0x600Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.

Siapa dia lelaki terkaya Asia?

Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.

Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.

Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.

Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)

Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.

Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.

Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.

Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.

Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.

Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….

Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.

Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

  1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
    1. Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
    2. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
    3. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
  2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
    1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
    2. Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
    3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
  3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
    1. Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
    2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
  4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.
  5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
    1. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
    2. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tai bukan ketika anda masih muda dan miskin.

Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar… kenapa dia kata begitu saya tak pasti. Kalau anda nak baca lebih lanjut lagi, sila ke sini.

Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini. Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan. Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.

Anda boleh tempah masa jika saya ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda. Selamat berusaha dan moga berjaya!!!

Total
18K
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

97 comments

  1. Salam..terlbih dhuna nk ckap tima kc ats ilmu yg diberi…sia tringin nak maju kan diri dgn buat perniagaan tp tkut n x thu nak mula dri mana,sia x hbis sekolah,smpai tngktn 4 je bab kluarga susah n sbgy anak sulng byk lg adik2 yg p skolah,jd sia mula bkerja d sbuah kilang buat jem n skrng hmpir 8 thun sia berthan ats sbb kluarga miskin..nak cri krja len skrng sush,bukn x prnah cuba tp xde rezki n slma 8 thun tahan krja kat sni..alhmdulillh walwpun gaji bwa 1 rbu,n awal thun nie bos sia mninggal n skrng keadaan kilang mkin mrosot,anak bos sia jd pnggnti n bisnes x maju..bila2 je munkn bankrup nie,,sia sllu bri smangat n dorongan ngn anak bos 2 tuk majukan blik nie kilang,tp dy sprt lnsung xde minat..jd berblik kpada niat sia,sia sngt syng nie klng bb slma nie bntu sia n kluaga,sia syng mndiang bos sia,sia mhu truskan perniagaan nie,,pngalmn slma 8 thun sia x mw sia2kan..tp sia x tw nak mula drimna,tringin nak buat kilang kat sblah rumah,,tp orng ckp x boleh x dpt halal,,n sia betul2 nak truskan prniagaan nie tp sia x tw nak mula dri mana,,harap tuan dpt mnolong sia….sia x hrapkan kekayaan tuk perniagaan nie,cukuplah sia dpt mjukan blik n balas kembali jasa mndiang bos sia 2,,

  2. Assalamualaikum encik Shubhi. saya berumur 21 tahun dan bercita-cita ingin membuka perniagaan.. tetapi saya mempunyai masalah untuk memilih industri atau perniagaan apa yang sesuai pada zaman yang semakin mencabar ini.. saya ade terfikir untuk membuka restoran..tetapi di bandar johor bahru ini terlalu banyak restoran yang dari level sederhana hingga la tinggi . sekaligus akan membuatkan persaingan semakin sengit. boleh tak encik kongsikan kepada saya tips untuk saya memilih perniagaan yang sesuai dengan saya. terima kasih tuan, disini saya berikan no telefon saya.harap encik dapat whatsapp atau msg saya. :’)

    1. Waalaikomsalam Annisa,
      Terima kasih berikan komen dalam bentuk pertanyaan ini. Untuk makluman Annisa, tak ada masalah samada satu perniagan itu tinggi persaingannya atau tidak, yang penting kita mestilah minat nak buat perniagaan itu dan punya idea tersendiri untuk membezakan periagaan kita dengan pesaing.

      Secara ringkasnya, perniagaan yang sesuai untuk Annisa sudah tentu perniagaan yang Annisa minat dan enjoy untuk melakukannya.

  3. Salam tuan. Saya nak tanya pendapat. Sekarang umur saya dah 19 tahun. Masih belum sambung belajar. Saya tidak tahu pilihan mana yang terbaik utk masa depan saya. Keluarga sy ada kedai mkn masakkan panas dan menu utama satey sungkai. Raya 2015 kami menerima tempahan hmpir 25ribu sepanjang raya tersebut. Bapa sy juga mendpt bntuan mesin cucuk stey. Bapa sy mahu sy keneruskan impiannya utk membuka byk cwgn restoran/cafe yang memiliki menu utama satey sungkai atau dgn menjual secara lori pickup di merata tempat. Bp sy juga brcdg utk membuka kilang pemprosesan satey ini. Namun kami memerlukan masa yg agak lama utk mengumpul modal. Dan skrg kami baru memulakan langkg terbaru yg dijgka akan dpt dlm tahun 2017. Saya pula masih keliru dgn masa depan sy sama ada hanya perlu berkerja dgn ibu bpa dan melebarkan sayap perniagaan serta menyertai kursus jgka pendek dibawah belia. Ataupun sambung belajar pde bulan 7 ini dibawah KEMAS tntg masakkan serta mndpt bantu dana utk perniagaan. Saya harap tuan dapat membantu saya. ???

    1. Terima kasih pada Hawa sudi bertanya kat sini. Nak jawab soalan Hawa dengan baik tentu perlukan penerangan yang panjang jadi saya berikan panduan ringas saja kat sini.

      Perkara paling penting yang Hawa perlu buat sekarang adalah menimba ilmu. Itu perkara terbaik yang orang muda macam Hawa perlu lakukan. Untuk timba ilmu pula berbagai cara samada secara sepenuh masa atau separuh masa, tapi ianya adalah wajib.

      Perkara nombor dua yang Hawa perlu dapatkan dizaman muda ini adalah pengalaman. Jangan berhenti mencuba dan menghadapi perkara baru sebab itu semuanya memberikan pengalaman tentang kehidupan.

      Selain dari itu, Hawa perlu ada hala tuju untuk mencari apakah perkara terbaik yang Hawa mahu lakukan samada nak jadi usahawan dengan bisnes sendiri, atau nak jadi usahawan menyambung perniagaan keluarga.

      Semua keputusan ya ng Hawa ambil sebenarnya masih belum muktamad sebab Hawa masih muda, tapi satu keputusan perlu diambil supaya Hawa boleh bergerak ke depan dengan yakin. Buatlah satu keputusan dan gunakan keputusan itu untuk menentukan langkah selanjutnya sebab dari pergerakan itulah Hawa akan ketahui samada perlu kekal dengan hala tuju yang diambil atau perlu berubah hala.

      Yang penting sepanjang bergerak itu, jangan tinggalkan aktiviti menambah ilmu dan menambah pengalaman.

  4. salam tuan saya dah cuba bermacam2 perniagaan..tapi tak satu pon berjaya. tapi saya tdk punya modal yg besar kerana keluarga saya Susah dan tdk mampu membantu dari segi modal..saya buat perniagaan kecil kecilan membaiki smartphone dan gadget…boleh tak tuan bagi sedikit ilmu untuk saya teruskan perniagaan ni..saya nak buka kedai tapi tak tahu di mana nak cari modal..tak da satu pon badan pertubuhan yang approve untuk sya buat pinjaman..harap tuan dapt sms saya.terima kasih 01114581346

    1. Terus berusaha tuan Yazid Razak, terus berusaha dan cari jalan sampai jumpa. Buang semua alasan seperti dari keluarga susah, tak ada modal dan sebagainya. Ramai usahawan yang bermula dalam keadaan jauh lebih teruk dari anda.

      Jangan generalize segala kejadian yang berlaku. Maksud saya jika baru ada 10 badan atau pertubuhan atau institusi kewangan tolak permohonan anda, maka semua istitusi yang ada kat Malaysia iai akan tolak anda. Lihat satu-satu badan atau pertubuhan yang tolak itu kenapa mereka tolak, balik dan perbetulkan dan pergi semula… Ringkasnya kipidap!, dongibab !

  5. assalamualaikum.. boleh saya jumpa tuan. untuk bincang tentang usahawan.. boley saya belanja tuan makan nanti.. InshaAllah.. tiba2 terdetil dihati untuk hubungi tuan sebab nak tuntut ilmu perniagaan dari tuan.. harap tuan sudi luangkan masa bersama saya . ihsan biasa yang ingin berjaya..

    ni number saya.. Tuan boleh contact saya nanti… bagi taw saja di mana.. tak kira jauh InshaAllah saya turun.. saya duk area penang. 0125595358 harap Tuan wassap saya..

  6. Hi sir! Teringin nak belanja tuan makan!!tapi makan masakkan dari air tangan saya, saya teringin sangat nak jumpa dgn tuan ! Kalau tuan sudi makan masakkan dari air tangan saya datang la ke rumah !!Teringin nak dgr sendiri pengalaman hebat dari mulut orang yang hebat mana tahu saya pun akan jadi orang hebat dan lebih kaya dari tuan ! ?

    1. Terima kasih sudi jemput makan, teringin jugak nak rasa air tangan masakan tu… bagilah alamat rumah nak pi makan, boleh bawa kawan !

  7. wah.. bgus sekali nasihat tuan… tq tuan sy akan jadikan pedoman dlm kehidupan sy.. n yg paling saya tertarik nasihat tuan ialah bersederhana.. hidup bersederhana.. smoga kita sama2 jdi kaya.. hehe

  8. salam tuan.
    Saya mahu keluar makan dengan tuan. Jika tidak keberatan. Minta tuan msg number hp tuan di 0125723375. Terima kasih tuan yang budiman..

  9. saya baru berjinak dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan jerk, dan banyak benda perlu saya belajar dan mencar ilmu dunia perniagaan. saya amat bangga dgn sikap li ka shing, kalau ada tips lain sudilah kongsi bersama. sekiranya ada group boleh la add saya tuk berkongsi ilmu perniagaan. add me : 016.551.5817

  10. Assalamualaikum..

    Info yang sangat berguna dan memberi semangat yang tinggi kepada saya untuk menjadi usahawan muda. Sekarang saya sebagai seorang usahawan separuh masa dan perlukan lebih banyak lagi ilmu dan tunjuk ajar untuk menjadi usahawan sepenuh masa yang berjaya. Jom tuan saya belanja makan.. πŸ™‚ Boleh kita share ilmu..

    Azman 0176796189

  11. Info yg sngt berguna utk org mcm sya yg baru nak cuba peluang berniaga.Sya sampai skrg masih tercari -cari jenis bisnes yg nak di jalankan.Sya masih tak berani nak mulakan..Kalau tuan sudi ingin sekali sya belanja tuan makan.Boleh hubungi sya di 0122839430.

    Tq
    Anid

  12. Hi, saya nak belanja u makan blh? Nk share ilmu. I hope u sudi ☺ here’s my number 0172797265

  13. Assalamualaikum…
    tips yang baik… cuma ada mnjadi tanda tanya, LKS tiada budgeting untuk accommodation and transportation beliau… ambil contoh drp kos RM600 untuk sara hidup, rm 20 untuk shari. mkn shj paling min person/day RM15-17, balance RM 3-5( transportation/ rumah/bil). secara kasar per month:

    makan – RM 450-476
    Balance untuk transport,utility bill,house – RM 150-124 (maybe cukup kalau pada awalnya kita gelandangan or mnumpang kt rumah org/ parent)

  14. Assalamualaikum…
    tips yang baik… cuma ada mnjadi tanda tanya, LKS tiada budgeting untuk accommodation and transportation beliau… katakan 600 untuk sara hidup, rm 20 untuk shari. mkn shj paling min person/day RM15-17, balance RM 3-5( transportation/ rumah/bil). secara kasar per month:
    makan- RM 450-476
    Balance untuk tranport,utility bill,house

  15. TQ for sharing!

    If any one of u are looking for biz opportunities please let me know… Would like to share how we close rm1 milliom sales in less than a year dgn menjual other people’s product sahaja. Sampai sekarang saya x keluarkan produk sendiri…

    REGARDS,

    http://www.hazawani.com
    0162257305

  16. Salam tuan, saya mahu belanja tuan juga hehe, ingin menimba ilmu drpd tuan, saya pun baru shj nak berjinak jinak dalam dunia ushawan ini. Mohon petunjuk dan ajar dr org taiko πŸ˜€
    Sy sertakan sekali no sy. Terima kasih tuan πŸ™‚
    Syaznaz-0193681231

  17. Assalamualaikum.

    saya berminat untuk meluangkan masa dan berkongsi ilmu tentang perniagaan dengan tuan.
    Di harap tuan sudi untuk meluangkan sedikit masa tuan.
    Terima kasih.

    016-6370891

  18. Menarik artikel ni. Memang pentinΔ£ utk rancang perbelanjaan. Kakau dah berkahwin, jangan lupa ambil kira perbelanjaan anak2 (sekolah/taska, pampers, susu). Menuntut ilmu dengan org yg lebih berjaya sama ada melalui buku atau bertemu muka mmg sgt penting. Selain dapatkan tips2 penting, boleh dapat semangat dan motivasi.

  19. Artikel yang boleh bagi semangat untuk yang agak stress memikirkan belanja yg semakin tinggi sekarang.. ye betul berjimat cermatlah.. ikut keperluan bukan kehendak.. yakin pada rezeki Allah.. beramal baik la selalu.. bersedekah lah..jangan kedekut… πŸ™‚ selamat beramal

  20. Saya seronok membaca entry ni. Mmg sgt terkesan.. Saya juga memulakan perniagaan hampir dari zero.. kenapa saya kata hampir . Kerana zero adalah dari segi ringgit nya shj. Ketika saya bermula saya dlm keadaan sgt serba kekurangan. Ttp saya sgt yakin pd rezeki yg Allah telah sediakan. Cuma antara pra syarat utk berjaya Allah telah ‘gariskan’ iaitu berdoa, berusaha dan bertawakal.. Dan semuanya itu haruslah dilakukan dgn cara bersungguh2 dan istiqomah. Dan entry en subhi ini adalah asas garis panduan bagaimana utk bermula. Dan sememangnya dlm mengejar kejayaan baik dunia mahupun akhirat sudah semestinya ada cabaran2 dan dugaan nya. Bagaimana nak mengurangkan risiko masalah2 tersebut semestinya dgn ilmu dari org yg tepat. So nak berjaya mestilah kena berkwn dgn org yg berjaya. Maaf ye jika anda bosan membaca komen saya.
    Apa pun saya harap en subhi akan meneruskan dlm memberi tips2 sebegini krn berkongsi ilmu dan semangat sesuatu yg sgt bagus dan harus dicontohi..

  21. Thank u for sharing..tabik spring to my boss Tn.Ajimin yg share this link …yg tak putus2 bagi sya semangat!

  22. Tgk la nasihat tu tahun bila…so kena adjust la dgn situasi skrg…amik kira kos sara hidup n inflasi… Masa tu rm2000 mungkin bersamaan dgn rm6000 hari ni…so bhagikan la mcm nasihat dia…

  23. As salam, “leaders are readers”, jgn kedekut untuk invest membeli buku2 dan hadir seminar/kursus motivasi dan keusahawanan. Jom saya belanja mkn dan sambil tu kongsi2 elmu.

  24. Saya amat bersetuju dgn En.Subhi..
    Saya masih bertatih utk bergelar usahawan yg berjaya suatu hari nanti..Insyaallah..
    Thank u kerana sudi berkongsi ..

  25. Sangat teruja baca perkongsian ini..Sebagai orang yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, sy rasa sangat beruntung sebab dapat baca artikel ni, sebab betul2 terkena dengan saya..

    Alhamdulillah, perniagaan yang saya ceburi tak memerlukan modal yang besar dan risikonya yang sangat rendah, yang penting kerja keras…Semoga kita semua sama-sama kaya dan berjaya, insyaAllah..amin..
    syireen recently posted…Group Shaklee Yang Rock ~ ASB Mega SeminarMy Profile

  26. Tuan minggu ni nak makan ape? Set tempat je Tuan… tapi tempat tu yg standard dengan org gaji rm2000 lah…hehe… suka posting ni memang tepat kena ngan saya

  27. Ada serba sedikit nk bantah. Especially utk dr bahagian usahawan mudah berpendapatan rm2000 sebulan.
    Pembahagian tu belum termasuk loan peribadi menjalankan perniagaan sebab kita semua taw almost impossible utk orang yg mula berniaga mendapatkan pinjaman perniagaan. So terpaksa bermula dgn pinjaman peribadi.
    Sekiranya ada tiada kenderaan, xblh bergerak utk bekerja ataupun perlukan allocation money utk ouvlic transport pula. Kalau ads kenderaan,kos minyak plak. Belum kira sewa tempat tinggal lagi tu. Pokok pangkalnya disini.. Mustahil utk menyimpan kalau cuma rm2000 sebulan.

    Saya baru mula berniaga, saya masih muda dan ini yang saya hadapi sekarang ini.

  28. Sangat sagus nasihat daripada beliau. Ciri-ciri yang hampir sama dengan Tan Sri SM Albukhary. Cuma apa yang agak kurang menyenangkan bagi pendapat saya ialah pada petua no 2, ‘belanja untuk bina rangkaian kawan’. Seolah-olah ada diskriminasi dan juga wujud unsur ketidakikhlasan di sini. Seperti berkawan dengan ada tujuan dan maksud tersirat. Tetapi jika dilihat dari sudut positif, memang ada baiknya terutama sekali dalam dunia perniagaan. Tidak dinafikan network memang sangat penting.

    1. Bila miskin belanja orang kaya utk menimba ilmu, lepas tu anda akan kaya juga insyaallah. Maka bila kaya belanjalah orang miskin… tak gitu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge