Kenapa masih sangsi tentang rezeki?

By | 16/01/2013

Masih lagi berbicara tentang rezeki. Bukan mahu tunjuk ajar orang lain agar meyakini punca rezki dan tidak perlu risau tentang rezeki. Tetapi untuk diri sendiri yang kadang ok kadang tak ok risau tak tentu kalu.

Teringat huraian Hamka dalam kitab Tafsir Al-Azhar karangannya yang bersangkutan mengenai rezki. Cuba imbas sekali kejadian diri kita yang bermula sejak di dalam perut ibu sehinggalah sekarang.

Di dalam rahim
Ketika di dalam rahim ibu, kita hanyalah makhluk yang tidak berdaya. Tidak mampu berkomunikasi, tidak mampu ke mana-mana sekadar terperangkap di dalam ruang lingkup rahim ibu. Apakah kita risau tentang rezeki?

Tidak!, malah untuk berfikirpun kita tidak mampu. Namun begitu rezeki kita tetap ada. Disalurkan Allah melalui ibu. Apa zat yang ibu makan, itulah juga yang menjadi zat untuk tubuh badan kita. Masih tidak yakinkah kita rezeki itu sentiasa ada?

Dilahirkan ke dunia
Sebaik saja dilahirkan, kita hanya mampu menangis. Mata ada tapi masih belum berfungsi. Anggota ada tapi masih belum tahu bagaimana digunakan. Apakah kita risau tentang rezeki ketika itu? tidak….

Tidak!, malah kita masih lagi tidak dapat berfikir. Namun sebaik saja dirapatkan pada susu ibu, terus saja kita tahu bagaimana menggunakannya. Kita terus menghisap susu ibu bagi memenuhi keperluan hidup kita. Setelah kenyang, kita tidur nyenyak tanpa kerisauan.

Dalam kelemahan yang serba serbi itu, rezki tetap juga datang mencari kita tanpa kita sendiri dapat memikirkannya. Apakah kita risau tentang rezeki ketika itu? tidak…

Kita mula membesar, dari merangkak, dapat berjalan lalu mula berlari. Di saat kanak-kanak itu, apalah yang kita fikirkan tentang rezki melainkan semuanya permainan belaka. Walau bagaimana pun ada saja rezki kita yang membolehkan kita membesar dan akhirnya menjadi dewasa.

Di kala dewasa
Kita sudah pandai berfikir. Otot kuat dan bertenaga. Lidah mula bijak berkata-kata. kalau nak dibandingkan ketika kanak-kanak dan ketika bayi dahulu, ternyata kita jauuuuuh lebih berkemampuan dalam segenap segi. Terutamanya untuk memahami dan mencari apa itu rezeki.

Tapi malangnya di kala segala kelebihan yang Tuhan kurniakan pada kita ketika itu, kita mula mengeluh kesal…”apalah nasib aku, di mana rezeki aku, kenapa hidup ku susah begini, sukarnya aku mencari rezki untuk hidup, adakah rezki untuk esok, lusa, tulat……???”

Lupa sudah kita bagaimana selama ini kita mencapai kedudukan yang kita kecapi. Lupa kita memikirkan bagaimana selama ini rezki sentiasa datang tanpa sedikitpun kita berusaha mencarinya. Bukan tida mahu berusaha, tetapi masih tidak mampu untuk memikirkan apa itu usaha.

Tiba-tiba dengan adanya kekuatan, adanya pemikiran dan adanya keupayaan, kita terus tidak yakin akan adanya rezki!

Ya Allah!, bilakah kami akan faham? bilakah kami akan yakin?….

Marilah kita cuba renungkan dan hentikan segala keluhan. Mulakan kehidupan teruslah berusaha dan yakinlah pada Allah!

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

One thought on “Kenapa masih sangsi tentang rezeki?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge