belajar untuk banyak menolakOrang berjaya adalah mereka yang lebih banyak menolak sesuatu tawaran. Mereka lebih banyak berkata ‘tidak’ daripada berkata ‘ya’.

Begitulah lebih kurang bunyinya dalam satu artikel yang saya baca.

Agak janggal juga bila baca tajuk artikel tersebut.

Kat mana logiknya nak berjaya, kalau lebih banyak kata tidak dari berkata ya?

Bukankah bila kita diberikan tawaran atau peluang yang baik, perlu cepat-cepat kata ya? Ambil peluang keemasan itu dan sumbat masuk dalam karung guni yang sedang kita tanggung kat belakang tu.

Kenapa perlu banyak menolak

Minggu lepas, seorang kawan telefon ketika saya sedang memandu dari Kepala Batas menuju ke Bukit Mertajam.

Dia nak bagi tahu berita gembira sebab dapat satu projek.

Saya selalu ingatkan dia supaya fokus buat satu perkara yang dia mahir untuk dijadikan perniagaan utamanya bila berhenti kerja nanti.

Dia selama ini makan gaji sepenuh masa dan berniaga secara separuh masa.

Itu amalan ramai orang kita sekarang ini. Sebab nak tambah pendapatan yang dirasakan tidak cukup.

Bila kita rasa tak cukup, sampai bilapun masuk dalam kategori orang miskin. Hanya orang yang rasa sentiasa mencukupi sahaja yang masuk dalam kategori orang kaya.

Untuk tambah pendapatannya yang dirasakan tak cukup dia buat macam-macam perniagaan.

Cuma yang teramat pelik adalah, semua perniagaan yang dia buat, tidak ada satupun yang ada kena mengena dengan kemahiran makan gajinya. Itu satu perkara yang amat menghairankan saya!.

Kenapa agaknya dia buat macam itu sedangkan jawatan dan gajinya ketika makan gai bukannya sikit. Ertinya dia mahir dalam bidang itu dan nilainya amat tinggi. Tapi kenapa dia sendiri tidak hargainya?

Apa yang saya boleh buat adalah cuba yakinkan dia untuk gunakan kemahiran yang dah tersedia ada untuk dijadikan asas perniagaan yang mahu dijalankan.

Diringkaskan cerita, dia termakan juga nasihat saya, buat apa yang saya cadangkan dan ternyata memang ada permintaan. Dia dapat satu projek akhirnya.

Cuma ada satu masalah!

Dia tak tahu nak buat macam mana segala balang air yang dibelinya dari seorang rakan sebelum ini. Rakannya itu berjaya yakinkan dia untuk jadi taukeh jual air balang dan dia pun belasah beli semua kelengkapan untuk mulakan perniagaan itu.

Dengan perniaga air balang itu, entah perniagaan yang ke berapa dia buat, saya tak pasti.

Peringatan supaya banyak menolak

Cadangan saya adalah untuk pamerkan semua barang yang dia beli itu di sudut yang paling mudah untuk dia tengok kat rumahnya.

Barang itu semua boleh dijadikan sebagai satu peringatan supaya tidak mudah untuk berkaya ya, bersetuju dengan apa saja tawaran orang.

Itu sebabnya dia masih tidak ke mana-mana dalam cubaannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya walaupun dah berbelas tahun mencuba.

Masalah yang dia hadapi adalah terlalu banyak berkata ya.

Dia sepatutnya belajar untuk lebih banyak menolak daripada menerima. Jika ada 10 cadangan atau tawaran yang datang, tolak kesemua cadangan yang tidak membantu mencapai matlamat perniagaannya.

Dalam 10 mungkin hanya ada satu saja yang seiring. Dan kalau satupun tak ada, tidak salah untuk menolak kesemuanya.

Belajar fokus dengan banyak menolak

Bila dah banyak menolak perkara yang tidak membantu mencapai matlamat perniagaan kita, masa menjadi banyak untuk melihat pada perincian.

Lebih terperinci anda mengkaji, lebih banyak yang anda belajar.

Lebih banyak pula kesilapan yang dapat dielakkan.

Lama kelamaan, anda akan lebih cekap menilai tawaran dan peluang yang boleh membantu matlamat perniagaan anda. Lebih mudah untuk menolak daripada menerima.

Cuba lihat sejarah kehidupan anda selama ini, apa punca utama yang menyebabkan anda hanya sekadar jadi average dalam urusan yang diceburi?

Semuanya berpunca daripada sikap yang tidak pandai menolak.

Bila nak berlatih atau nak belajar, kawan datang ajak minum, terus tangguhkan urusan penting yang membantu kejayaan anda melayan kawan minum.

Bila nak baca buku, buka TV ada cerita menarik pulak. Tak dapat nak menolak keinginan diri sendiri untuk layan cerita TV.

Begitulah seterusnya masa terbuang pada urusan yang tidak memberikan manfaat pada matlamat hidup atau matlamat ekonomi anda.

Matlamat hidup perlu jelas.

Jika anda jelas dengan apa yang disasarkan, lebih mudah untuk kenal pasti mana yang perlu ditolak dan mana satu yang perlu diterima.

Latihlah diri untuk banyak menolak jika mahu pergi lebih jauh dengan apa yang anda sedang usahawakan.

Total
56
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. saya sekarang ni, bersetuju dgn statement en subhi tu.

    belajar utk menolak. semalam, saya baru belajar menolak kerja yang saya tak boleh buat.

    saya dah ambil kerja tu. saya cuba dalam seminggu. then saya tengok progress tak kemana. semalam, dirancang lain dan menjadi benda lain. sampai sesat sana sini sebab nak melangsaikan kerja yang tertunggak.

    finally, saya beranikan diri untuk menolak kerja. kerja yang bukan yang mahir pun saya buat.

    sebenarnya kita sendiri kena belajar terima hakikat keupayaan diri kita kan.

    saja nak berkongsi kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge