ubah diri ketika ramadanArtikel ubah diri menjadi lebih baik selepas habis ramadan ini merupakan lanjutan dari artikel yang sebelum ini bertajuk tips guna bulan ramadan untk buat perubahan diri.

Boleh pergi ke artikel itu kat sini kalau anda masih belum membacanya.

Saya andaikan anda semua dah ada sasaran jangka panjang yang mahu dicapai berdasarkan saranan dalam artikel yang lalu.

Sasaran ubah diri jadi lebih baik

Sasaran jangka panjang, itu saya maksudkan sebagai sasaran yang mahu dicapai dalam lingkungan 5 tahun dari sekarang.

Biasanya sasaran adalah berkisar dalam 4 perkara berikut;

  1. Sasaran Kewangan – Ini biasanya sasaran yang hampir semua orang mahu capai. Jika anda rasa kedudukan kewangan masih belum mencukupi, ini sasaran yang paling logik yang tentu anda mahu capai. Tentukan secara spesifik berapa pendapatan yang mahu anda perolehi, contohnya RM250 ribu setahun. Berapa duit simpanan yang anda mahu miliki dalam akaun bank. Contohnya RM1 juta.
  2. Sasaran Pencapaian – Apa pencapaian yang anda mahu. Mungkin anda mahu mendapat anugerah pekerja terhebat dalam syarikat. Mungkin mahu capai anugerah Jurujual paling berjaya. Mungkin juga anda mahukan anugerah usahawan cemerlang negara. Atau mungkin anda mahu menulis sebuah buku yang laris di pasaran, atau mahu hafal 30 juzuk Al-Quran dan lain-lain lagi seumpamanya.
  3. Sasaran Gaya Hidup – Menjalani kehidupan sebagaimana yang anda suka juga merupakan satu sasaran yang ramai orang fikirkan. Fikirkan gaya hidup yang anda suka dan teringin sangat nak capai. Tinggal di kawasan perumahan berprestij atau mungkin menjalani kehidupan di luar bandar atas sebidang tanah kebun seluas 5 ekar. Mungkin juga tinggal di pusat tumpuan pelancongan dan lan-lain lagi.
  4. Sasaran kebendaan – Ini mungkin perkara paling banyak yang boleh anda fikirkan. Apa saja kebendaan yang belum anda mampu capai boleh juga dijadikan sebagai satu sasaran yang menarik. Kereta Ferrari, rumah banglo ala-ala Bali dengan kolam renang yang besar. Koleksi Jam Tangan Patek Phillip dan lain-lain lagi.

Peluang ubah diri di bulan ramadan

Tak kisah apa yang anda telah buat keputusan untuk mencapainya, bulan ramadan ini adalah masa yang amat sesuai untuk anda bergerak dengan cara yang betul.

Asalkan sasaran itu baik dan tidak dilarang dan tidak juga ditegah oleh undang-undang. Apa saja yang baik boleh dijadikan sasaran. Jangan pulak anda letakkan sasaran untuk jadi Kepala Gangster sebagai sasaran pencapaian dalam hidup anda.

Bulan ramadan merupakan landasan mula yang memberikan suasana sekeliling yang amat kondusif.

Apa yang perlu anda buat bila dah ada sasaran, adalah disiplinkan diri untuk berdoa setiap malam di sepanjang bulan ramadan.

Untuk itu, anda tak boleh ponteng untuk bersolat Tarawih. Kalau tak sempat ke surau, buatlah seorang diri kat rumah sekurang-kurangnya 8 rakaat.

Dan dalam setiap 4 rakaat, panjatkan doa secara spesifik akan sasaran yang anda mahu capai.

Selain dari berdoa ketika selesai 4 rakaat solat tarawih, anda juga perlu masukkan doa mencapai sasaran yang ditetapkan tadi ke dalam kesemua solat 5 waktu.

Ayat doa untuk mencapai sasaran yang telah ditentukan mestilah konsisten, jelas dan mudah. Sebagai contoh, “Ya Allah, kurniakanlah kepada aku sebuah Rumah Banglo di tepi laut di Port Dikson”.

Ubah keadaan mental dalam bulan ramadan

Selain daripada tidak jemu berdoa sepanjang bulan ramadan sehingga tamat, anda juga perlu gunakan kesempatan dibulan ramadan ini untuk ubah keadaan mental atau jiwa.

Ini adalah lebih mudah untuk dilakukan sebab hampir kesemua orang yang berpuasa mahu buat perkara yang sama.

Pantau apa yang masuk

Untuk ubah minda, anda perlu pantau apa saja yang masuk ke dalamnya.

Untuk itu, perlu elakkan diri daripada segala perkara yang negatif samada dari segi pendengaran mahupun penglihatan.

Elakkan telinga dari mendengar rungutan dan sumpah seranah. Elakkan mata dari membaca apa saja laporan negatif mengumpat, mengkeji, mengina, mencarut dan sebagainya.

Samada kat TV, Surat Khabar, Media sosial dan sebagainya.

Letakkan polisi untuk Unfriend siapa saja yang keluarkan perkataan negatif atau paparkan imej yang negatif dari akaun FB anda.

Elakkan menonton drama atau apa saja video lakonan cerita dalam TV atau di panggung wayang.

Tak perlu tengok berita atau apa saja siri popular dalam TV. Anda akan terpengaruh gambaran yang salah dari semua lakonan dan liputan dari media.

Sebaliknya, lihatlah keadaan orang ramai di sekeliling anda. Itu adalah keadaan yang real dan bukan lakonan.

Fokuskan pada suasana yang positif di sekeliling anda.

Orang tersenyum, ibu memeluk anak kecilnya, ayah suap makan anak, anak pimpin tangan ibu tua lintas jalan dan seribu satu macam lagi suasana sebenar yang berlaku dalam kehidupan di sekeliling anda yang mampu menyamankan jiwa.

Kisah pemuda anak orang kaya menguruskan syarikat ayahnya dan bercinta dengan anak gadis kampung dalam drama TV tidak menggambarkan kehidupan yang sebenar.

Jangan terpengaruh dengan semua itu di bulan ramadan.

Elak orang yang negatif

Jika anda ada kawan yang suka keluarkan perkataan dan perbuatan yang beracun, pastikan mereka dielakkan terus sepanjang sebulan bulan ramadan ini.

Jauhkan diri dari mereka, melainkan jika anda boleh kawal keadaan dan boleh menasihati mereka daripada berkelakuan negatif dan bercakap perkara yang negatif.

Pantau apa yang keluar

Anda juga perlu pantau apa yang keluar dari mulut anda sepanjang bulan ramadan.

Apa saja perkataan yang menghadkan keupayaan anda perlu dielakkan.

Perkataan seperti, tak boleh, susah, leceh, remeh, tak mampu dan sebagainya, perlu dibuang terus dari percakapan anda di sepanjang bulan ramadan.

Apatah lagi ayat rungutan sumpah seranah, jeritan, herdikan, dan lain-lain lagi seumpamanya, perlu dibuang terus dari amalan sepanjang bulan ramadan.

Begitu juga ketika buat posting dalam media sosial, elakkan dari perkara negatif samada ayat, perkataan atau gambaran.

Kekalkan semua amalan selepas ramadan

Pastikan anda berjaya kawal semua yang saya sebutkan di atas tadi sepanjang sebulan ramadan. Dan teruskan amalan yang sama walaupun ramadan dah tamat nanti.

Doa untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan juga perlu terus disambung walaupun ramadan dah habis.

Tapi cukup cuma dilakukan dalam kesemua 5 waktu solat sahaja.

Jelaskan bayangan sasaran

Selepas ramadan tamat, anda perlu tambah satu lagi aktiviti lanjutan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Apa yang anda perlu buat adalah berusaha secara konsisten untuk mendapatkan gambaran yang jelas terhadap sasaran yang anda minta.

Sebagai contoh, jika anda mahukan sebuah banglo di tepi pantai, pastikan anda luangkan masa untuk pergi melawat kawasan rumah banglo setiap kali ada kesempatan.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas terhadap apa yang anda mahukan.

Begitu juga jika anda mahukan pendapatan RM250 ribu setahun, dapatkan maklumat kawan atau siapa saja yang dah capai pendapatan sebegitu dan intip aktiviti mereka. Berusaha supaya boleh berkenalan dan jadikan mereka kawan.

Masukkan amalan bertafakur

Ini juga satu lagi amalan yang anda perlu tambah sebaik saja tamat bulan ramadan.

Amalan bertafakur ini seeloknya dibuat ketika awal pagi sebelum minda anda dipengaruhi oleh kesibukan. Selepas selesai solat subuh, ambil masa dalam lingkungan 15 ke 20 minit untuk relaks dan bertafakur.

Pastikan suasana adalah nyaman dan selesa. Samada duduk atas sofa, atas kerusi atau sekadar duduk santai atas tilam, semuanya boleh saja.

Yang pentingnya anda selesa, dan suasana adalah nyaman dan bening.

Amalan ini bertujuan untuk membentuk sel-sel saraf dalam otak anda supaya berkembang. Bila sel otak berkembang, lebih mudah untuk mencari dan berjumpa idea-idea yang diperlukan bagi mencapai apa yang telah anda sasarkan.

Gunakan apps membina tabiat

Anda boleh mantapkan lagi kejayaan aktiviti yang saya sebuatkan di atas tadi dengan menggunakan apps yang ada.

Samada anda guna androids atau iPhone, ada banyak apps yang boleh membantu anda membina tabiat yang baik.

Biasanya apps sebegitu masuk dalam kategori apps produktiviti.

Buat carian dalam telefon pintar anda dan mula gunakan mana yang berkenan di hati.

Semua panduan yang saya berikan di atas adalah panduan secara ringkas yang jika diamalkan insyaallah amat berkesan.

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa tak masukkan perancangan secara terperinci untuk mencapai sasaran.

Sebenarnya, tak perlupun perancangan yang terperinci untuk mencapai sasaran.

Jika anda buat apa yang saya sarankan di atas, perancangannnya akan datang sendiri dan anda akan buat sendiri nanti.

Cuba dulu, jika ada masalah nanti boleh datang cari dan bincang dengan saya.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. panduan perubahan dengan kuasa minda pernah sy pelajari dari ustaz group telegram idonesia..apa yg tuan jelaskan sama mcm ustaz tu ajar apa yg fikiran kita,perkataan kita itu yg akan berlaku..terima kasih perkongsian yg hebat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge