Menilai semula kawan yang adaPernahkah anda terfikir untuk menilai semula kawan?. Berapa ramaikah kawan-kawan yang anda ada? berapa kerapkah anda berjumpa dengan mereka? berapa lama masa anda habiskan dengan kawan-kawan yang anda ada?.

Kita semua ada ramai kawan. Hanya kera sumbang sahaja yang tak ada kawan. Satu lagi jenis manusia adalah mereka yang menghadkan keluarga terdekat mereka sahaja sebagai kawan. Dan ada juga orang yang hanya menghadkan pasangan hidup serta anak-anak mereka sahaja sebagai kawan.

Jika anda bukan kera sumbang dan bukan juga anak manja yang hanya bergantung pada kelarga, atau bukan juga orang yang hanya beradai di bawah ketiak pasangannya, anda tentu ada mempunyai ramai kawan.

Ada kajian yang menyatakan bahawa semua daripada kita hanya mampu mengekalkan perhubungan rapat dalam lingkungan 150 ke 250 orang sahaja dalam sesuatu masa.

Untuk mengekalkan perhubungan sebagai kawan rapat melebihi jumlah 150 atau 250 orang adalah sesuatu yang sukar. Jadi, walau macam mana hebatpun sekali anda, anda akan hanya mampu kekalkan perhubungan rapat dalam lingkungan yang tak ramai.

Saya sendiri tak ada sampai 150 kawan rapat yang sering dihubungi dan berkumpul. Tak tahu pula macam mana dengan anda semua yang sedang membaca tulisan ini. Jangan kira jumlah kawan FB yang anda ada. Kebanyakannya menambah ramai kawan sebab ada kepentingan samada untuk menyebarkan dakyah atau ideologi masing-masing ataupun nak jual sesuatu.

Bagaimana nak menilai semula kawan yang anda ada

Cuba senaraikan semua kawan-kawan rapat yang anda ada. Kawan rapat adalah mereka yang sering anda bertemu dan berhubung. Kawan rapat adalah mereka yang kita sering kongsikan cerita dan bertukar-tukar pendapat serta saling bantu membantu.

Bila dah senaraikan semua kawan-kawan rapat yang ada, sekarang cuba catitkan apa yang anda belajar daripada setiap mereka dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini.

Adakah anda belajar sesuatu dari mereka dan daripada ilmu tersebut anda berjaya menambahkan kemahiran atau mendekatkan lagi pencapaian matlamat hidup anda.

Seandainya kawan-kawan yang anda ada sekarang tidak memberikan apa-apa manfaat seperti menunjuk ajar atau membantu membuat perubahan hidup anda menjadi lebih baik, ertinya kawan-kawan yang anda ada sekarang adalah kawan-kawan yang tidak berguna.

Bila dah sedar bahawa kawan-kawan yang kita ada adalah terdiri daripada mereka yang tak berguna untuk kita, bermakna masanya sudah tiba untuk anda membina semula kumpulan kawan rapat yang anda ada.

Tidak semestinya tidak berguna pada anda bermakna kawan-kawan tersebut adalah orang yang tak berguna. Mereka hanyalah tidak berguna untuk anda sahaja, barangkalai mereka berguna untu orang lain.

Jika anda seorang usahawan, atau seorang pekerja makan gaji yang mahu berjaya dalam aktiviti yang sedang dilakukan, menilai semula kawan adalah satu aktiviti yang mampu membuatkan hidup anda berubah.

Tak payah rasa bersalah dan tak payah risau jika orang kata anda seorang yang memilih kawan. Memang orang yang bijak adalah mereka yang tahu bahawa kawan perlu dipilih untuk memastikan dirinya selamat.

Oleh itu jangan lupa menilai semula kawan yang ada dan jika mereka tidak berguna atau jika tidak ada apa-apa yang anda belajar dari mereka dalam tempoh beberapa bulan ini, masanya telah tiba untuk pecat mereka daripada senarai kawan rapat anda.

 

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. secara tak sedar, saya juga kerap kali menukar kawan-kawan yang saya ada.

    pada mulanya ia kawan yang menjadi pilihan dipengaruhi oleh tempat belajar, kemudian tempat kerja, dan sebagainya.

    Secara tak langsung, kita memilih kawan-kawan jenis yang akan memudahkan kerja-kerja kita dimasa akan datang. Namun ada juga akhirnya kawan yang akan menyusahkan kita balik satu masa nanti.

    Satu lagi perkara yang saya perasan, bila dah tukar tempat kerja, tiba-tiba perasaan nak berkawan dan kembali rapat semula dengan kawan dari tempat kerja lama tu hilang.

    Seolah-olah kawan sebab ada kepentingan je

  2. Walaupun mereka tak mampu mengubah hidup aku, tapi mungkin aku boleh mengubah hidup mereka. Kawan bukan kerana inginkan sesuatu, tapi kerana keikhlasan. Kawan saling memerlukan untuk menutup lubang2 yg bocor, sama2 melengkapkan.
    Amirul recently posted…Pakar SEO MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge