Cara mudah atasi masalah hutang

By | 01/06/2012
cara selesaikan hutang

Anda sedang mencari satu cara mudah untuk atasi masalah hutang?

Anda mahu selesaikan segala masalah kewangan anda?

Anda boleh cuba teknik meluangkan masa selama satu jam sehari untuk memikirkan persoalan wang pada diri anda.

Richard Carlson merupakan seorang motivator yang terkenal di Amerika telah membuat kajian terhadap ramai pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan.

Dia mendapati mereka yang meluangkan masa selama satu jam sehari untuk bersendirian dan berfikir untuk mencari jawapan terhadap soalan “bagaimana aku boleh menambah pendapatan aku?” telah berjaya menjadi kaya.
Mereka tidak lagi bergantung pada duit dan mereka hanya memerlukan masa selama dua tahun secara istiqamah meluangkan masa selama sejam sehari untuk memikirkan persoalan tersebut.

Selain dari atasi masalah hutang juga berkesan

Mungkin kita tidak menghadapi masalah kewangan sepertimana ramai orang lain tetapi ada sesuatu yang kita impikan dalam kehidupan kita
Kita mungkin mahu menjadi ahli politik hebat, menjadi penceramah hebat, menjadi penulis hebat, menjadi seorang ahli sufi hebat, menjadi usahawan hebat, menjadi seorang bapa hebat, menjadi seorang suami hebat dan macam-macam lagi yang anda boleh fikirkan.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah luangkan masa selama satu jam untuk diri anda dan fikirkan jawapan pada soalan yang anda mahukan jawapannya.
Jika anda berminat untuk mengamalkan teknik sejam sehari untuk diri anda, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan seperti di bawah:
  • Luangkan masa betul-betul satu jam bersih setiap hari dan peruntukkan hanya untuk diri anda tanpa ada apa-apa gangguan dari orang lain.
  • Mula muhasabah kedudukan diri anda dalam ruang satu jam tersebut tanpa apa-apa ketakutan. Berfikir secara ikhlas apa kekuatan anda, apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan, apakah yang sedang anda lakukan sekarang boleh membawa anda mencapai matlamat, apakah yang kurang dan perlu anda tambahkan dan bagaimana mendapatkannya.
  • Jangan cemas dan merasa tertekan dalam masa satu jam itu. Relaks dan bersantailah sambil memikirkan semua perkara mengenai masa depan anda.
  • Jangan buang masa tersebut dengan menyesali kesalahan-kesalahan anda yang lalu. Anda hanya perlu memkirkan tentang sekarang dan apa yang anda boleh dan mampu dapatkan pada masa akan datang.
  • Anda boleh luangkan masa sejam itu bersantai dengan membelek majalah santai, mendengar radio, menonton TV, membaca buku dan dalam masa yang sama pastikan telingan serta fikiran anda terbuka dan bersedia menerima segala pilihan yang terlintas bagi menyelesaikan masalah anda.
  • Anda juga boleh berjalan kaki perlahan-lahan di taman seorang diri dan menghirup udara segar sambil memikirkan tentang diri anda selam satu jam.
  • Jangan lupa sesi berangan membayangkan bagaimana keadaan diri anda apabila anda telah mendapat apa yang anda idamkan. Jika anda mahu menjadi ulama yang hebat berbahas, bayangkan keadaan diri anda ketika berdebat dengan semua mufti dari setiap negeri sebagai contoh.
Tentu ramai yang akan tertawa dengan idea yang saya utarakan di atas. Nampak macam cerita lawak dan sukar untuk diamalkan. Tetapi percayalah luangkan masa setiap sehari selama sejam dan buat apa yang saya cadangkan di atas.
Anda akan merasa kekok pada mulanya, rasa bersalah macam buang masa dan sebagainya, namun teruskan sampai habis satu jam dan buat lagi keesokannya harinya.
Jika anda lihat bagaimana seorang kanak-kanak belajar membaca, anda akan dapati ia pada mulanya sesuatu yang amat sukar, membosankan, sukar memberikan tumpuan dan nampak macam tak ada jalan.
Tapi dengan kesabaran teruskan mengajar, sehari demi sehari, dia akan mula nampak sinar mampu memahami dan seterusnya sehari demi sehari dia akhirnya mampu membaca.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge