Panduan hidup ringkas urus kos sara hidup

By | 28/05/2012
Budget Panduan hidup ringkas urus kos sara hidup

Kos sara hidup semakin hari semakin naik dan mencabar kegigihan hidup kita. Jika kehidupan tidak diringkaskan bermula dari sekarang, besar kemungkinan kita akan tenggelam karam dalam masalah menguruskan kos sara hidup yang tinggi.

Sebelum diteruskan intipati panduan menguruskan kos sara hidup, adalah baik untuk kita ulang sedikit beberapa makna penting dalam bab kekayaan bagi orang yang mengamalkan hidup ringkas.

Kaya dalam ertikata ringkas

Sebelum ini saya ada menulis bahawa untuk menjadi kaya amat mudah, jika kita menjadikan Falsafah Ringkas tentang kaya sebagai makna kekayaan sebenar.

Saya ulang sekali lagi apa yang falsafah hidup ringkas katakan tentang kaya.

“Kaya bukan bermakna ada banyak duit tetapi kaya bermakna ada duit lebih sedikit daripada apa yang anda perlukan”

Dengan mengikuti falsafah ini, jika pendapatan yang anda dapat adalah sebanyak RM1,500 dan untuk menyara kehidupan anda selama sebulan memerlukan sebanyak RM1,455, maka anda sebenarnya tergolong dalam kumpulan mereka yang kaya.

Mudah bukan?, dan baki sebanyak RM5 itu anda boleh simpan dalam sarung bantal atau masukkan ke dalam akaun bank atau tabung Haji.

Panduan kuasai kos sara hidup yang mudah

Semua orang tahu kos sara hidup semakin hari semakin naik. Samada kita suka atau tidak suka, bersedia atau tidak bersedia, kos sara hidup tak pernah minta izin daripada kita untuk naik sepanjang tahun.

Apa yang kebanyakan daripada kita lakukan sekarang adalah bertungkus lumus mengejar wang bagi menambahkan pendapatan kerana kos sara hidup telah meningkat naik melebihi pendapatan yang kita bawa balik.

Perangai manusia yang buat begitu memang terlalu ramai di muka bumi ini sekarang. Robert Kiyosaki namakan kumpulan manusia yang sebegitu sedang terperangkap dalam perlumbaan tikus atau “Rat Race”.

Cuba lihat bagaimana seekor tikus yang diletakkan di dalam sangkar bergelung. Semakin kuat dia berlari, semakin kuat pusingan gelung yang memerangkapnya berpusing. Malangnya tikus masih tetap berada di tempat yang sama setelah berpenat lelah berlari dengan laju.

Itulah maksud Rat Race. Pulun buat kerja tingkatkan pendapatan untuk bayar kos sara hidup dan semakin tinggi kita tambah pendapatan semakin tinggi pula kso sara hidup meningkat. Akhirnya tak ada perubahan dan keadaan diri kita masih tetap seperti dulu juga.

Jangan biarkan kehidupan anda menjadi kusut, buat pendekatan mudah dari sekarang. Bila kos sara hidup meningkat jangan lari lebih laju, sebaliknya lari lebih perlahan.

Caranya mudah saja:

“Dengan mengurangkan keperluan anda atau lebih tepat lagi kita namakan berjimat. Kalau dah tak mampu bayar ansuran kereta RM500 sebulan, jalan mudahnya adalah dengan bertukar kepada kereta yang ansurannya hanya RM250 sebulan.”

Bukankah itu bijak namanya.

Cara lebih bijak kuasai kos sara hidup

Bagi yang lebih bijak mereka mengamal kedua-dua teknik di bawah:

  1. Kurangkan kos keperluan mereka seperti yang saya sebutkan di atas – lihat gaya hidup anda sekarang dan fikirkan bagaimana kos sara hidup dengan gaya hidup itu dapat dikurangkan.
  2. Dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan – Mengurangkan kos sara hidup dengan membuang atau melupakan apa yang tak perlu membolehkan anda ada lebih wang. Fikurkan pula bagaimana wang lebihan itu boleh dijana untuk meningkat pendapatan anda.

Sebenarnya amalan sering bermuhasabah diri dan bertanya pada diri sendiri untuk meringkaskan kos sara hidup membuatkan urusan seharina kita bagi menguruskan kehidupan menjadi lebih lapang.

Dengan meringankan kos sara hidup kita telah meringankan bebanan kehidupan dan hasilnya simpanan meningkat dan masa bertambah. Dari situ masa yang ada dapat pula digunakan untuk menjana pendapatan tambahan.

Semakin cekap kita meringkaskan kehidupan, semakin banyak masa terluang dan semakin banyak wang tersimpan.

Oleh itu jangan biarkan kos sara hidup menentukan gaya hidup anda. Sebaliknya andalah yang menentukan apakah kos sara hidup yang anda mahu dan apakah kos sara hidup yang anda tak mahu.

Jangan buatkan kos sara hidup menjadikan diri kita macam serabai…!

SISTEM AKAUN MURAH

Mudahkan perniagaan anda dengan sistem akaun murah dan mudah...Klik Sini Untuk Dapatkannya

One thought on “Panduan hidup ringkas urus kos sara hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge