kejayaan luar biasaCerita kejayaan luar biasa anak seorang drebar di negara kita ini sangat menarik untuk kita ambil iktibar dan jadikan sebagai sumber inspirasi diri.

Saya masih tak habis lagi baca buku berkenaan kisah kejayaan luar biasa anak seorang drebar ini.

Tapi sebab ada satu bab yang amat menarik nak diceritakan kat sini, saya tulis juga kisahnya walaupun masih sedang melayan ceritanya sekerat jalan.

Kejayaan luar biasa anak Melayu jadi drebar

Kisah ini berkisar tentang perjalanan hidup Shamsuddin yang merupakan anak seorang drebar.

Kisahnya bermula sebelum zaman kemerdekaan negara kita Malaysia.

Ayah Shamsuddin lahir dari keluarga pesawah di Kampung Sungai Manik berdekatan Taiping Perak.

Oleh kerana tidak punya pendidikan yang baik, ayahnya hanya mampu menjadi seorang drebar sahaja ketika itu untuk menyara keluarga mereka.

Tapi jangan salah sangka.

Ketika zaman Britisih dulu, bukan ramai sangat orang Melayu yang boleh memandu kenderaan.

Bila ayah Shamsuddin berusaha belajar bawa kereta dengan bersusah payah dan tidak teruskan legasi keluarganya untuk jadi pesawah di zaman itu, ia sebenarnya merupakan satu titik tolak perubahan yang bakal berlaku pada anaknya di kemudian hari.

Saya boleh bayangkan di zaman itu.

Jika seseorang pemuda itu boleh bawa kereta, sudah tentu ia masuk dalam kalangan orang yang hebat.

Hebat sebab punya kemahiran luar biasa yang jarang ada pada majoriti besar orang Melayu.

Ayah Shamsuddin mampu menyara keluarganya dari muda sampai ke tua dengan menjadi seorang drebar.

Ayah Shamsuddin menjadi drebar orang putih yang hampir kesemuanya merupakan pegawai-pegawai besar kerajaan sebelum merdeka. Bila jadi drebar orang putih, mereka sekeluarga akan tinggal kat rumah kecil pekerja yang disediakan oleh majikan di belakang rumah.

Ada kalanya dia terpaksa menjadi drebar lori bila majikan orang putihnya balik ke negar asal.

Bila jadi drebar lori kat lombong, Shamsuddin terpaksa tinggal kat rumah kongsi pulak.

Rumah kongsi yang panjang biasanya tidak ada privasi sangat. Maklumlah semua orang tinggal dalam satu rumah panjang yang hanya dipisahkan oleh dinding papan yang dijadikan bilik-bilik kecil.

Bilik kat rumah kongsi itu hanya ada satu pangkin.

Kat situlah tempat mereka satu keluarga makan, minum tidur dan menerima tetamu.

Begitulah Shamsuddin membesar dan buat kawan ketika zaman kecilnya.

Sambil jadi drebar lori, ayah Shamsuddin akan intai-intai peluang jadi drebar orang kenamaan atau orang putih.

Bila dapat peluang jadi drebar mereka, maka berpindahlah pula mereka satu keluarga untuk tinggal di kuaters pekerja majikannya samada orang putih atau orang bangsawan Melayu ketika itu.

Walaupun tinggal kat kuaters ringkas pekerja, tempat itu jauh lebih baik dari tinggal di kongsi yang sesak dan tidak ada banyak kemudahan.

Jadi drebar pegawai besar kerajaan

Satu ketika, ayah Shamsuddin berjaya dapatkan jawatan sebagai drebar seorang pegawai polis negeri Perak yang merupakan seorang Mat Saleh.

Mat Saleh itu tinggal di sebuah rumah banglow di Garland Road, Ipoh.

Maka berpindahlah pula Shamsuddin dan keluarganya ke situ. Mereka tinggal di kuaters pekerja kat belakang banglow itu.

Banglow itu dan kuaters kat belakangnya, tempat tinggal Shamsuddin bersama ayah dan ibunya bakal menjadi sejarah satu hari nanti bila Shamsuddin dah besar.

Inilah yang menariknya yang nak saya ceritakan kat sini.

Pindah KL jadi drebar

Selepas tak berapa lama jadi drebar pegawai tersebut, pegawai itu dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Ayah Shamsuddin ditawarkan kerja drebar yang sama. Tapi dengan syarat jika dia sanggup ikut orang putih itu pindah ke KL.

Mungkin ayah Shamsuddin ada visinya yang tersendiri ketika itu.

Dia tak perlu fikir panjang untuk terima tawaran tersebut.

Mereka satu keluarga ikut pindah ke KL untuk teruskan jadi drebar di sana pula pada tahun 1937.

Berusaha sekolahkan anak

Walaupun hanya seorang drebar, ayah Shamsuddin nekad untuk pastikan anaknya tidak terlepas peluang untuk masuk sekolah belajar.

Dia mahu Shamsuddin berpendidikan supaya anaknya itu berjaya menjadi seseorang bila besar nanti. Pernah ayah Shamsuddin menghantarnya masuk sekolah ketika usianya masih mentah ketika tinggal di Perak dahulu. Tapi dinasihatkan oleh cikgu yang usianya masih tidak sesuai sebab terlalu kecil.

Jadi bila tiba masanya yang sesuai ketika tinggal di KL, itulah yang ayah Shamsuddin buat.

Dia dihantar masuk sekolah di Gombak Lane Malay School pad atahun 1938.

Shamsuddin seronok ke sekolah hanya disebabkan dapat kawan dan bermain sahaja. Bila masuk bab pelajaran, sikap guru yang terlalu rigid dan garang dalam mendidik murid-murid membuatkan dia takut untuk ke sekolah.

Sapai satu hari Shamsuddin berbohong ibunya yang kononnya sekolah tutup. Tapi ibunya tak percaya, dipaksanya Shamsuddin bersiap. Dalam hujan renyai-renyai itu, diseretnya Shamsuddin sehingga ke sekolah. Terbukti Shamsuddin berbohong.

Apa lagi!

Ibu Shamsuddin pukul Shamsuddin dengan payung kayu yang dia pegang sampai hancur tinggal batang kayu yang tengah itu saja. Ibunya marah sungguh dan kecewa dengan sikap Shamsuddin.

Itu jadi satu lagi titik tolak perubahan Shamsuddin.

Dalam keadaan sakit, menangis, Shamsuddin lihat muka ibunya. Ternampak betapa kecewanya ibunya ketika itu dengan sikapnya. Sejak itu, Shamsuddin berazam untuk tidak lagi ponteng dan mahu jadi pelajar yang terbaik semampu mungkin.

Berjaya jadi jurutera

Kisahnya panjang sebenarnya. Saya tak mahu tulis semuanya kat sini.

Perjalanan Shamsuddin penuh dengan ranjau dan duri untuk belajar. Termasuk dengan keadaan pancaroba zaman serangan Jepun ke Malaya ketika zaman itu yang menyebabkan pengajiannya terhenti.

Berusaha juga untuk sambung masuk ke tingkatan satu walaupun dah berumur 17 tahun.

Dan diringkaskan cerita, Shamsuddin berjaya ke luar negara dan pulang dengan status seorang jurutera.

Dia diserapkan masuk bekerja di Telekom selepas itu, naik pangkat satu lahap ke satu tahap, dan kemudiannya pada tahun 1969, Shamsuddin ditugaskan ke negeri Perak sebagai pegawai Telekom negeri.

Ditakdirkan Tuhan, ketika berpindah ke Perak, Shamsuddin diberikan tempat tinggal disebuah rumah diĀ Garland Road, Ipoh.

Shamsuddin membawa sekali ibunya yang sudah tua ketika itu yang tinggal keseorangan setelah kematian ayahnya.

Itulah rumah yang mereka pernah tinggal yang saya cerita kat atas tadi ketika Shamsuddin masih kecil.

Mereka tinggal kat bangunan kecil, kuaters pekerja kat belakang rumah tersebut.

Sebaik saja sampai, ibu Shamsuddin terus saja ke belakang rumah itu. Dia nak pergi masuk ke kuaters kecil kat belakang rumah banglow itu. Diingatnya, itulah rumah yang bakal mereka tinggal.

Ibu Shamsuddin masih tidak sedar yang anaknya sekarang sudah menjadi pegawai besar dan sekarang mereka tinggal dirumah yang sama seperti 33 tahun lalu, tapi sebagai tuan besar pula dan bukan lagi sebagai seorang anak drebar.

Shamsuddin beritahu bunya, mereka akan tingal kat dalam rumah banglow besar itu. Bukannya kat kuaters.

Ibunya serius dan spontan jawab, “Janganlah nak melawak!”. Di saat itu Shamsuddin baru perasan yang ibunya serius rupanya.

Sehinggalah Shamsuddin pegang tangan ibunya dibawa naik ke atas dan ditunjukkan bilik untuk ibunya. Barulah ibunya terdiam. Senyuman terukir di wajah ibunya selepas itu.

Ceritanya masih panjang. Shamsuddin terus mencapai kejayaan demi kejayaan sehinggalah menjadi kaya raya.

Betapa kehidupan seumpama roda.

Satu masa kita di bawah, satu ketika kita akan berada di atas pula. Segalanya mungkin terjadi.

Cerita ini amat menarik untuk kita ambil iktibar dan jadikan satu sumber inspirasi dalam kehidupan.

Juga untuk dijadikan pedoman hidup supaya dalam keadaan apapun, jika ada di atas tak usahlah takbur.

Begitu juga jika berada di bawah, jangan berputus harap.

Juga yang lebih penting, janganlah kita sesekali hina orang yang sekarang sedang berada di bawah.

Mungkin satu hari nanti, dia akan berada di atas pula.

Siapa anak drebar yang berjaya itu

Anda agak-agak siapakah sebenarnya anak drebar yang saya kongsikan ceritanya kat atas tu?

Cuba teka kat ruang komen di bawah ni…

Total
45
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

18 comments

  1. Salam, saya dah habis baca buku berkenaan..memang banyak pengajaran yang saya dapat dari kisah beliau. Tambahan, tak banyak dah orang yang boleh bercerita berkenaan tempoh Tanah Melayu di bawah pemerintahan Jepun. Berkobar-kobar semangat untuk berusaha bila baca kisah beliau.

  2. Tak kenal ramai orang nama samsudin ni..yg knl jin samsudin, samsudin kadir, dan ayah saya pon samsudin juga..hii…siapa ye,sgt menarik kisah hidup beliau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge