yang kita mahu.

Nak berubah tapi tak berubah

Kalau dah semua orang nak berubah, kenapa ada yang berjaya berubah dan kenapa ada yang gagal untuk berubah?

Kenapa ada orang yang kekal susah dari dulu sampai sekarang sedangkan dia sudah tentu nak berubah dari susah menjadi senang?

Kenapa ada ramai yang masih miskin sedangkan dia memang nak berubah dari miskin nak jadi kaya?

Kenapa masih ramai yang makan gaji, sedangkan dia memang nak berubah dari jadi orang suruhan  kepada majikannya kepada menjadi majikan untuk perniagaannya sendiri?

Kenapa ramai usahawan yang gagal berubah untuk menjadikan perniagaan jauh lebih berjaya sedangkan dia memang nak berubah?

Terbukti bahawa sekadar ada keinginan nak berubah belum tentu anda boleh berubah.

Desakan untuk berubah

Perubahan sebenarnya hanya akan berlaku bila ada desakan yang cukup untuk mngharungi cabaran untuk berubah.

Kita perlukan desakan yang tinggi sebab untuk berubah, semua orang akan terpaksa menghadapi satu tempoh tidak selesa yang agak panjang sebelum berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Biasanya hanya ada dua jenis desakan saja:

  1. Desakan dalaman – ini desakan yang ada dalam diri sendiri pada setiap orang. Contohnya desakan nak tulis blog sehari satu artikel. Desakan nak berhenti kerja dan berniaga serta nak kaya…dan seumpamanya.
  2. Desakan luaran – ini adalah desakan yang dicetuskan oleh faktor luaran sekeliling kita. Contohnya segala kekangan undang-undang yang mengariskan boleh atau tidak boleh. Menunaikan permintaan kawan, anak atau isteri dan lain-lain seumpamanya.

Dari pada dua jenis desakan di atas, akan muncul 4 jenis orang:

  1. Orang yang degil tak akan berubah samada ada desakan dalaman atau desakan luaran
  2. Orang yang hebat akan berubah tak kisah samada dari desakan dalaman atau desakan luaran
  3. Orang yang hanya berubah atas desakan dalaman. Kalau desakan luaran dia akan menentang dan mempersoalkannya
  4. Orang yang hanya akan berubah atas desakan luaran. Kalau ada desakan dalaman dia akan pujuk diri dan tak kisah. Malah akan cuba lenyapkan desakan dalamannya.

Jika anda manusia normal seperti kebanyakan orang lain, anda tentu tak masuk dalam samada kategori 1 atau kategori 2 di atas.

Orang biasanya akan masuk dalam kategori 3 atau 4 di atas. Samada dia berubah atas desakan dalam sahaja atau dia akan berubah atas desakan luaran sahaja.

Oleh itu cuba kenal pasti anda jenis yang mana satu?

Jika anda nak berubah dah tak suka orang lain desak-desak diri anda, anda tak perukan sebarang bantuan dari luar. Malah kalau ada anda akan tak jadi untuk berubah.

Jika anda jenis yang suka pendamkan hasrat diri, tapi kalau bab nak tolong orang berusaha macam nak rak, maka anda sebenarnya perlukan bantuan luar untuk berubah.

Umumnya, bagi usahawan, orang jenis kategori 4 di atas memerlukan bantuan Coach untuk membuat perubahan pada perkembangan perniagaan anda.

Jika anda jenis begitu, anda amat sesuai untuk dapatkan perkhidmatan HR Biz Coaching. Bengkel pengenalan Fasa 1 akan dibuat pada 13hb Jun 2015 nanti. Boleh baca dan sertainya dengan Klik di sini.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Lagi artikel yang sangat bagus. Boleh kenal diri sendiri dari golongan jenis yang macam mana. Baru tahu ada 4 kategori desakan ke atas manusia. Mohon Tuan supaya terbitkan lagi lebih banyak artikel yang berkaitan untuk mengenal diri sendiri. Terima kasih Tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge