Hiking And Holding Hands in Winter SnowKalau nak berjaya dalam apa saja lapangan yang diceburi, anda perlu sentiasa bina diri dan tingkatkan tahap keupayaan yang ada.

Kalau nak naik pangkat, perlu sentiasa bina diri.

Kalau nak jadi usahawan dari ribuan kepada jutawan, perlu bina diri.

Kalau nak bina syarikat dari tidak ada pekerja kepada syarikat yang punyai ratusan pekerja, anda perlu bina diri.

Kalau nak dapatkan pekerjaan yang bagus, anda perlu bina diri.

Pendek kata dalam urusan apapun anda buat, samada makan gaji atau berniaga, anda perlu bina diri terlebih dahulu kalau nak pastikan adanya peningkatan dari segi tahap kejayaan.

4 cara belajar bina diri

Secara umumnya terdapat 4 cara di mana anda boleh belajar untuk bina diri menjadi seorag individu yang lebih bak daripada tahap yang ada sekarang.

#1. Bina diri dengan cara Coaching

Perkataan coaching ini dah amat terkenal sekarang. Ramai Sifu yang dah tawarkan program coaching untuk mereka yang berminat untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Tapi bagaimana nak tahu samada anda perlukan bantuan khidmat coaching atau tidak ? Macam mana nak pastikan program coaching itu sesuai untuk membantu anda bina diri ?

Cara pembelajaran dengan menggunakan khidmat coaching adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seseorang ketahap yang paling tinggi berdasarkan potensi yang ada.

Coaching ini sebenarnya adalah satu gabungan seni dan sains. Orang yang menjadi coach perlu ada cara tersendiri yang terbukti berkesan dalam mengenal pasti potensi anak didiknya.

Dari situ coach akan membantu membina perkembangan anak didiknya agar menjadi lebih baik sehingga berupaya mencapai ahap yang tertinggi yang dia mampu.

Contoh keadaan anda perlu coach: 

Anda seorang yang hebat membuat pemasaran dan jualan. Hasil kerja anda sentiasa jauh melebihi orang lain. Tapi anda ada satu masalah, iaitu panas baran dan tak penyabar bila nak ajar orang bawah anda buat perkara yang sama.

Akibatnya anda terpaksa kerja teruk buat semua sendiri. Jika anda mampu menjadi ketua yang boleh perturunkan teknik dan cara kerja anda pada orang bawah, sudah tentu anda boleh menjadi lebih hebat.

Dalam keadaan tersebut, apa yang anda perlukan adalah seorang coach yang mampu membimbing anda melakukan perubahan agar hasrat anda untuk menjadi ketua yang berjaya tercapai.

#2. Bina diri dengan kursus pendidikan

Bila sebut pendidikan, sudah tentu ianya bersentuh rapat dengan sistem pendidikan sesebuah negara, atau sistem pendidikan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Ertinya ada satu badan berautoriti yang mengawal aktiviti tersebut samada memberikan pendidikan ataupun yang memberikan pengiktirafan.

Ini lebih mudah untuk semua orang faham sebab semua daripada kita terlibat dalam menggunakan sistem pembelajaran bina diri ini sejak dari tadika, masuk darjah satu dan seterusnya masuk seklah menengah.

Kemudian masuk ke peringkat lebih tinggi. Ada Matrikulasi, ada Diploma, ada Ijazah, ada Masters, ada PhD dan sebagainya. Semuanya dirangka berdasarkan keperluan dan juga untuk seragamkan tahap pembelajaran.

Contoh keadaan anda perlu pendidikan:

Katakan anda seorang pekerja sebuah syarikat swasta. Punya pengalaman yang lama dengan kerja yang anda lakukan, tak ada orang lain boleh lawan. Maka anda diberikan peluang untuk naik pangkat dari pekerja biasa kepada penyelia.

Tapi malangnya syarat yang diletakkan oleh majikan dari syarikat antarabangsa memerlukan anda ada paling rendah sijil SPM atau yang seumpamanya, untuk jadi penyelia.

Maka disitu, tak ada pilihan, anda kena cari apa saja jenis pendidikan yang sama dengan SPM, belajar, ambil periksa, lulus dan dapatkan sijil. Kemudian barulah boleh melayakkan diri untuk naik pangkat.

#3. Bina diri dengan cara mentoring

Perkataan mentor ini juga dah amat biasa kita dengar. Ramai orang sebut pasal mentor ini dan mengaku individu itu dan ini sebagai mentor yang membuatkan dia berjaya.

Saya juga ada mentor. Saya sendiri yang anggap dia sebagai mentor. Tak pasti pulak orang yang saya angap mentor itu, anggap saya sebagai anak didiknya.

Tapi apapun keadaan sebenarnya, dia sentiasa memberikan galakan, nasihat dan cabaran sehingga membuatkan saya bina diri menjadi lebih berjaya.

Saya dengar dan hormat segala nasihat dan cakapnya sebab dia lebih tua, lebih banyak makan garam dan jauh lebih berpengalaman daripada saya. Lagipun masa saya berhingus lagi, dia dah mula jadi usahawan.

Sebab itu saya rapatkan diri dengan para mentor saya itu dan mereka pula dengan rela hati serta tidak kemut diri memberikan segala khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Semuanya dilakukan secara percuma.

Balasannya adalah saya juga tidak pernah kemut membantu mereka. Tak kira apa saja bantuan, samada dari segi logistik, bawa jalan, cari barang dan lain-lain lagi, jika mentor minta akan saya tunaikan.

Keadaan keadaan anda perlu mentor:

Anda sedang makan gaji dan satu malam bermimpi datang seorang tua berserban putih memberitahu bahawa anda perlu berhenti kerja dan menjadi usahawan minyak atar.

Sebaik saja terbangun dari tidur, anda bersemangat untuk jadi usahawan minyak atar.

Tapi malangnya anda selama ini tak ada kenal rapat dan berhubung dengan mana-mana usahawan yang berjaya. Apalah lagi mengenali usahawan yang menjual minyak atar.

Dalam keadaan ini, anda memang amat memerlukan seorang mentor sebelum buta apa-apa keputusan untuk lambung beg dan berhenti kerja lalu jual minyak atar. Cari mentor terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan berani.

#4. Bina diri dengan cara latihan

Latihan ini sebenarnya lebih mudah untuk difahami. Orang yang main bola di kampung bila putuskan nak tubuhkan satu pasukan untuk masuk liga daerah perlu tubuhkan pasukan dan mulakan latihan.

Itupun kalau nak memang dan ada impian nak jadi juara dalam liga daerah tersebut. Berlatih perlu ada pembimbingnya dan ada cara yang sistematik.

Latihan merupakan cara untuk meningkatkan keupayaan seseorang individu atau pasukan ke tahap yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh badan yang berkelayakan.

Contohnya anda ambil seorang kerani untuk buat kerja administrasi dan book keeping syarikat anda. Selepas satu bulan anda dapati pejabat anda hanya dipenuhi oleh majalah jelita. Ada banyak juga kelengkapan mengait di tempat kerani yang anda ambil itu.

Ertinya anda menggajikan seseorang yang tidak terlatih untuk buat kerja administrasi dan bookeeping. Untuk mengatasi masalah itu, anda hanya perlu hantar dia ke kelas latihan bookeeping dan administrasi.

Bina diri mana yang sesuai untuk anda

Sekarang anda dah tahu serba sedikit perbezaan antara jenis pembelajaran untuk bina diri yang biasanya ada di pasaran.

Jadi lepas ini, pastikan terlebih dahulu keperluan pembelajaran, dan dari situ tentukan mana satu cara bina diri yang sesuai untuk anda ambil.

Jika anda seorang usahawan, mahu kembangkan lagi perniagaan supaya lebih maju, lebih mudah diuruskan, lebih menigkat sales, lebih menguntungkan dan sebagainya, anda mungkin perlukan seorang coach.

Anda boleh bina diri dengan mendapatkan khidmat HR Biz Coaching (Jika ada kekosongan)

Total
45
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge