Panduan ringkas untuk pelajar universiti bersedia jadi usahawan

By | 19/09/2016

pelajar universiti sedang belajarSelepas pelajar universiti habis belajar, dapat diploma, ijazah atau lebih tinggi lagi, apa yang diharapkan selepas itu ?

Kalau nak ikutkan kebiasaan, pelajar universiti akan ikut nasihat orang tua-tua. Orang tua-tua kita, termasuklah dari kalangan mereka yang tahap Professor sekalipun (bukan semua) akan berikan nasihat macam ni…

” Mengaji pandai-pandai, dapat ijazah, dapat kerja yang baik, dan hidup bahagia… ! “

Itu ayat yang sering kita dengar.

Universiti dah jadi macam kilang, yang keluarkan manusia berfahaman makan gaji, sebagai cara hidup dan pilihan yang selamat.

Tapi para pelajar universiti sekarang tentu dah sedar bahawa untuk dapatkan pekerjaan sebaik saja tamat belajar bukannya mudah sekarang. Formula yang diperturunkan pada anda semua selama ini sudah tak boleh pakai lagi sebenarnya.

Fakta pelajar universiti selepas tamat belajar

Sebelum saya sambung lebih lanjut, lihat di bawah sedikit fakta yang anda semua terutamanya para pelajar universiti, perlu ambil tahu.

  1. Jumlah pelajar universiti keluar ke dunia nyata selepas habis belajar adalah seramai lebih kurang 200 ribu orang setahun. Ramai tu !, dan jumlahnya meningkat saban tahun.
  2. Dalam 4 orang pelajar yang tamat, seorang tidak akan dapat kerja dalam tempoh 6 bulan selepas itu. Ertinya jadi penggangur yang ada pendidikan dan menyusahkan mak bapak yang tak ada duit.
  3. Golongan tamat belajar yang paling ramai tak ada kerja adalah mereka yang ada ijazah. Dalam lingkungan 31.4%
  4. Jurusan yang paling ramai tak dapat kerja pula ialah mereka yang ambil kursus dalam Seni dan Sains Sosial. Berikut saya berikan pecahan peratusan jurusan yang tak dapat kerja:
    1. Seni dan sains sosial – 43.4%
    2. Teknikal – 24.5%
    3. Sains – 20.2%
    4. Teknologi maklumat – 8.1%
    5. Pendidikan – 3.9%
  5. Majoriti besar yang tak dapat kerja tu keluar dari IPTA, 51%. Ini pecahannya:
    1. IPTA – 51%
    2. IPTS – 34%
    3. Politek – 13%
    4. Kolej Komuniti – 2%

Cuba semak sejenak anda yang sedang belajar kat universiti, dari kumpulan mana sekarang. Bila dah tahu, sekurangnya anda boleh cari jalan untuk buat persediaan. Nanti akan saya kongsikan kat bawah persediaan macam mana yang dimaksudkan.

Sebab utama pelajar lepasan universiti tak dapat kerja

Anda nak tahu apa sebab paling utama mereka yang tamat belajar universiti yang dikehendaki oleh majikan ?.

Sebabnya amat menyedihkan sebenarnya bila difikirkan bahawa yang keluar itu adalah lulusan universiti. Tapi anda perlu tahu satu lagi maklumat yang majikan hairan dan rasa meluat dengan lulusan universiti ni…

68% dari lulusan universiti minta jumlah gaji yang tak munasabah !. 30% dari mereka letakkan gaji mula sebanyak setinggi RM6,500 !

Woit ! perasan bagus betul depa ni ! kalau memang bagus tu tak apa.

3 sebab utama majikan tolak permohonan kerja

Berikut adalah 3 sebab utama majikan tolak permohonan lulusan universiti dari mendapat jawatan dalam kekosongan di syarikat mereka:

  • Sikap dan keperibadian yang lemah – 59%
  • Mangkaq dalam penguasaan Bahasa Inggeris – 64%
  • Gagal berkomunikasi dengan baik – 60%

Mangkaq tu sebutan orang Pulau Pinang, ertinya tak pandai.

Kesemua fakta di atas saya ambil dari sini. Kalau anda nak tahu lebih lanjut dengan beberapa fakta lain lagi yang menarik, sila pergi baca kat situ.

Saya bukan nak ajak para lulusan universiti dan para pelajar universiti untuk jadi pekerja makan gaji. Saya cuma nak sedarkan bahawa para pelajar universiti perlu cari formula baru yang berbeza daripada pesanan atau formula yang dibekalkan oleh orang-orang tua kita selama ini.

Salah satunya adalah dengan menjadi usahawan. Untuk itu anda perlu ambil initiatif sendiri dan bukan harapkan pada universiti. Sebabnya adalah Universiti tempat anda belajar tu tak perduli samada anda dapat kerja atau tidak selepas tamat belajar nanti. Kerja mereka hanyalah untuk berikan anda semua pendidikan tinggi.

Apa pelajar universiti perlu buat

Saya kongsikan idea apa yang pelajar perlu buat untuk jadikan diri anda berguna selepas tamat belajar nanti. Artikel ini tercetus selepas saya baca status di FB yang ditulis oleh saudara Effendy Zulkifly

Saya belum pernah jumpa usahawan muda hebat ini secara bersemuka. Teringin nak jumpa beliau satu masa nanti jika ada rezki, insyaallah. Tapi dari status FB nya saya rasa dia ada potensi untuk pergi jauh memandangkan aktiviti keusahawanan yang rancak dan jaringan kenalan yang hebat.

Jom kita lihat antara idea-idea yang beliau ketengahkan khas untuk para pelajar universiti:

  1. Jangan berharap pada sesiapa hatta kerajaan sekalipun. Mahasiswa perlu mandiri dan sedar diri. Dari awal masuk universiti perlu sedar di luar universiti ramai insan menganggur dan anda juga ada potensi menganggur.
  2. Selepas SEDAR DIRI, di samping belajar rajin-rajin, jimat cermat dengan duit pinjaman pelajaran. Kalau boleh jangan berhutang belajar.
  3. Ceburi bidang perniagaan seawal mungkin di universiti tapi kena pandai bahagi masa. Hadiri kursus-kursus perniagaan yang dianjurkan di dalam atau luar universiti tapi elakkan pergi kursus yang mahal nak mampus yurannya sebab lebih baik duit tu buat modal perniagaan.
  4. Kurangkan politik partisan tapi mahirkan dengan geo-politik dan geo-ekonomi antarabangsa. Supaya anda tidak sempit pemikiran dengan masalah politik partisan yang tidak sudah-sudah sejak zaman merdeka antara pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan peribadi.
  5. Mahirkan kemahiran KOMUNIKASI dengan ilmu komunikasi. Satu dunia anda pergi anda boleh hidup dan berasilimisasi dengan masyarakat sedunia.
  6. Cuti semester ambil peluang travel ke luar negara buat network antarabangsa sebanyak mungkin dan sesungguhnya Malaysia ini kecil sahaja tapi dunia di luar Malaysia janjikan peluang pekerjaan yang sangat besar.
  7. Business Mindsetting kena develop dari awal seawal tahun pertama. Jika anda ada Entrepreneurship Mindset, isu pengangguran bukan isu anda malahan anda pula akan bagi jobs kepada orang lain.
  8. Kenali NGO yang betul seperti Jaringan Anak Muda, MyNEF, WENA, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Media Hebat yang punyai banyak jaringan keusahawanan tempatan dan antarabangsa yang boleh buka minda anda setakat 3K, Kolej, Kediaman, Kantin kepada dunia yang lebih luas.

Pesan beliau lagi,

“Saya ada banyak lagi solusi-solusi lain dan jika ada kesempatan , silalah datang bertemu dengan saya, InsyaAllah minda anda akan terbuka luas dan bersemangat lain macam untuk menakluk dunia dan memasang impian besar “

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya khas untuk para pelajar universiti yang masih belajar sekarang. Anda perlu ingat, ilmu yang paling berguna sebenarnya bukan ada kat dalam buku teks jurusan yang anda ambil tu. Lebih banyak ilmu lain yang amat penting, anda perlu kutip di luar kelas.

4 thoughts on “Panduan ringkas untuk pelajar universiti bersedia jadi usahawan

  1. mohd afri tangilol

    saya setuju sngat dengan poin 1,3, dan 5..tapi part no.5 tu yang pelajar kena ubah cepat.Ramai pelajar yang baru keluar mempunyai skil komunikasi yang sangat lemah..Nak bercakap pasal kelebihan sendiri dalam bahasa melayu pun tergagap.Ni kan pula dalam bahasa english.Lagi malang bila ramai yang tergagap tu orang islam sendiri.Sekarang nie banyak dah video course yang ajar skil komunikasi dengan betul,pegi jak ke udemy,paling cikai pun pegi google.Banyak tips dan panduan boleh dapat.
    mohd afri tangilol recently posted…8 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes OnlineMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge