jack ma AlibabaJack Ma.

Siapa yang masih tak kenal lelaki kaya, berbangsa Cina dari negara China itu?

Dia merupakan jutawan paling kaya nombor 33 dunia berdasarkan senarai tahun 2016 yang dibuat oleh Forbes.

Jika anda tak tahu atau tak pernah dengar nama dia, bukan satu kesalahan pun, tak apa. Tapi yang pastinya orang yang tahu pasal Jack Ma ini sudah tentu punyai sedikit impian atau bakat terpendam untuk menempa kejayaan dalam hidupnya terutamanya dari segi kekayaan harta benda.

Salah satu syarat untuk jadi kaya adalah dengan menjadi peka kepada golongan yang serupa dengan apa yang diinginkannya. Oleh itu jika anda kenal Jack Ma dan ada sedikit initiatif untuk mengetahui tentang dirinya serba sedikit, menunjukkan minda anda sudah ada kompas ke arah itu.

Tidak seiring dan terlalu sukar seandainya anda nak jadi kaya dan berjaya, tetapi dalam masa yang sama benci pada golongan yang kaya dan berjaya. Manakah boleh anda jadi orang yang anda benci.. !.

Jadi syarat utama wahai orang muda, perhatikan pandangan diri anda sendiri pada golongan mereka yang anda tak suka. Saya sering jumpa mereka yang declare tak suka jadi kaya dan tak ingin kawan dengan golongan tersebut, tetapi dalam masa yang sama ada impian nak jadi berjaya dan kaya. Selagi pemikiran itu tdak diperbetulkan, anda akan hadapi kesukaran untuk berusaha dan berjaya.

Pengalaman saya ketika muda remaja

Saya bukan dari keluarga kaya. Bukan juga dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Sebaik saja celik mata, saya melihat kesukaran hidup yang dialami keluarga.

Saya sedar yang saya dari golongan sebegitu hasil dari perbandingan dengan masyarakat sekeliling saya. Saya lihat rumah orang besar dan ada kenderaan serta ada kelengkapan rumah yang hebat. Sdangkan saya sebuah basikalpun tak ada.

Nasib baik masyarakat kampung terutamanya jiran merupakan mereka yang baik. Bila bapak sakit yang ada kereta akan tolong bawakan ke hospital. Jika saya nak menonton TV, ada jiran yang pelawa pergi rumah mereka tengok cerita P Ramlee.

Melihat itu semua, saya buka mata untuk menjadi macam mereka. Kebetulan jiran-jiran yang sebegitu amat pentingkan pendidikan dan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Itu membuatkan saya mengkagumi mereka dalam diam.

Saya perhatikan sikap mereka, perhatikan juga amalan mereka. Dari situ saya cuba menyelami cara mereka berfikir. Secara diam saya turuti sikap yang dipamerkan oleh mereka dan anak-anak mereka.

Bila ke sekolah menengah, saya perhatikan pula abang-abang yang berjaya dalam pelajaran. Saya lihat kelaku mereka, saya lihat cara mereka berpakaian, cara mereka berinteraksi. Dalam diam saya tanam satu kepercayaan bahawa itulah cara yang sepatutnya saya turuti, walaupun saya masih amalkan banyak cara yang jahil.

Apa yang saya nak katakan di sini adalah semuanya bermula dari minda dalam benak kepala kita. Tanam perasaan itu, pendam impian itu walaupun hakikat sebenarnya kita masih jauh terbelakang dan masih tidak punya apa-apa kejayaan.

Dari pemikiran minda sedemikian, lama kelamaan tindakan akan mula berubah ke arah yang betul berdasarkan apa yang kita percaya dan fikirkan.

Sedkit demi sedikit saya berubah dari segi pencapaian akademik. Sehinggalah ke tingkatan lima, saya mencatatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Saya berjaya mengikuti jejak langkah mereka yang selama ini saya pendamkan rasa kagum terhadap mereka dalam hati.

Pengalaman memerhati orang berjaya bila dewasa

Bila dewasa, saya ulang perkara yang sama. Saya mula perhatikan kelaku mereka yang berjaya dalam perniagaan. Yang mana boleh saya dekati mereka, mana yang tak boleh saya hanya perhatikan dari jauh.

Masa mula berniaga dulu, saya sering pergi jogging jauh dari rumah di Taman dekat Kelana Jaya. Di situ saya lihat ada beberapa orang terkenal yang berjaya dalam kehidupan mereka bersenam setiap pagi di hujung minggu.

Biasanya mereka pergi agak lewat. Mungkin untuk elakkan diri dari orang ramai. Saya sengaja pergi lewat juga untuk memerhatikan kelaku mereka. Saya sengaja ikut dari jauh pergerakan mereka bersenam.

Apa yang saya tertanya-tanya setiap kali melihat mereka adalah, apakah agaknya yang mereka fikirkan. Bagaimanakah mereka berfikir. Saya cuba agak berdasarkan dari kelaku mereka dalam pergerakan dan perbualan mereka.

Semua aktiviti itu akhirnya membawa kepada kejayaan saya dalam perniagaan yang saya ceburi. Bukanlah berjaya sangat dan tak masuk dalam senarai orang kaya tahap kampungpun. Tapi saya anggap itu satu kejayaan apabila boleh hidup menyara keluarga dengan jalan menjadi usahawan.

Jadi wahai orang muda. Bukalah mata dan lihatlah mereka yang berjaya. Pendam rasa kagum terhadap mereka dan cuba tangkap gaya berfikir yang mereka ada. Itu adalah satu permulaan untuk anda menempah jalan yang sama. Jangan leka dan hanyut dengan keseronokan sahaja.

Nasihat Jack Ma pada orang muda

Hanya dengan melihat dan mengagak sahaja bagaimana orang berjaya berfikir, mampu memberikan kesan pada kejayaan diri anda, apa lagi jika orang berjaya itu sudi kongsikan pemikirannya dengan berkata-kata.

Itulah yang sering Jack Ma berikan. Dia sering dijemput untuk meluahkan buah fikirannya pada orang ramai. Dan dengan teknologi sekarang, hampir semua orang di mana-mana saja dapat mendengar buah fikiran Jack Ma.

Kita lihat apa yang beliau sarankan pada orang muda yang ada impian untuk jadi usahawan berjaya.

  1. Sebelum umur 20 tahun – Pastikan anda jadi pelajar yang baik. Belajar dan tuntutlah ilmu yang bermanfaat ketikan anda dalam lingkungan umur bawah 20 tahun. Belajar sebanyak mungkin untuk membuka minda. Kalau nak jadi usahawan pun, tunggu terlebih dahulu dan cari ilmu dan pengalaman.
  2. Sebelum umur 30 tahun – Dalam lingkungan umur bawah 30 tahun, cari dan ikut seseorang yang anda rasa berjaya. Pergi kerja dengan syarikat yang kecil dan tak perlu cari kerja di syarikat yang besar.
    • Syarikat yang besar adalah tempat untuk belajar sekadar proses, tidak lebih dari itu. Anda hanya akan menjadi sebahagian daripada mesin yang bekerja untuk syarikat gergasi tersebut. Itu tidak mendatangkan banyak faedah jika anda ada impian untuk jadi usahawan satu masa nanti.
    • Jika anda pergi bekerja di syarikat kecl, anda akan mendapat lebih dari sekadar proses, malah ada kalanya proses masih belum wujud pada syarikat kecil. Yang ada hanyalah impian dan cita-cita. Dari situlah munculnya segala proses yang dirangka bagi merealisasikan impian dan cita-cita tersebut.
    • Impian dan cita-cita itulah yang anda perlukan. Anda akan belajat banyak perkara dalam satu masa di syarikat kecil tempat anda bekerja. Anda belajar dari dekat pemilik yang punya impian dan cita-cita itu.
    • Untuk itu, sebelum umur 30 tahun, anda perlu pilih boss mana yang anda nak ikut. Bukannya syarikat mana yang anda nak kerja makan gaji dan jadi mesin. Pastikan anda belajar dari boss tersebut sebanyak mungkin.
  3. Antara umur 30 ke 40 tahun – Dalam lingkungan umur ini, mula fikirkan untuk diri anda sendiri. Anda perlu ada pemikiran yang jelas dan terang terhadap apa yang anda mahukan dalam hidup. Di sinilah bermulanya pemburuan anda terhadap cita-cita dan impian anda sendiri untuk menjadi usahawan.
  4. Antara umur 40 ke 50 tahun – Ketika umur ini, anda perlu berikan tumpuan penuh pada perkara yang anda cekap.
    • Jangan buang masa mencuba itu dan ini dalam lingkungan umur sebegini. Sudah terlalu lewat untuk baiki kelemahan dan belajar perkara yang anda tidak cekap dalam lingkungan umur sebegini.
    • Keupayaan untuk memberikan tumpuan penuh pada urusan atau perkara yang anda kuasai dengan cekap adalah amat penting dalam peringkat umur ini.
  5. Antara umur 40 ke 50 tahun – Mula berikan perhatian pada golongan yang muda. Laburkan sumber yang ada untuk golongan muda ini kerana mereka lebih cekap dan bertenaga berbanding diri anda sendiri.
    • Berikan landasan dan peluang pada orang muda untuk meningkatkan keupayaan mereka. Dalam masa yang sama mereka dapat membantu anda membina impian besar yang anda ada.
  6. Selepas umur 60 tahun – Relaks dan langkan masa untuk anda sendiri. Tingkatkan kebajikan, tingkatkan sumbangan.

Apa yang penting untuk anda yang masih dalam lingkungan 20-an, pastikan anda buat sebanyak mungkin kesilapan. Belajar dari kesilapan-kesilapan tersebut dan nikmati pengajarannya.

Anda masih muda dan tak perlu risau. Jika jatuh, bangun semula, teruskan perjalanan dan tambahkan pengalaman.

Jangan biarkan diri anda terbelenggu mindanya. Buka minda, bebaskan minda dari belenggu jumud. Ruang terbuka luar untuk anda, jelajahinya untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman dari perjalanan itu.

” Kenapa masih tinggal dalam penjara, sedangkan pintu terbuka luas? “Jalaludin Ar-Rumi (1207-1273)

Total
47
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge