Panduan guna masa untuk keceriaan maksimum

By | 03/04/2013

Ini adalah kajian daripada barat yang dilakukan oleh para penyelidik bagaimana kita perlu gunakan masa selama 16 jam untuk menghasilkan kebahagiaan atau keceriaan yang optimum.

Betul atau tidak terpulang kepada anda untuk mencubanya sendiri. Tetapi ia mungkin satu panduan yang berguna untuk memulakan sesuatu yang baru:

  • Perhubungan intim – 106 minit
  • Bersosial – 82 minit
  • Relaks – 78 minit
  • Makan – 75 minit
  • Beribadah/bertafakur – 73 minit
  • Bersenam – 68 minit
  • Telefon – 57 minit
  • Membeli belah – 56 minit
  • Tonton TV – 55 minit
  • Menyediakan makanan – 50 minit
  • Guna komputer – 48 minit
  • Kemas rumah – 47 minit
  • Bersama anak-anak – 46 minit
  • Lelap siang – 46 minit
  • Bekerja – 36 minit
  • Perjalanan ulang alik kerja – 33 minit

Apa yang menarik untuk diberikan perhatian adalah jumlah masa yang diperuntukkan untuk bekerja hanyalah selama 36 minit sahaja. Mungkin kita perlu bijak untuk adaptasikan semua kerja lain seperti telefon, komputer, bersosial dan makan sebagai sebahagian daripada pembinaan kerjaya.

Lihat juga jumlah masa yang paling banyak diperuntukkan untuk perhubungan intim dengan pasangan. Rasanya susah nak cari pasangan yang boleh buat begitu secara konsisten dari mula kahwin sehingga ke tahun-tahun berikutnya.

Sekadar buah pemikiran. Lihat sumber

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Panduan guna masa untuk keceriaan maksimum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge