Macamna nak jadi pakar dalam bidang anda

By | 14/09/2012

jadi pakar bukan mudahKajian demi kajian menunjukkan dalam 95% kes, bakat dalam sesuatu bidang tidak menjamin manjadikan seseorang itu pakar.

Ini satu berita baik untuk semua.

Siapa saja mampu menjadi pakar dalam bidang yang dia minati dengan melakukan perkara berikut:

  • Berlatih selama 10,000 jam !. Latihan yang melibatkan kualiti dan juga kuantiti penting. Tidak cukup sekadar menghadirkan diri sahaja. Anda perlukan lebih daripada itu.
    • Latihan mesti macam betul-betul. Jika mahu jadi pakar Tomoi, setakat tumbuk dan tendang batang kelapa saja tak cukup. Anda perlu pergi lebih jauh sehingga masuk dalam gelangang dan ¬†berhadapan dengan pesaing.
    • Jangan jadi pasif. Anda mesti aktif bergiat serta melibatkan diri.
    • Berlatih berulang-ulang saja tak cukup. Anda mesti mencabar diri anda lebih jauh dalam menguasai segala kemahiran.
    • Jangan lupakan latihan secara solo. Berlatih sendirian amat perlu walaupun bidang tersebut memerlukan pasukan.
    • Berlatih dengan banyak. 8 Minggu diperlukan untuk anda menguasai asas. Tapi untuk menjadi pakar anda mungkin memerlukan 10 tahun.
    • Cuba cari faktor perangsang. Ia membuatkan anda berlatih tanpa paksaan. Kelancaran berlatih membuatkan faktor berjaya lebih dari 80%
  • Ada lagi faktor tambahan: yang anda perlukan:
    • Sabar, sabar, dan sabar. Kesabaran dan kecekalan saja yang mampu membuatkan anda menghabiskan 10,000 jam masa berlatih.
    • Cari mentor yang hebat. Mentor hebat bukan yang hanya memuji dan menggalakkan anda. Dia mesti seorang yang tegas dan tidak memberikan anda muka.
    • Fokus pada perkara negatif!. Ia mungkin bertentangan dengan teori biasa yang menggalakkan kita melihat perkara positif, itu hanya layak untuk menguasai perkara asas. Untuk menjadi pakar anda perlu fokus komen negatif yang mampu mencabar anda perbaiki kelemahan. Fokus komen negatif adalah ciri-ciri yang membezakan pakar dengan yang lain.
    • Tumpu pada pembaikan yang berpanjangan. Jangan menunjuk pada orang lain, ia tidak memberikan sebarang faedah.
    • Dahagakan kritikan yang cepat dan segera perbaiki.
    • Yakin diri sendiri yang segalanya adalah berbaloi. Itu saja yang mampu mengembirakan anda.
  • Baca lebih lanjut di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge