Kisah usahawan tersungkur: Dari juta ke tak ada apa!

By | 23/05/2013
Kisah benar seorang usahawan

Sebelum diceritakan kisah usahawan tersungkur ini, cuba renungkan pertanyaan berikut.

Apa syarat yang anda letakkan untuk bahagia?. Ramai yang meletakkan syarat untuk membolehkan atau mengizinkan mereka bahagia.

Ada yang kata “dia akan bahagia jika…”

  • Ada simpanan RM1 juta di akaun bank.
  • Ada perniagaan yang berjaya dan menjana duit tidak henti-henti
  • Ada sebuah banglow di atas bukit dikelilingi kebun buahan
  • Ada isteri yang cantik lemah lembut dan taat pada suami
  • Ada suami yang romantik, penyayang, kaya banyak harta, dan sentiasa bersama sepanjang masa
  • Ada sebuah kereta Ferrari
  • Ada sebuah kapal layar sebagai tempat melepak di hari cuti
  • Ada jet persendirian
  • Ada anak-anak yang taat, cergas dan pandai
  • Ada tubuh badan yang langsing menawan seperti seorang model seluar dalam -wanita
  • Ada tuibuh badan berketul sasa seperti peraga fesyen – lelaki
  • Ada kesihatan yang baik, muka yang hensem/comel bergaya
  • Bla…bla…bla

Anda bagaimana pula? apakah syarat untuk menjadikan diri anda bahagia?

“Apa yang kita dapat tak pernah cukup”

Semalam saya mendengar satu kisah usahawan dari seorang kawan yang menceritakan kisah sedih seorang kawannya yang mendapat ujian yang cukup hebat. Sekali dengar macam cerita drama tetapi ini adalah cerita benar.

Ceritanya begini:

Kisah usahawan Kassim, seorang jutawan hartanah

Ada seorang usahawan bernama Kassim (nama samaran) yang kini sedang menjadikan pejabatnya sebagai rumah penginapan. Di situlah dia tidur, makan dan minum dan sekali gus berusaha menyara kehidupannya yang telah hancur sehancur-hancurnya.

Kassim sekarang berumur dalam pertengahan 50-an dan merupakan seorang usahawan hartanah yang cukup berjaya. Kejayaannya boleh diletakkan kepada sikapnya yang cukup konsisten dalam segala urusan yang dilakukan.

Kassim berkecimpung dalam bidang hartanah sejak muda. Dia amat fokus pada usahanya itu dan tidak pernah lari atau putus asa sehinggalah segala usahanya membuahkan hasil.

Kejayaan Kassim dalam bidang hartanah membolehkan dia membina sebuah banglow bernilai RM3 juta. Dia punyai wang simpanan sebanyak RM2 juta.

Kassim juga punya isteri yang cantik jelita, 8 tahun lebih muda daripadanya yang sentiasa membela tubuh badan dengan sering ke Spa dan lain-lain pusat kecantikan.

Kassim amat sayangkan isterinya. kemana saja mereka pergi bersama dan dia sering bersama anak isteri di rumah dan melayan segala kehendak mereka.

Sayang Kassim pada isteri sehingga segala permintaan isteri tidak ada langsung yang tidak ditunaikan. Barang kemas saja yang melekat di tubuh badan isteri bernilai RM1.2 juta!!!. Itu tak masuk lagi segala makan minum pakaian dan segala gaya hidup mewah yang dijalani isterinya.

Mintalah apa saja, Kassim tak pernah lokek. Lagipun itulah matlamat dia bertungkus lumus selama ini mencari harta yang banyak. Dia mahu membahagiakan isteri serta anak perempuannya.

Kassim kahwin lagi satu

Kassim puas kerana dapat membahagiakan mereka sehinggalah datangnya masa di mana isterinya mula  berjinak dengan dunia internet. Oleh kerana tak ada benda nak buat agaknya dia mula tersangkut dengan FB.

Kassim tak kisah sangat dengan keadaan itu. Semenjak itu mereka amat jarang bersama melakukan hubungan intim. Nak buat sebulan sekalipun susah. Namun Kassim tak kisah sangat kerana dia dah biasa begitu.

Isterinya pulak semakin teruk melayan FB sehingga kebanyakan masa asyik melarat sampai pukul 3 atau 4 pagi. Apa yang dia seronok sangat melayan rakan-rakannya di FB entahlah dan Kassim tak peduli. Demi kebahagiaan isteri.

Satu hari isterinya berbual dengan Kassim menyatakan masalah yang dia sudah tidak berapa ada nafsu seks. Oleh kerana kasihankan suaminya, dia mencadangkan agar suaminya berkahwin seorang lagi perempuan muda dari Indonesia.

Kassim hanya menurut cadangan isterinya yang dilihat cukup ikhlas. Lagipun apa salahnya kerana isterinyalah yang berusaha mencari perempuan muda yang cukup cantik menawan dan mengiurkan, melalui pertolongan seorang Kiyai yang merupakan seorang guru agama peribadi yang juga merupakan guru agama mereka.

Kassim pun berkahwin dengan lancar dan mendapat seorang lagi isteri yang lebih muda, cantik, lemah lembut  menawan dan cukup gebu. Alangkah bahagianya Kassim ketika itu dan segalanya berjalan lancar.

Kemunculan pemuda Iran

Satu hari anak dara Kassim muncul di rumah membawa seorang jejaka Iran yang cukup kacak dan bertubuh sasa. Pemuda tersebut merupakan bekas seorang anggota keselamatan cawangan risikan di Iran, sudah tentu perawakannya cukup segak bergaya digilai oleh anak-anak dara muda.

Anak dara Kassim mahu berkahwin dengan pemuda Iran itu dan meminta izin dari ayahnya. Setelah membuat sedikit carian maklumat, Kassim tidak berapa berkenan dengan perwatakan pemuda itu, lagipun kenapa nak cari orang luar yang kita tak pasti latar belakang keluarganya.

Kassim menolak hasrat anaknya dan memberikan alasan dengan baik dan merayu anaknya berfikir semula betul-betul.

Datang pula isteri Kassim memujuk agar dia membenarkan anak daranya itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Isteri Kassim bersungguh-sungguh meyakinkan Kassim bahawa anak dara mereka melakukan pilihan yang baik dan dia menyokongnya dengan sepenuh hati.

Apabila dua orang yang cukup disayangi dalam hidup merayu dan meyakinkannya, maka Kassim akhirnya akur dengan permintaan mereka. Maka berkahwinlah anak dara Kassim dengan jejaka Iran itu dan mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Kini Kassim ada tambahan ahli keluarga iaitu, seorang menantu daripada Iran yang tampan kacak bergaya. Pada mulanya pemuda Iran itu menunjukkan akhlak yang baik. Tak pernah tinggalkan solat dan sekali sekala mereka solat berjemaah sekeluarga.

Selepas dua tahun, berlaku perubahan pada menantunya. Berlaku juga perubahan pelik pada isteri serta anaknya. Pemuda Iran sudah tidak solat lagi dan sering merungut setiap kali azan dilaungkan daripada masjid yang tidak jauh daripada rumah mereka.

Pernah Kassim mengajak menantunya bersolat sekali, tetapi ditolak oleh menantunya itu dengan berbagai alasan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Kassim sering bergaduh dengan keluarganya walaupun hanya pada perkara-perkara kecil.Semuanya berpunca daripada rasa tak puas hati Kassim pada amalan menantu, isteri serta anaknya yang semakin jauh dari agama.

Kassim merajuk

Satu hari Kassim merajuk dan membawa pakaiannya keluar dari rumah. Dia tinggal di hotel. Selepas dua tiga hari, dia rasa sejuk semula tapi diharapnya isteri atau anaknya akan datang memujuk. Namun tunggu punya tunggu tak ada sesiapa yang datang memujuk.

Selepas seminggu, datang menantunya, pemuda Iran itu ke bilik hotel. Bukannya untuk memujuk, sebaliknya mencampakkan beberapa buah beg berisi segala pakaian Kassim dan berkata padanya “jangan balik lagi ke rumah…!”.

Wah!!! itu dah melampau. Kurang ajar punya Iran, ingat semua dalam rumah itu harta kau punya ke?, begitulah bisik Kassim marah. Peliknya walaupun Kassim merupakan seorang yang gagah dan baran, dia semacam tunduk tak berdaya pada pemuda Iran itu.

Selepas itu Kassim pun balik ke rumahnya. Segalanya terlah berubah. Rumahnya telah dipagari pagar elektrik keselamatan dan Kassim tidak dapat masuk ke rumahnya sendiri!.

Segalanya terbongkar

Dengan bantuan pegawai polis selepas membuat aduan, Kassim akhirnya dapat masuk dan tak ada orang di dalam rumah. Kassim pergi ke dalam rumahnya untuk mengambil barang dan teringat untuk menambil rakaman CCTV yang selama ini memang ada di rumahnya.

Setelah melihat rakaman CCTV barulah terbongkar segalanya. Kassim melihat gara-gara isterinya yang masuk ke dalam bilik menantu dari Iran pukul sebelas malam dan keluar pada pukul 12 malam sedangkan anaknya menonton TV selamba diruag tamu.

Diringhkaskan cerita. Rupanya Pemuda Iran itu membelasah semua kepunyaan Kassim, bukan saja harta kekayaannya, malah anak serta isteri Kassim turut dibelasah oleh pemuda Iran tersebut!.

Isteri Kassim telah membuat laporan pada Khadi, pihak polis dan mengambil semua wang tunai kepunyaan Kassim. Semua harta kini berada di bawah nama isterinya. Dah isterinay telah memfailkan fasakh di mahkamah syariah.

Isteri Kassim melaporkan betapa Kassim seorang yang jahat, suka berfoya-foya, berkahwin diluar negara dengan orang indonesi dan tidak memperdulikan anak isterinya di rumah. Isteri Kassim siap memberikan bukti gambar perkahwinan Kassim dengan orang indonesia.

Betapa hebatnya perancangan isteri Kassim! rupanya isterinya yang punyai hubungan dengan pemuda Iran itu lalu merancang menemukan pemuda Iran tersebut dengan anaknya, mengorat anaknya dan berkahwin dengan anaknya agar pemuda Iran dapat tinggal di rumah mereka.

Semua itu dilakukan dengan tujuan agar dapatlah mereka memuaskan nafsu masing-masing semahunya dan menjalani kehidupan yang serba mewah tanpa perlu bersusah payah. Mereka dapat segalanya dan hanyut dalam dunia membela nafsu serakah tak kesudahan.

Kini Kassim tidak punya apa-apa…dia bersabar dan berazam untuk membina semula kehidupannya. Tetapi ianya bukalah sesuatu yang mudah untuk lalui. Setiap kali keseorangan di pejabat untuk tidur air mata mengalir deras di pipinya…..

Begitulah cerita berakhir. Moga menjadi pengajaran pada semua terutamaya mereka yang mengejar mencari kekayaan tidak mengenal batasan. Harta kekayaan, wang berjuta, rumah tersergam indah, pasangan jelita tidak menjamin kebahagian dan tidak pernah membawa kebahagian.

Kebahagian tidak terletak pada benda atau perkara luar daripada diri kita. Ia ada dalam diri kita sendiri seandainya kita sendiri mebuat keputusan untuk bahagia tanpa perlu ada sebarang syarat.

Kita jangan terikut-ikutkan sangat nafsu. Apa saja yang diidami kita kejar dan kejar. Bila dapat, kita letak pula sasaran lebih besar dan kita kejar dan kejar. Dah dapat, besarkan lagi sasaran, dan kejar lagi.

Dunia semakin di kejar semakin dia melarikan diri. Oleh itu ingat untuk tarik brake pada satu garisan dan kawal dorongan nafsu keinginan. Tahan walaupun mampu kerana kejayaan mengawal itulah yang menyelamatkan diri kita dan mengelakkan diri dari terus hanyut.

Apabila isteri Kassim diberikan apa saja kemahuannya dari seorang yang susah menjadi senang, kaya raya apa saja yang mahu apa semuanya dapat. Nafsu isteri Kassim dibela menjadi semakin besar dan membesar sehingga akhirnya Kassim telah ditewaskan oleh nafsu isterinya yang telah mengusai segala akal fikiran.

Ingat jangan sesekali bela nafsu. Belajar tahan sebelum dia membesar dan hilang kawalan. Letakkan limit dan jangan pergi lebih jauh daripada itu walaupun mampu.

Moga kisah usahawan Kassim ini menjadi iktibar pada kita semua.

 

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

5 thoughts on “Kisah usahawan tersungkur: Dari juta ke tak ada apa!

  1. Anak Askar Pencen

    Dunia ni sepatutnya cukup je untuk tampung kehidupan seluruh umat manusia. Tapi, bila dah tamak tu, semuanya dia nak bolot sorang. Tu yang jadi pentingkan diri sampai sanggup ambik kesempatan terhadap kebaikan orang lain. Suami sendiri pun sanggup diperlakukan sebegitu. Kejam betul dunia sekarang ni.
    Anak Askar Pencen recently posted…Berita-Berita Sebelum Bajet 2014My Profile

    Reply
  2. nurul

    erm…susah nak cium bau syurga isteri sebegitu.

    Reply
  3. Anonymous

    Mana perginya isteri ke2….boleh ke Iran juga?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge