Kenapa perlu ramai anak

By | 26/11/2012

Berapa jumlah anak yang anda ada?.

Bagaimana pencapaian pendidikan mereka di sekolah?

Apakah prestasi mereka bagus atau teruk?

Wujudkah hubungan, antara jumlah anak yang kita ada berbanding pencapaian pendidikan mereka?

Secara logiknya semakin ramai anak dalam satu keluarga, semakin berkurangan budget untuk pendidikan yang mampu ibubapa salurkan pada setiap anak-anak mereka.

Jesteru itu logiknya, pencapaian anak-anak dalam keluarga besar berkemungkinan akan lebih teruk daripada keluarga yang kurang anak.

Tetapi rupanya semakin besar keluarga itu, semakin baik pencapaian anak-anak mereka.

Ini berdasarkan kajian yang dijalankan di sini.

Pakar mengandaikan bahawa keluarga yang besar biasanya lebih terdedah kepada risiko tak ada kerja. Ini membuatkan masa ibu atau bapa bersama anak-anak lebih lama berbanding mereka yang kurang anak.

Apa yang boleh kita belajar di sini adalah pastikan kita ada ramai anak, dan dalam masa yang sama luangkan lebih masa bersama anak-anak dan ambil tahu perkembangan pendidikan mereka.

Dengan itu dapatlah menyumbang kepada pembentukan umat yang ramai dan berkualiti.

Petua hidup ringkas membela keluarga

  • Berikan tumpuan hanya kepada perkara asas terhadap anak-anak. Anda tidak perlu bermewah-mewah dan mencurahkan kesenangan pada mereka atas alasan sayang.
  • Perkara asas yang wajib adalah:
    • Perlindungan seperti tempat tinggal, keselamatan, pakaian dan lain-lain yang asas saja.
    • Kesihatan seperti perubatan, makanan dan lain-lain yang asas saja.
    • Pendidikan termasuk dunia dan akhirat yang asas seperti persekolahan, mengaji Quran serta ilmu Fardu Ain
  • Selain daripada perkara asas di atas tidak perlu dimanjakan sangat. Perkara tersebut adalah seumpama basikal baru yang mahal, mainan seperti kereta kawalan jauh, dan lain-lain seumpamanya. Itu bukanlah tanggung jawab ibubapa.
  • Latih anak-anak yang inginkan perkara tak perlu seumpama di atas dengan ayat, “kalau kamu minta segala perkara menyentuh pendidikan, keselamatan dan kesihatan, ayah akan sediakan kerana itu kerja ayah, tapi jika kamu minta permainan mewah dan lain-lain seumpamanya, besar nanti carilah sendiri, itu bukan tugas ayah!”. Ini akan memberikan mesej jelas agar anak-anak mula berfikir untuk berusaha sendiri mendapatkan kemahuan mereka.
  • Luangkan masa yang lebih banyak dengan anak-anak.¬†Walaupun sekadar berada di sisi mereka duduk dan melihat mereka bermain. Ini merupakan pelaburan yang berharga terhadap pembesaran mereka.

Jika kita renung semula, kos membesarkan mereka mampu kita usahakan. Cuma masalahnya kita terlalu terikut-ikut masyarakat dan biarkan mereka terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang menarik minat kanak-kanak.

Kita terpedaya dengan iklan KFC, McDonald, Angry Bird, dan lain-lain lagi seumpamanya sedangkan anak-anak tak akan mati kebuluran tanpa semua makanan segera yang mahal tersebut. Anak-anak juga tak akan terencat akalnya jika tidak diberikan basikal baru atau kereta kawalan jauh.

Sama-samalah kita renungkan dan cuba amalkan. Ya cakap memang senang, nak buat belum tentu mudah! tapi apa salahnya mencuba dan kembangkan idea ringkas ini agar hidup kita lebih ringkas dan bermakna.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Kenapa perlu ramai anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge