Kenapa tak perlu belajar tinggi untuk sukses berniaga

By | 13/10/2015

Reading Glasses Resting On Open BookBetulkah tak perlu belajar tinggi untuk sukses berniaga ?

Tapi, bukankah semua orang suruh kita belajar tinggi-tinggi kalau nak berjaya dalam kehidupan ?

Untuk jelaskan perkara tersebut, saya suka nyatakan kat sini apa yang dimaksudkan sebagai belajar tinggi, adalah belajar untuk dapatkan sekeping kertas, samada diploma, atau ijazah, atau master atau Phd.

Jadi, saya tak galakkan orang untuk sambung belajar tinggilah ?

Tidak !, jangan salah faham.

Orang putih kata, by all means !, pergilah belajar setinggi yang mungkin, hatta sampai dapat 7 Phd sekalipun, itu memang satu perkara mulia yang amat diperlukan oleh sesebuah bangsa yang mahu maju.

Untuk memajukan bangsa dua perkara penting yang kita perlu buat;

  • Ramaikan ilmuan hebat
  • Ramaikan usahawan hebat

Oleh itu, ada dua aliran yang perlu anda buat keputusan sekarang, samada nak jadi ilmuan (Ahli Akademik), atau nak jadi usahawan.

Apa yang berlaku sekarang pada majoriti orang kita adalah tak jadi kedua-dua yang saya nyatakan di atas.

Majoritinya hanya selesa sambung belajar semata-mata untuk dapatkan pekerjaan dengan makan gaji dan proses pembelajaran mati kat situ sehingga masuk dalam kubur.

Nak jadi usahawan ?, ramai yang takut bayangan yang tidak diketahui, jadi mereka buat keputusan duduk tengah-tengah antara makan gaji dan jadi usahawan.

Kalau buat begitu hanya untuk sementara waktu tak apalah juga.

Tapi nampaknya ramai yang berterusan duduk antara dua kedudukan tersebut dalam masa yang amat lama. Seperti tak ada keputusan untuk samada nak tingkatkan kerjaya, atau nak jadi usahawan sepenuh masa.

Oleh itu, masih ada masa lagi. Tetapkan pendirian anda samada nak jadi ahli akademik, sambung belajar setinggi mungkin, atau jadi usahawan dan usahakan perniagaan sampai berjaya setinggi mungkin.

Kenapa tak perlu belajar tinggi jika nak berniaga

Kenyataan ini tak perlu saya bahaskan panjang-panjang.

Banyak contoh usahawan yang boleh kita tunjukkan kantoi atau berhenti sekerat jalan dalam persekolahan mereka.

Sekadar menyatakan beberapa orang contoh, usahawan yang tak habis belajar adalah seperti Bill Gates – pengasas Microsoft, Steve Jobs – pengasas Apple, Michael Dell – pengasas Dell Computer, Richard Branson – pengasas Virgin, Simon Cowell – penerbit musik terkenal, Syed Mokhtar Al Bukhari – Melayu terkaya di Malaysia, dan ramai lagi yang boleh disenaraikan.

Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini juga boleh senaraikan kawan-kawan yang belajar tak habis, tak setinggi mana, yang berjaya dalam perniagaan masing-masing. Senarainya amat panjang !.

Ada satu perkara yang mereka semua yang berjaya di atas kongsikan. Mereka sukses berniaga dan mereka sebenarnya tak pernah berhenti belajar.

Semua orang yang tersebut, dan juga semua kawan-kawan saya yang berjaya, walaupun tak belajar tinggi, mereka sentiasa menambahkan pengetahuan dengan cara yang tersendiri.

Saya dah tulis tentang perkara memandaikan diri sendiri atau orang putih kata self-educate, dalam artikel yang lalu.

Aktiviti ini mesti berterusan jika anda nak berjaya dalam dunia keusahawanan.

Belajar tinggi setakat mana

Ada seorang pemuda yang sedang makan gaji dengan sebuah agensi kerajaan yang baik, bertanyakan pada saya.

Soalannya, adakah dia patut buat perniagaan part-time semasa sedang bekerja sekarang ?

Pemuda tersebut mempunyai sekeping ijazah. Dengan ijazah itu dia berjaya menempatkan dirinya dalam jawatan yang sedang dijawatnya sekarang.

Jawapan saya kepadanya adalah, tak perlu nak susahkan diri sekarang dengan buat perniagaan part-time. Tumpukan pada kerja dan tambah pengetahuan sebanyak mungkin. Nanti saya jelaskan kenapa saya kata begitu.

Kembali pada persoalan yang saya tanyakan kat atas tu, belajar tinggi sampai mana ?

Jika anda ada peluang, sambunglah belajar sekurang-kurangnya sampai ijazah. Atau paling rendah, sampai diploma.

Untuk apa semua ijazah tersebut ?

Untuk membolehkan anda mendapat kerja yang baik dan teruskan aktiviti menambahkan ilmu anda.

Jika anda berminat untuk membina kerjaya, itulah cara paling baik untuk naik dengan pantas ke atas.

Dengan diploma atau ijazah, anda dapat kerja yang baik, dan jadikan itu sebagai batu loncatan untuk terus belajar.

Masa muda bukannya masa untuk buat duit ! ingat tu !

Masa muda adalah masa untuk menambah ilmu sebanyak mungkin. Otak masih segar, tenaga masih kuat, oleh itu gunakan semaksimum mungkin untuk tambah ilmu pengetahuan sehingga cekap.

Kembali kepada soalan pemuda yang saya cerita kat atas tadi.

Perkara yang sama saya nyatakan padanya, masa muda sekarang bukan masanya untuk dia gila buat duit.

Sebaliknya gunakan masa yang ada di dalam dan luar kerja, untuk tambah ilmu dengan ambil kursus kemahiran, seminar dan lain-lain yang berkaitan dan diperlukan untuk kerjaya.

Gunakan masa dan duit yang ada untuk beli dan habiskan buku berkenaan pengurusan dan non-fiction sebanyak mungkin. Belajarlah dan fahamilah sedalam mungkin.

Gaji dah ada, jadi laburkannya untuk pertingkatkan keupayaan diri. Bukannya pergi buat letih berniaga burger atau jual roti sebagai kerja separuh masa.

Tapi kalau anda ada masa untuk kesemua itu, boleh saja. Tambah ilmu, ikuti seminar, beli buku dan baca, dan dalam masa yang sama buat perniagaan part-time.

Tapi rasanya macam banyak sangat tu, sedangkan anda hanya ada masa 24 jam sehari. 8 jam dah nak kena rehatkan diri. Tinggal 16 jam saja lagi, cukupkah nak lakukan kesemua itu ?

Tepuk dada tanya selera.

Tak perlu belajar tinggi untuk sukses

Kembali pada kenyataan saya tentang tak perlu belajar tinggi untuk sukses tadi.

Sukses mungkin dalam kerjaya. Sukses juga mungkin dalam perniagaan.

Anda boleh dapatkan salah satu daripada sukses tersebut tanpa perlu belajar tinggi, iaitu masuk universiti, duduk dalam kelas dan tambah lagi satu sekeping kertas kelulusan.

Untuk sukses dalam perniagaan ataupun untuk sukses dalam kerjaya, anda perlu menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Dan menjadi seorang pemimpin yang hebat tidak boleh belajar dalam kelas. Itu satu kenyataan yang berdasarkan kajian. Untuk menambah pengetahuan anda dengan hebat, anda perlu tahu fakta ini:

Pengetahuan anda bertambah dengan hebat atas sumbangan aktiviti berikut di bawah:

  1. 10% melalui pebelajaran teori dalam kelas
  2. 20% melalui pergaulan networking dan mentor
  3. 70% melalui perlaksanakan dan pengalaman kerja

Itu adalah fakta berdasarkan kajian yang dijalankan oleh banyak syarikat multinasional termasuklah General Elektrik. Mereka mengkaji faktor yang menyumbang pembelajaran terhadap para pemimpin mereka dalam syarikat.

Sukses berniaga, tak perlu belajar tinggi

Oleh itu, jika anda hanya mengaji setakat SRP / UPSR, atau SPM, atau diploma, atau ijazah. Itu semua bukan alasan untuk anda rasa rendah diri dan terhindar dari sukses dalam perniagaan.

Sekarang anda dah sedar kenapa ramai yang sukses berniagaa ke tahap yang tinggi, walaupun mereka tak habis mengaji sekolah. Faktanya ada kat atas.

Penyumbang besar dalam pembelajaran mereka datang hasil dari aktiviti mengotorkan tangan turun ke padang.

Mereka belajar, mereka buat silap dan belajar dari kesilapan. Mereka terus berusaha dan jadikan kesilapan yang lalu untuk elakkan kesilapan yang yang lebih besar.

Jika anda sesuatu perkara yang anda rasa kekurangan sekarang, anda masih boleh ambil inisiatif belajar sendiri.

Sebagai contoh, tak reti bahasa inggeris, pergilah ambil kelas malam belajar. Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. Yang pentingnya anda akan mampu baca buku bahasa inggeris yang sarat dengan maklumat pengurusan dan kemahiran yang baik. Itu sekadar contoh.

Oklah! saya tak cadang nak panjangkan lagi artiel ini. Nanti jadi berjela-jela pula. Asalkan mesej yang nak saya sampaikan boleh difahami… saya tamatkan di sini.

Moga ada manfaatnya untuk anda semua. Insyaallah !

18 thoughts on “Kenapa tak perlu belajar tinggi untuk sukses berniaga

  1. nurbaity

    Saya ingin sekali berniaga dan mau berhenti makan gaji ,tapi keluarga tidak setuju. Bagaimana ya

    Reply
  2. Sani

    Betul tu dewasa ini ramai rakan-rakan yang masih mudah tapi dah berjaya dalam bisnes , belajar pun tak tinggi, banyak ilmu yang mereka dapat dari pengalaman berniaga orang panggil ‘street smart’. Cuma yang dah bermur tu bila mula berniaga, tenaga dah tak sama macam masa muda. Tenaga pun tidak boleh disumbangkan dengan begitu banyak..
    Sani recently posted…Tips Bisnes Air Jus Mangga Dari Puan Ainon ABSMy Profile

    Reply
  3. Fhmi

    Assalamualaikum tuan

    Hasil tulisan tuan sedikit sebanyak memberi semangat utk saya mnjadi usahawan.
    Saya seorang engineer yg sblm ini bekerja di syarikat swasta. Minat saya lebih cenderung pada usahawan. Saya nekad utk cabar diri sendiri.

    Saya berhenti kerja dan pulang ke kampung.
    Hmpir sebulan sy memerah idea ‘ape yg nk dijual’
    Sehinggalah idea dtg dikala tlihat emak saya membuat telur masin.
    Kini saya memasarkan produk telur masin. Sy berhubung terus dgn penternak.
    Permualaan sgt mencabar.bila mana persaingan dengan produk yg lebih murah.

    Walaupun untung pertama saya cuma RM1
    Saya teruskan jugak walaupun ade kalanya sy hmpir putus asa.belom lagi orang yg memandang rendah telur yg dijual

    Penjualan kali kedua saya meraih untung sebnyak RM107.dan ketika komen ini ditulis saya masih lagi berjuang untuk menjadi seorang usahawan

    Harap tuan dpt membantu saya dengan menulis apa jua berkenaan usahawan.
    Kerana ilmu serta pengalaman tuan sgt membantu usahawan kecil spt saya ini.
    Adekala lebih sepuluh kali saya membaca hasil tulisan tuan.semoga tuan terus dikurniakan idea yg banyak utk berkongsi pengalaman

    Setinggi mana pon gaji
    Itu adlah murah
    Yg mahal adalah kebebasan

    Tq.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih sudi memberikan komen kat sini. Komen tuan memberikan semangat untuk saya meneruskan aktiviti berkongsi dalam bentuk penulisan di blog ini.

      Insyaallah akan saya cuba buat yang terbaik. Moga diberikan Allah kekuatan untuk itu.

      Saya berdoa semoga tuan terus tabah dan berusaha memecahkan apa saja rintangan yang menghalang kejayaan. Insyaallah, usaha tanpa henti akan berakhir dengan jejayaan jua…

      Reply
    2. Izham

      Setuju sgt dan tahniah kepada en. Fhmi atas tindakan berani yang diambil. Kebebasan lebih berharga. Saya juga mempunyai latar belakang engineer, pernah bekerja dlm sektor kerajaan. Merasai nikmat kebebasan setelah bekerja sendiri walaupun selalu juga terfikir tentang jaminan masa depan. Marilah kita sama2 menuntut ilmu dengan Tuan Shubi.

      Reply
  4. Mior

    kalau umur 30 masih terlewat tak nak sambung belajar? skarang ni dalam dilema nak sambung belajar ke nak buat business. skrg buat takaful business…

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Tiada lewat dalam bab belajar… 5 tahun lagi umur tetap akan jadi 35 tahun juga suka atau tidak. Jadi tentukan sekarang samada ketika 35 nanti ada tambahan sekeping sijil, atau ada sebuah perniagaan sendiri… semuanya bermula di sini, sekarang !

      Reply
  5. nazrimi

    Terbaik..
    sapa2 pun boleh berjaya dalam bisnes dan sapa2 yang berkemampuan belajar sampai PHD ,bolehla berjaya dalam organisasi yang ada bekerja. insyaAllah.

    Reply
  6. Izham

    Teringat salah satu buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki “Why “A” Students Work for “C” Students and “B” Students Work for the Government”.
    Kebiasaannya “A” student lebih cenderung untuk makan gaji. Mungkin atas faktor tiada desakan untuk mendapat lebih peluang pekerjaan.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Untuk menyumbang secara fokus terhadap satu jurusan. Usahawan perlukan mereka !

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge